Kalau lelaki itu seorang lelaki yang baik, dia faham yang dia tidak boleh sewenang-wenangnya menyentuh perempuan lain. Bukan sahaja tidak manis, malah berdosa kerana ia boleh membangkitkan nafsu.

Lainlah kalau dia pegang tangan mak dia sendiri. Itu sweet!

Memang ini jenis lelaki yang dicari-cari. Tambah-tambah lagi lelaki bujang yang pergi solat Subuh berjemaah di masjid. Memang sesuai dijadikan calon suami yang terbaik. Memang rare sungguh!

Sedang mencari?

Kalau anda sedang mula mahu berkenal-kenalan dengan seorang lelaki yang anda rasa sesuai untuk dijadikan suami, beri perhatian yang serius pada perkara ini.

Ciri ciri lelaki yang baik

Ada beberapa sebab yang menunjukkan dia bukanlah seorang lelaki yang baik.

 

Dia tidak ambil kesempatan

Mula-mula, mungkin dia tunjuk baik dahulu.

Bila berjalan bersebelahan, si lelaki ini akan pandang depan sambil tangannya sengaja menyentuh tangan anda untuk melihat respon. Kalau anda balas, maka itu satu kemenangan bagi dia.

Satu kejayaan besar bagi syaitan yang membisikkan sesuatu yang kecil dahulu.

Islam sudah kata, jauhilah perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina.

 

Orang penyabar

Kenapa perlu ‘rasa‘ dahulu sebelum masanya?

Lelaki ini dia akan sentuh apabila hubungan sudah halal. Kalau setakat berkawan untuk couple semata-mata, itu bukan niat sebenar.

Berkawanlah dengan lelaki yang baik, iaitu yang benar-benar mahukan kita untuk dijadikan surinya.

 

Tahu hormat wanita

Biasa tengok lelaki yang selalu feewit feewit perempuan, sehingga buatkan si perempuan yang sedang berjalan itu rasa kurang senang?

Itu contoh lelaki yang tidak pandai hormat wanita.

Lelaki yang betul-betul menghargai dan menghormati wanita tidak akan melakukan perkara-perkara sedemikian.

Apa kaitan dengan menyentuh wanita?

Begini.

Lelaki yang hormat wanita tak akan sesekali memegang tangan yang bukan muhrim. Dia tahu batas agama. Dia tahu mana salah mana betul.

Dia tahu ibu bapa si perempuan itu tentu akan rasa sedih jika mudahnya anak mereka disentuh lelaki lain.

 

Yang melindungi perempuan

Lelaki sifatnya protective, iaitu melindungi. Bukan lari dari masalah dengan perempuan. Lelaki yang sifatnya melindungi akan membantu sekiranya ada apa-apa masalah yang datang.

Lelaki yang protective juga akan menepis segala kata-kata tidak baik, dan perlakuan yang tidak baik yang dilakukan terhadap perempuan itu.

Bukankah mengelak dari menyentuh dan memegang tangan itu juga salah satu dari perlakuann melindungi diri lelaki itu dari maksiat?

 

Contoh pemimpin yang baik

Tentu sekali dia menunjukkan akhlak terbaik dengan tidak menyentuh wanita yang bukan muhrimnya. Inilah yang dikatakan ‘lead by example’. Maksudnya di sini, lelaki yang baik tak akan pernah kata dia baik. Dia tunjuk perlakuan yang orang boleh nampak, dia seorang yang baik.

Mencari jodoh, mencari suami dan mencari pasangan itu bukan sekadar mencari yang serasi sahaja. Wanita perlu mencari seseorang yang ada ciri-ciri pemimpin yang baik.

Pemimpin yang baik, tentunya seorang yang adil.

Masing-masing akan ada tugas masing-masing apabila sudah berkeluarga.

Sedikit petikan dari kolum Addin di Harian Metro, seorang lelaki akan menjadi ketua dalam keluarga yang bertanggungjawab memastikan seluruh ahli keluarganya terselamat daripada api neraka.

Manakala seorang perempuan pula menjadi isteri yang perlu patuh kepada suaminya selagi suami tidak menyuruh sesuatu yang bersalahan dengan ketetapan Ilahi.

Alangkah indahnya jika dapat bersuamikan seseoran yang adil dan saksama dalam segala aspek kehidupan. Sudah tentu dia akan menjaga keluarganya elok-elok.

 

Dia datang dari keluarga yang baik

Nak tengok lelaki itu baik atau tidak, tengok keluarganya. Tengok perangai dia. Tengok akhlak dia.

Kalau dengan perkara-perkara simple seperti ini pun dia masih jaga adab, sungguh, dia terdidik dengan suasana dan hidup dalam ruang lingkup kekeluargaan yang baik.

 

Masalahnya, wujud ke lelaki macam ini?

Soalnya, sanggupkah anda tukar environment dan kawan-kawan anda?

Apabila asyik dengan kawan-kawan yang selalu hu-ha hu-ha sana sini, macam mana nak jumpa yang baik?

Kawan-kawan yang baik datang daripada keterbukaan kita untuk bersama dalam kumpulan orang yang baik-baik.

Orang yang baik-baik tidak pergi ke tempat hiburan yang melalaikan. Orang yang baik-baik hidupnya hanya kerana Allah.

 

Bagilah chance untuk enjoy!

Anda akan rasa tak puas hati dan akan kata anda masih muda. Berilah peluang untuk buat perkara-perkara lagha dan melalaikan dulu. Nanti sudah berumahtangga, takkan mahu buat begini?

Itu pandangan stereo-tipikal golongan anak muda yang Allah belum lagi bukakan hatinya. Anda bukannya jenis mahu cari lelaki yang baik, tetapi lebih kepada lelaki yang seronok untuk dibuat kawan.

Apabila anda sudah berumur 30-an dan 40-an nanti, baca balik artikel ini dan anda akan bersetuju dengan saya.

Muda hanya sekali. Manfaatkan ia.

 

Akhir kalam

Ciri ciri lelaki yang baik
Sentuhlah tangan orang tua kita, bukan pasangan yang belum halal

Benar kata orang, mencari yang baik itu bukannya mudah. Terlebih dahulu, kita mesti jadi baik. Bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik juga?

Walaupun kajian sains mengatakan anak dara atau wanita belum berkahwin yang tiada ada anak adalah golongan paling bahagia, percayalah, berkahwin itu lebih bahagia.

Sebab apa?

Sebab itu ialah sunnah nabi.

Niatkan diri untuk mencari yang terbaik, iaitu lelaki yang sentiasa mengikut landasan Islam. Walaupun lelaki ini mungkin nampak serius, berkemungkinan besar dia seorang yang setia.

Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya. Carilah, pilihlah lelaki yang baik agamanya.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

1 Comment

Leave A Reply