Anda yang bakal bergelar ibu dan ayah, sudah tentu tidak sabar untuk melihat permata hati yang akan dilahirkan nanti, bukan? Namun, bagaimana dengan persediaan untuk menyambut si manja? Sudah cukup semuanya? Atau mungkin masih ada yang tertinggal? Jemput baca perkongsian artikel ini untuk mengetahui checklist barang baby newborn yang perlu disediakan sebelum bersalin di hospital
Tanda awal kehamilan
Saat paling bermakna dan berharga yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan adalah berita gembira di mana isteri disahkan mengandung.
Benar, anda boleh semak tanda awal kehamilan sendiri.
Namun, sebelum sibuk bersedia untuk membeli barang keperluan bayi, lebih baik jumpa doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan kehamilan.
Bimbang akan rasa terkilan.
Barangan keperluan baby
Sejujurnya terdapat banyak checklist barang baby yang perlu disediakan untuk tempoh tahun pertamanya. Namun, buat pasangan yang pertama kali melangkah ke alam keibubapaan ini, mungkin masih kabur lagi.
Jadi berikut adalah checklist barang baby yang perlu disediakan:
Barangan keperluan baby (Baju)
Perkara paling utama dalam senarai checklist barang baby adalah untuk mendapat beberapa helai pakaian bayi.
Anda dinasihatkan untuk tidak membeli pakaian bayi dalam jumlah yang terlalu banyak. Ini kerana bayi akan cepat membesar.
Dari segi bahan material pakaiannya pula, pastikan ia dihasilkan daripada 100% kain kapas.
Antara yang dicadangkan ialah:
- Baju lengan panjang
- Baju lengan pendek
Barangan keperluan baby (Penyusuan)
Sila rujuk checklist barang baby ini untuk penyusuan selepas bersalin nanti.
Bantal penyusuan
Bagi membantu aktiviti penyusuan bayi baru lahir untuk menjadi lebih mudah dan selesa, bantal penyusuan adalah sangat disyorkan untuk mengelakkan ketegangan pada bahu atau leher anda.
Aksesori penyusuan
Beberapa aksesori penyusuan seperti salap lanolin, pek gel suam atau sejuk mungkin dapat membantu melegakan kesakitan pada payudara anda semasa atau selepas bayi menyusu.
Selain itu, pelapik payudara akan memelihara pakaian anda daripada kebocoran susu.
Kain alas bayi
Ia bukan hanya sekadar perhiasan semata-mata.
Kain alas ini digunakan untuk mengelap mulut, muka atau badan bayi jika terkena atau tertumpah susu.
Botol dan puting bayi
Sesetengah ibu bapa lebih gemar memilih botol kaca atau tahan karat untuk bayi mereka kerana risau jika terdapat bahan kimia dalam botol jenis plastik.
Jemput baca mengenai cara sendawakan bayi juga.
Pam susu ibu
Untuk ibu yang bekerja, alat mengepam susu dapat membantu menyimpan susu ibu jika anda terlalu sibuk dan tidak sempat untuk menyusukan bayi tepat pada masanya dan ia juga untuk diberikan kepada pengasuh bayi anda.
Walau bagaimanapun, ini bukan keperluan barang baby yang paling penting. Pastikan beli mana-mana yang penting dahulu.
Beg susu ibu
Fungsi beg ini adalah untuk menyimpan susu badan yang telah dipam juga amat diperlukan. Ini boleh memudahkan anda terutamanya tidak mempunyai banyak ruang untuk menyimpan susu dalam peti beku di pejabat.
Susu formula
Sekiranya anda memutuskan untuk beralih, pastikan anda menggunakan susu formula yang kaya dengan nutrien sama seperti susu ibu.
Barangan keperluan baby (Lampin)
Checklist
barang baby yang seterusnya ialah berkenaan lampin.
Lampin bayi
Paling utama, anda perlu menyediakan lampin untuk si comel anda. Secara purata, bayi anda mungkin memerlukan sekitar 10 hingga 12 lampin setiap hari.
Pemilihan lampin jenis kain pastinya sesuatu yang menjimatkan. Ia bukan sahaja boleh digunakan berulang kali, tetapi ia juga amat mesra kepada alam sekitar.
Tisu basah dan kain lembut
Tisu basah akan digunakan untuk mengelap punggung dan kemaluan bayi.
Anda perlu cari tisu basah yang mesra bayi ataupun kain lembut yang direndam dengan air suam untuk mencuci.
Lapik khas kalis air
Lapik atau tuala sebagai alas untuk meletakkan bayi ketika menukar lampinnya.
