Bagi menzahirkan rasa kasih dan penghargaan kepada ibu mertua, kita sering tertanya-tanya apa hadiah yang paling sesuai untuk diberikan pada.
Tanya suami, dia pun tak membantu. Jadi, bagi memudahkan hari anda, kami senaraikan beberapa idea hadiah terbaik yang pasti membuatkan ibu mertua anda tersenyum gembira. Mungkin lebih disayangi daripada anak dia sendiri.
Izinkan kami berkongsi.
Cadangan hadiah untuk ibu mertua
1. Emas
Emas sangat sinonim sebagai simpanan aset dan perhiasan kaum perempuan di Malaysia.
Selain membawa nilai sentimental, emas juga merupakan pelaburan kerana nilainya yang semakin lama semakin bertambah.
Pemain baru dalam pasaran emas Malaysia seperti Angsa Emas dan Emas Sri Nur menyediakan banyak rekaan terkini dengan upah yang berpatutan.
Tidak kiralah cincin, loket, rantai labuh atau gelang tangan, pemilihan emas sebagai hadiah pasti menambahkan seri si ibu.
Jangan lupa berikan ucapan yang indah-indah untuk ibu mertua juga.
2. Wang tunai
Masih keliru dan tidak tahu apa yang patut dihadiahkan kepada ibu?
Idea ini pasti tidak akan menghampakan. Kini, trend kek duit tarik dan jambangan wang kertas semakin popular dikongsikan di media sosial. Hadiah berbentuk kek wang tarik memberikan pengalaman yang menghiburkan, kerana si ibu pasti tertanya-tanya bila rantaian wang ini akan berakhir.
Kita juga tidak perlu runsing memikirkan apa yang si ibu mahukan. Si ibu pula boleh membeli hadiah yang benar-benar disukainya.
3. Jambangan bunga
Naluri wanita memang sukakan kejutan dan penghargaan. Kotak hadiah dan jambangan bunga merupakan idea sesuai untuk pelbagai jenis keraian seperti hari ibu dan hari jadi.
Kelebihan hadiah ini ialah saiz kejutan dapat disesuaikan dengan bajet anda, dan kebanyakan kedai bunga menyediakan perkhidmatan penghantaran.
Kejutkan ibu anda di tempat kerja atau di rumah dengan penghantaran jambangan bunga besar bersama belon dan kotak hadiah berisi coklat.
4. Telekung Siti Khadijah
Bila kali terakhir ibu anda membeli telekung baru? Jika sudah lama tidak tukar, bolehlah hadiahkan telekung Siti Khadijah.
Telekung jenama ulung Malaysia ini mengutamakan kualiti produk dan keselesaan agar pemakainya khusyuk beribadah. Tampil dengan rekaan dan warna yang pelbagai, pasti anda rambang mata memilih telekung yang sesuai dengan jiwa dan personaliti si ibu.
Telekung Siti Khadijah juga didatangkan dengan kotak eksklusif, menjadikan ia hadiah yang ideal untuk si ibu.
5. Staycation di hotel 5 bintang
Tentu si ibu teruja dapat meluangkan sepanjang hari tanpa perlu memasak dan mengurus rumah. Realisasikan impian ibu anda menjadi ratu dalam kamar berkonsepkan moden kontemporari 5 bintang seperti di Hotel DoubleTree, Hilton.
Hotel ini mempunyai cawangan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka. DoubleTree terkenal dengan hidangan buffet sarapan yang menawarkan seleksi makanan tradisi Melayu, Cina, India, hidangan barat dan pelbagai jenis pastri.
Si ibu juga boleh merehatkan minda dan badan sambil bersantai di tepi kolam mandi terbuka yang tersedia di sini.
6. Kerepek
Ya, nampak macam terlalu murah untuk diberikan kepada mak mertua. Tapi janganlah terlalu takut untuk berikan kerepek pisang, kerepek bawang dan macam-macam lagi kuih tempatan.
Berilah apa sahaja, pasti hati mereka berbunga-bunga.
Ia bukan tentang harga, tetapi ingatan kita pada dia.
Akhir kalam
Sudahkah anda memilih hadiah untuk ibu mertua anda? Sekarang, tiba pula masanya untuk merancang hari yang bermakna untuk memberikan hadiah itu. Jangan lupa untuk menulis kad berisi ucapan kasih sayang dan doa buat ibu anda.
Tidak kiralah hadiah apa yang menjadi pilihan, pastinya pemberian hadiah yang ikhlas akan melakar memori indah untuk si ibu untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.
Semoga kita juga dapat menjadi ibu mertua yang baik seperti dia satu hari nanti.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
yang sesuai dan ‘murah’ . awal” lagi dah tulis emas 😔😔😔😔