Kepada semua pengguna Bank BSN, ada di antara anda yang masih keliru tentang cara untuk check balance  BSN. Namun tidak perlu risau kerana pada hari ini kami akan kongsikan dengan anda kaedah semak baki akaun BSN anda secara online dan melalui pesanan teks ringkas (SMS).

Kalau ada berbaki, barulah boleh buat BSN Instant Transfer ke akaun bank yang lain.

Cara check balance akaun BSN (Online & SMS)

Kebiasaannya jika anda ingin semak baki akaun Bank BSN anda, anda harus keluar rumah dan memandu ke bank untuk mencari mesin ATM dan menyemak baki akaun bank anda di sana. Pada hari ini kami akan sediakan alternatif untuk anda.

Dengan itu urusan perbankan anda untuk menyemak baki akaun BSN anda dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk ke bank lagi.

1. Check balance BSN menggunakan SMS

Perlu diingat bahawa sebelum anda ingin menggunakan khidmat pesanan ringkas anda haruslah memastikan bahawa nombor telefon anda telah didaftarkan ke dalam database perbankan SMS BSN.

Untuk itu sekiranya anda masih belum mendaftar nombor telefon anda, kami ada sediakan artikel panduan tentang cara register BSN online banking.

2 cara untuk anda mendaftar nombor telefon anda bersama BSN iaitu:

  1. Daftar di kaunter BSN
  2. Daftar melalui mesin ATM BSN

Daftar melalui mesin ATM BSN

  1. Cara semak baki akaun BSN anda yang pertama adalah, masukkan kad ATM dan PIN anda.
  2. Pilih pilihan yang menyatakan Urusan Lain.
  3. Tekan Perbankan SMS dan Pendaftaran.
  4. Selepas pendaftaran anda akan mendapat 4 digit UAC.
  5. Untuk aktifkan perbankan SMS anda, ikuti langkah berikut.

Taip ACT<jarak>M-PIN<jarak>4 digit UAC.

  1. Hantarkan ke 36898.

Setelah selesai proses pendaftaran, anda kini boleh semak baki akaun BSN anda dengan cara,

  1. Masukkan BAL<jarak>M-PIN.
  2. Hantarkan ke 36898.

2. Semak baki akaun BSN melalui MyBSN online

Anda boleh semak baki akaun BSN anda secara online melalui perbankan myBSN. Langkah untuk semak adalah:

  1. Platform yang anda boleh gunakan untuk mendaftar adalah telefon pintar anda dan laptop.
  2. Layari laman web rasmi BSN pada pautan mybsn.com.my/mybsn.login/login.do.
  3. Setelah itu masukkan nama pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk ke akaun anda.
  4. Pilih pada menu Maklumat Akaun.
  5. Klik pada Maklumat Baki.
  6. Setelah itu baki akaun BSN anda akan dipaparkan pada skrin peranti anda.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar cara semak baki Bank BSN ini dapat memudahkan urusan perbankan anda.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

6 Comments

  1. Mohd Zamran Jusoh on

    Check baki akaun BSN bank no akaun:0115429000118721
    Ic ni:750801115055
    Tel no:+60134792529.

Leave A Reply