Inside Scoop merupakan jenama ais krim di Malaysia yang menu pelbagai perisa seperti ais krim mooncake, sorbet, kek ais krim, dan pint ais krim dengan perisa kreatif seperti durian dan kopi badam fudge.

Status halal Inside Scoop selalu persoalan bagi pelanggan Muslim. Semakan di laman web rasmi JAKIM menunjukkan bahawa Inside Scoop mempunyai sijil halal (halal certificate) yang sah. Walau bagaimanapun, status halal Inside Scoop berbeza-beza mengikut cawangan. Sebelum mengunjungi Inside Scoop, pelanggan yang beragama Islam boleh semak status halal di www.halal.gov.my.

    Inside Scoop Ada Sijil Halal JAKIM ke Tak?

    Ya, berdasarkan carian dan kemaskini kami pada tarikh di atas, pihak syarikat The Inside Scoop Sdn Bhd iaitu pemilik Inside Scoop mempunyai sijil halal JAKIM dan tersenarai dalam Halal Malaysia Directory JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Semakan juga mendapati 80 premis Inside Scoop mendapat pensijilan halal JAKIM.

    Sila rujuk screenshot dari portal JAKIM seperti di bawah:

    Inside Scoop Halal atau Tidak
    Inside Scoop Halal atau Tidak 6
    Is Inside Scoop Halal?
    Keputusan Semakan Status Halal Inside Scoop Melalui halal.gov.my Yang Lama
    Inside Scoop Halal or Not?
    Senarai Premis Makanan Inside Scoop Yang Mendapat Status Halal Melalui halal.gov.my Yang Lama

    Status halal sesebuah premis/cawangan/outlet Inside Scoop mungkin berubah dari semasa ke semasa. Syarikat ini mungkin sedang dalam proses memohon pensijilan halal untuk lebih banyak cawangannya. Pelanggan Muslim perlu sentiasa menyemak status halal terkini sebelum membuat pembelian di mana-mana cawangan Inside Scoop

    Bagaimana Cara Semak Status Halal Inside Scoop Melalui Portal Halal JAKIM di halal.gov.my?

    Untuk menyemak status halal syarikat yang telah mendapatkan sijil halal daripada JAKIM, pengguna boleh melayari laman web web halal.gov.my. Ini termasuk semakan jenama Inside Scoop dan syarikat The Inside Scoop Sdn Bhd.

    Maklumat terperinci yang dipaparkan termasuk nama penuh syarikat dan alamat lengkap, negeri lokasi syarikat, nombor telefon dan faksi, alamat e-mel, laman web syarikat (jika ada), nombor rujukan sijil halal JAKIM, senarai produk atau makanan yang disijilkan halal, serta tarikh tamat tempoh sijil halal untuk produk tertentu.

    Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status halal Inside Scoop melalui laman web JAKIM:

    1. Layari laman web HALAL MALAYSIA PORTAL di https://www.halal.gov.my.
    2. Cari kotak carian “Verify Halal Status”.
    3. Masukkan kata kunci yang berkaitan dengan Mixue, seperti nama syarikat “The Inside Scoop Sdn Bhd” atau nama kedai “Inside Scoop”.
    4. Klik butang “Search” atau “Cari”.
    5. Jika Inside Scoop mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM, maklumat terperinci akan dipaparkan seperti nama syarikat, alamat syarikat dan tarikh luput sijil.
    6. Jika tiada keputusan yang dipaparkan selepas carian, ini menunjukkan bahawa Inside Scoop mungkin tidak mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM atau maklumat mereka tidak terdapat dalam pangkalan data JAKIM.

    Apakah Senarai Menu dan Harga Makanan di Inside Scop?

    Inside Scoop menawarkan pelbagai pilihan ais krim, termasuk perisa unik seperti durian, cendol, dan kopi badam fudge. Menu mereka turut merangkumi ais krim berasaskan tumbuhan, sorbet, kek ais krim, dan ais krim mooncake.

    Inside Scoop Halal atau Tidak
    Dragonfuirt Lychee Sorbet Merupakan Salah Satu Menu Hidangan Inside Scoop

    Harga produk Inside Scoop bermula daripada kira-kira RM7 untuk satu skop ais krim. Selain itu, Inside Scoop juga menyediakan produk dalam bentuk pint dan menawarkan perkhidmatan penghantaran serta e-hadiah (e-gift) untuk pembelian dalam talian.

    Bagaimana Cara Hubungi Inside Scoop?

    Jika anda ingin menghubungi Inside Scoop mengenai status halal, anda boleh melayari laman web rasmi Inside Scoop Malaysia atau mengunjungi alamat pejabat mereka di No. 57, Jalan 16/1, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

    Inside Scoop juga aktif di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Anda boleh mengunjungi halaman Facebook mereka di Inside Scoop Malaysia Facebook atau akaun Instagram mereka di Inside Scoop Malaysia Instagram untuk menghantar mesej, membuat pertanyaan, atau menyemak kemas kini terbaru mengenai status halal dan promosi mereka.

    Ingatlah bahawa mencari yang halal itu adalah wajib bagi umat Islam. Semoga Allah melindungi kita daripada perkara-perkara yang haram dan mengampunkan dosa-dosa kita.

    Adakah Inside Scoop Memperkenalkan Aiskrim Campur Ubat Batuk Pei Pa Koa?

    Ya, Inside Scoop pernah memperkenalkan perisa aiskrim Pei Pa Koa, yang menggabungkan sirap tradisional dengan aiskrim vanila pada 9 Julai 2024 sebagai edisi terhad, Aiskrim campur ubat batuk Pei Pa Koa ini dijangka dijual sehingga 18 Ogos 2024.

    Adakah Penjualan Aiskrim Campur Ubat Batuk Pei Pa Koa Dihentikan?

    Ya, penjualan perisa ini dihentikan pada 30 Julai 2024 setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan arahan untuk menghentikan penjualan produk tersebut. Ini kerana campuran ubat tradisional dengan makanan adalah dilarang​.

    Inside Scoop Halal atau Tidak
    Aiskrim Campur Ubat Batuk Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) Diperkenalkan Inside Scoop

    Pei Pa Koa, juga dipanggil Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak, merupakan sirap ubat tradisional dan ia dilarang dicampur dengan makanan yang dijual kepada orang ramai kerana ia diklasifikasikan sebagai ubat di bawah pihak berkuasa Kawalan Dadah. Mengikut Seksyen 13B (2) Akta Makanan 1983, penyediaan dan penjualan makanan yang dicampur dengan bahan ubat​ adalah tidak sah dan dilarang

    Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

    Leave A Reply