Petua Hilangkan Sakit Tumit (Kaki Kiri dan Kanan

Pasti anda pernah mengalami mengalami masalah untuk memijak dan berjalan, bukan? Tetapi adakah anda tahu apakah punca sakit tumit dan mengapa masalah sakit tumit kaki ini boleh menyerang anda?

Ikuti perkongsian dari kami ini.

Apa itu sakit tumit?

Tumit sakit biasanya disebabkan oleh plantar fasciitis iaitu satu keadaan yang dipanggil sebagai sindrom bonjolan tulang. Dalam Bahasa Inggeris, dipanggil heel spur syndrome.

Ia adalah keadaan di mana terdapat bonjolan tulang pada tulang tumit, iaitu pada  bahagian bawah tulang. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat pada tumit dan ia akan lebih menyakitkan apabila bergerak.

Sakit di tumit kaki ini juga mungkin disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti fraktur tekanan, tendonitis, artritis, kerengsaan saraf dan paling jarang untuk berlaku, disebabkan sista (cyst). Jika anda merasa tumit kaki sakit menyucuk apabila anda menaiki tangga atau selepas berdiri untuk tempoh masa yang agak panjang dan lama, anda mungkin mengalami ‘plantar fasciitis’

Siapa lebih mudah mengalami sakit tumit?

Kebiasaannya individu yang berusia 45 tahun ke atas dan wanita akan lebih mudah dan kerap untuk mengalami sakit tumit berbanding lelaki. Dan masalah sakit tumit ini, sama ada sakit tumit sebelah kanan, atau sakit tumit sebelah kiri akan lebih dirasai oleh wanita yang sedang hamil. Rasa sakit tumit ini disebabkan oleh gelung tisu penghubung dari tumit ke jari kaki mungkin mengalami bengkak ataupun keradangan.

Wanita lebih senang mengalami sakit tumit berbanding lelaki, lebih-lebih lagi kalau wanita itu sedang hamil. Rasa sakit tumit ini disebabkan gelung tisu penghubung dari tumit ke jari kaki bengkak ataupun radang.

Jika anda yang sedang membaca ini sudah bersara, jangan hanya duduk diam. Perlu buat aktiviti selepas pencen yang berfaedah.

Bagaimana kesakitan ini boleh terjadi?

Pada bahagian tumit kaki anda, terdapat satu tisu khas yang berperanan untuk menahan hentakan kaki dan menyokong berat badan ketika berjalan. Tisu ini mempunyai tisu lemak yang berfungsi sebagai pelapik penahan hentakan.

Pada bahagian tersebut juga terdapat tisu ‘plantar fasciitis’ yang melekat pada hujung tumit hingga ke pangkal tulang jari kaki. Tisu ini bertindak mengimbangi tekanan pada tapak kaki dan mengurangkan tekanan yang dialami pada satu-satu tempat di bahagian kaki.

Individu yang berjalan terlalu lama atau pada jarak yang agak jauh, juga boleh mengakibatkan tekanan pada bahagian tapak kaki terutamanya pada bahagian tumit. Ia sekaligus boleh menyebabkan kecederaan pada tisu dan keradangan serta menjadi punca sakit tapak kaki dan tumit.

Penggunaan kasut yang tidak bersesuaian juga boleh mewujudkan tekanan yang serius pada bahagian tapak kaki dan akhirnya menjadi sebab sakit tumit. Tekanan yang berterusan akan menyebabkan berlakunya pembentukan tulang yang tajam pada bahagian itu.

Masalah ini dipanggil sebagai ‘calcaneal spur’. Ia berisiko untuk menyebabkan kecederaan tisu pada sekitar bahagian tersebut, terutamanya apabila berjalan dan bergerak.

 

Punca sakit tumit kaki

Apakah punca sakit tumit kaki ini berlaku? Antara beberapa faktor yang boleh menjadi punca tumit kaki sakit, antaranya:

Punca sakit tumit #1: Berat badan berlebihan

Antara punca utama sakit tumit kaki adalah kerana mempunyai berat badan berlebihan. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan daripada BMI (indeks jisim badan sihat, Body Mass Index, BMI) yang bersesuaian dengan diri, tumit kaki akan terpaksa menanggung berat yang berlebihan.

Punca sakit tumit #2: Kasut tak sesuai

Pemakaian kasut yang bertumit tinggi pastinya sudah diketahui sebagai antara punca yang boleh menyebabkan tumit anda menjadi sakit dan semestinya ia adalah tidak baik untuk kesihatan bagi seseorang wanita.