Lebih mudah lagi jika anda boleh sediakan meja khas untuk menukar lampin bayi.
Checklist barang baby (Mandian)
Beberapa barangan keperluan asas untuk memandikan bayi adalah seperti tuala, minyak telon atau minyak urut untuk bayi (penting untuk mengelakkan bayi mengalami kembung perut), krim ruam bayi dan putik kapas. Rujuk senarai barang keperluan baby seperti di bawah:
Tuala lembut
Carilah tuala yang lembut dan mempunyai hud (hoodie), ini pastinya dapat membantu anda untuk membendung bayi selepas dimandikan.
Tab mandi
Ia dapat memudahkan anda untuk memandikan bayi anda. Namun, anda juga boleh menggunakan sinki di rumah anda.
Sabun mandi
Anda boleh memandikan bayi anda dengan air semata-mata tanpa sebarang sabun mandian khas. Tetapi jika anda memilih untuk memandikan bayi anda dengan sabun, pastikan sabun yang anda pilih adalah sesuai untuk kegunaan bayi.
Anda juga boleh menyediakan pengetip kuku, penyedut hidung (untuk kegunaan ketika bayi mengalami hidung tersumbat disebabkan selesema), termometer (sebaiknya termometer digital, kerana termometer merkuri adalah berbahaya jika pecah) dan juga sikat.
Checklist barang baby (Tempat tidur)
Ini pula ialah checklist barang baby yang penting agar bayi dapat tidur lena.
Katil bayi dan tilam
Jika mahu menidurkan bayi anda tidur di dalam katil bayi yang cantik pada tahun pertamanya, pastikan ia memenuhi tahap piawaian keselamatan bayi terlebih dahulu. Selain itu, beli tilam yang lembut dan sesuai untuk diletakkan dalam katil bayi.
Selimut
Terdapat dua jenis selimut yang boleh digunakan untuk bayi. Ia bergantung kepada tujuan penggunaannya. Ini termasuklah selimut yang boleh dipakai ketika tidur dan juga selimut bedung.
Bantal
Bayi sebenarnya tidak memerlukan bantal. Sebaliknya anda boleh menjadikan kain muslin atau kain kapas yang lembut dan ringan sebagai alas kepala bayi anda.
Kedua kain ini juga boleh berfungsi sebagai selimut dan kain bendung bayi anda.
Perkara lain yang boleh anda sediakan adalah seperti tilam khas bayi, bantal bolster, lapik tilam kalis air dan kelambu bayi jika dirasakan perlu.
Ada bajet yang lebih, dapatkanlah gajet pengawasan bayi untuk memudahkan anda memantau bayi anda ketika melakukan kerja-kerja di dalam rumah.
Perkakas bayi
Ini pula ialah checklist barang baby yang boleh dibeli apabila bayi sudah besar sedikit.
Kereta sorong bayi
Kereta sorong bayi atau baby stroller ini diketahui merupakan keperluan bayi yang penting jika anda ingin membawa bayi berjalan-jalan ke luar rumah.
Kerusi kereta bayi
Ia adalah untuk keselamatan bayi apabila berada di dalam kereta dan sudah tentu ia merupakan antara checklist barang bayi yang penting untuk disediakan.
Barang mainan bayi
Perkara paling utama untuk dipertimbangkan adalah mengenai bahan buatannya.
Ini kerana terdapat mainan mengandungi bahan kimia yang sangat berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak.
Mainan yang lembut dan mempunyai muzik adalah pilihan yang terbaik.
Walau bagaimanapun, ini bukan barang keperluan baby yang utama. Pastikan beli yang penting dahulu.
Akhir kalam
Dalam melakukan persediaan kelengkapan menyambut kelahiran baby pertama, sudah tentu anda akan berasa excited.
Apabila rasa gembira itu menguasai diri, sering kali kita sebagai ibu bapa akan terlebih belanja dalam menyediakan persiapan keperluan bayi.
Rujuk dahulu di parents.com, apa yang perlu dibeli dan apa yang tak perlu dibeli.
Ingatlah, walau gembira macam mana sekalipun, bersederhanalah dalam berbelanja.
Elakkan daripada melakukan pembaziran.
Ingatlah, perkara paling utama dalam membesarkan si manja sudah tentunya berkaitan kesihatan dan keperluan tumbesarannya.
Jadi berpada-padalah dan hindari dari berbelanja secara berlebihan.
Selamat berbelanja untuk barang keperluan baby.
Semoga bermanfaat.