Ini kerana ia mengganggu postur badan yang mengakibatkan ia menjadi tinggi atau berjengket sepanjang pemakaian kasut bertumit tinggi.

Namun, pemakaian kasut bertapak rata atau ‘flat shoes’ juga boleh menjadi punca tumit kaki menjadi sakit. Ini kerana ia tidak memberikan sokongan yang sepatutnya kepada tapak kaki anda, terutama pada bahagian tumit.

Punca sakit tumit #3: Cedera pada tumit kaki

Jika anda mempunyai kecederaan pada tumit kaki, ia adalah antara salah satu faktor penyebab anda merasa sakit tumit. Retakan tekanan dalam tulang tumit adalah kecederaan yang paling sering berlaku. Ia menjadi punca kepada kesakitan yang melibatkan ketegangan pada otot, tulang dan ligamen pada bahagian tumit yang akhirnya menyebabkan anda merasa sakit.

Punca sakit tumit #4: Tumit terseliuh

Mengalami tumit terseliuh juga boleh menjadi punca sakit tumit. Ia mungkin akan sembuh, namun ia akan mengalami masa, purata masa yang diambil adalah lebih kurang seminggu.

Punca sakit tumit #5: Mengalami keradangan tumit

Keadaan ini mungkin berlaku jika anda mengalami ‘plantar fasciitis’. Rasa sakit tumit ini disebabkan oleh gelung tisu penghubung dari tumit ke jari kaki.

 

Petua hilangkan sakit tumit kaki

Jika anda mempunyai masalah sakit tumit kaki, jangan menganggap ia satu perkara remeh. Ini kerana ia berisiko menyebabkan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan tumit kaki anda.
Jadi untuk membantu mengatasi masalah sakit tumit kaki yang anda hadapi, berikut kami sediakan beberapa petua dan cara rawatan untuk mengurangkan kesakitan tersebut, antaranya:

Berehat

Salah satu cara untuk merawat sakit tumit kaki anda adalah dengan memberikan kaki anda rehat dan menghindari sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan dan meningkatkan lagi rasa sakit pada tumit kaki.

Anda juga boleh meninggi bahagian kaki anda ketika berbaring selama sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit untuk memperbaiki aliran darah.

Kasut yang sesuai

Jika anda merasakan rasa sakit pada bahagian tumit kaki kanan dan kiri anda terjadi disebabkan kasut yang anda pakai, maka anda perlu mendapatkan kasut yang bersesuaian dan dapat memberikan keselesaan serta sokongan pada tapak kaki anda.

Anda juga boleh menggunakan pelapik lembut untuk diletakkan pada bahagian tapak kaki ataupun pada bahagian tumit. Elakkan dari memijak simen dalam rumah anda tapi sebarang lapik seperti selipar yang lembut. Ini kerana mengikut kepercayaan orang-orang lama, lantai simen bersifat sejuk dan sangat berbisa, sekali gus boleh menjadi punca kepada sakit tumit.

Ubatan

Jika kesakitan yang anda alami terlalu menyakitkan, seperti cadangan NHS, anda boleh mendapatkan ubat penahan kesakitan dan ubat antikeradangan bukan steroid seperti ibuprofen, paracetamol yang dipercayai dapat membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak.

Pembedahan

Ini bukanlah satu petua. Ia lebih kepada langkah dan pilihan terakhir untuk merawat sakit tumit anda, sekiranya kesakitan yang anda alami berlanjutan sehingga 6 bulan dan lebih.

Terdapat dua kaedah pembedahan iaitu pembedahan gastroknemius yang bertujuan untuk memanjangkan otot betis dan meningkatkan gerakan pergelangan kaki dan pembedahan ‘plantar fasciitis’ adalah di mana ligamen di potong untuk melegakan ketegangan.

Akhir kalam

Jangan ambil mudah kalau kaki sudah berasa sakit dan rasa sukar untuk berjalan.

Walaupun anda mungkin merasakan sakit pada tapak kaki, mahupun tumit anda adalah satu perkara biasa, namun, jangan sekali-kali menganggap ia satu perkara yang remeh. Jika dibiarkan, ia cenderung untuk mewujudkan masalah kesihatan yang lain.

Kaki adalah antara anggota badan yang penting dalam pergerakan harian anda. Jadi, sayangi kaki anda.

Jemput juga baca punca sakit pinggang dan punca sakit lutut.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment