Cakap memang senang untuk berubah lebih baik. Tahu tak bahawa cara untuk berubah jadi lebih baik itu sangat susah? Lebih-lebih lagi jika kita jenis orang yang banyak buat dosa dan maksiat. Namun, ia tidak mustahil.

Dalam Bahasa Inggeris, orang kata “How to be a better person?”. Namun, tips dari kaca mata Mat Salleh yang speaking English tidak sama dengan kita di Nusantara ini. Untuk kita, mesti ada elemen Islam yang kita pegang sekian lama.

Kita pun tahu, kita semua pernah buat salah, dan selalunya kesalahan itu menghantui diri kita. Rasa serba tidak kena dan serba salah.

Berpanjangan.

Jadi, nak buat macam mana?

Cara untuk berubah jadi lebih baik

Ramai orang mahu berubah ke arah kebaikan kerana sudah terlalu lama buat dosa dan maksiat, sehingga hati rasa kosong. dan sunyi. Untuk mengelakkan dari terus diselubungi aura negatif, mari cuba beberapa panduan di bawah.

 

1. Percaya pada keupayaan diri sendiri

Kalau tak percaya pada diri sendiri, dan tak berani untuk berubah, macam mana nak berubah? Ini yang paling penting sekali perlu diterapkan dalam hati.

Bila kepercayaan itu sudah gagal, semuanya akan gagal. Sematkan dalam hati betul-betul.

 

2. Maafkan diri sendiri atas kesilapan lalu

Ya, seperti diberitahu tadi, kita pernah buat salah. Kita pernah buat silap. Kita pernah gagal.

Jadi, cara untuk berubah ialah dengan melupakan semua dosa dan maksiat yang dulu.

Ternyata, semua orang pernah buat salah. Cuma, jangan jadikan kegagalan dan kesilapan masa lalu terus menghantui diri kita.

Belajar untuk maafkan diri sendiri. Yakinlah, kita masih boleh bangkit.

 

3. Maafkan orang lain atas dosa mereka

Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Selepas kita maafkan diri sendiri, pastikan semua orang yang pernah buat salah pada kita.

Mulakan semuanya dari zero. Hati akan jadi lebih tenang.

Bila masih berdendam, ia akan melemahkan diri kita. Semacam ada ‘energy’ jahat yang masih ada dalam diri.

Bila kita maafkan orang lain, iaitu orang yang pernah melukakan hati kita, secara tidak langsung ia mengurangkan beban dan dendam dalam hati kita.

 

4. Jangan beritahu orang, yang kita mahu berubah.

Sumber dari PsychologyToday mengatakan, jika ingin berjaya, jangan sesekali beritahu perancangan kita. Kesan jangka panjang, ia boleh menurunkan motivasi kita untuk berubah.

Buat diam-diam. Tida perlu war-warkan seantero dunia. Mulakan dengan langkah kecil terlebih dahulu.

Jika kita ada beritahu secara ‘public‘ di media sosial, dan selepas beberapa ketika, kita gagal mencapai apa yang kita kata, ia lebih mengguris rasa. Kita akan rasa diri kita ‘useless‘. Sudah tentu, motivasi akan menurun dan kita akan kembali seperti dulu.

 

5. Belajar untuk memberi (bukan hanya menerima)

Salah satu cara untuk berubah ialah dengan memberi.

Sedekah.

Berikanlah apa yang kita ada, samada harta atau ilmu, sedekahkan pada orang lain. Hidup ini lebih bermakna kalau kita memberi.

Jangan hidup meminta-minta.

Bila kita mula memberi, ia akan mendatangkan kepuasan yang tidak boleh digambarkan. Bila memberi, jangan pula war-warkan pada orang lain. Biarlah ia jadi rahsia kita.

 

6. Cara untuk berubah, belajar untuk lebih mendengar

Jangan menyampuk. Sebelum ini, sebelum orang lain habiskan percakapan dia, kita tak sabar-sabar mahu menyampuk.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, atau yang masih ber-boyfriend-girlfriend, akan ada momen-momen yang buatkan salah seorang kecil hati.

Cuba tahan diri sendiri. Setkan dalam minda, biarkan dia habiskan cakap dia dulu.

 

7. Terima kesalahan (jangan tuduh orang lain)

Ini adalah antara cara untuk berubah yang agak sukar.

Kita tak perlu nak blame; suami yang salah – isteri yang salah – anak-anak yang salah – kawan sekerja yang salah.

Bila kita tuding 1 jari telunjuk kita pada seseorang, 4 lagi akan tuding pada kita.

Kita kena belajar cermin diri sendiri. Belajar terima kesalahan yang kita buat. Jangan ego sangat.

 

8. Buang rasa marah jauh-jauh

Sebab apa kena buang jauh-jauh? Ini kerana, bila marah, emosi kita tak terkawal. Mulalah buat perkara yang bukan-bukan. Bila buat keputusan, memang jauh ke laut. Semua ikut perasaan.

Kajian mendapati bahawa orang yang tak pandai meluahkan perasaannya, akan mengalami masalah penghadaman, susah tidur dan mungkin juga sakit jantung.

Ada satu artikel dari Inc, oleh Roya R. Rad, MA, PsyD, yang mencadangkan agar kita tulis perasaan kita. Bila tulis, baru nampak jelas apa sebenarnya yang menggangu diri kita.

Selain itu, dia kaya pergilah bermeditasi. Dalam konteks kita sebagai orang Islam, pergilah solat. Bukankah Islam itu indah dan jalan penyelesaian kepada segala kekusutan?

 

9. Berbuat baik selalu (tanpa minta balasan)

Cara untuk berubah jadi baik ialah dengan terus buat baik pada orang lain.

Tak perlu duit pun. Susah sangatkah mahu sebut “Terima kasih”. Ini tidak, muka masam mencuka.

Contoh lain, kalau nampak ada makcik terkedek-kedek nak masuk 7-Eleven, peganglah pintu itu. Bukannya susah sangat.

Nampak ada sampah kecil, ambil dan tolong buang.

Lama-lama akan jadi biasa. Untuk jadikan tabiat (habit), sesuatu perkara itu akan ambil 21 hari. Dan jika mahu jadikan tabiat itu kekal menjadi darah daging kehidupan kita (iaitu jadi lifestyle), cuba buat perkara-perkara baik selama 90 hari.

 

10. Cara untuk berubah, dekatkan diri dengan Allah

Kalau sebelum ini hati tidak tenang, cubalah baca Al-Quran.

Cubalah berzikir mengingati Allah. Mula-mula, memang tidak rasa apa-apa.

Bila kita sudah biasa-biasakan diri, ketenangan itu akan hadir juga. Teruskan berdoa. Percayalah, Islam itu indah.

Banyakkan solat tahajjud dan solat sunat taubat.

 

Akhir kalam

Kita semua tahu, kita bukanlah jahat mana. Nakal sedikit, itu adalah. Cuma kadang-kadang, rasa bersalah jika asyik buat dosa, buat maksiat, dan buat perkara-perkara yang tidak diredhai Allah.

Berbekalkan dengan doa, kata-kata dan motivasi yang ada, mari kita sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik. Diharapkan agar panduan dan cara untuk berubah jadi lebih baik ini dapat memberikan anda inspirasi.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

22 Comments

  1. Fitri Nazrul on

    ❤️ Terima kasih atas nasihat yg diberi…Doakan sy trus istiqomah untuk berubah☺️..

  2. Ahmad Faiz Thaqif Bin Alias on

    Saya rasa ade jugak buat salah dekat allah.saya rasa allah tak maafkan saya la sbb saya ade banyak buat dosa dan maksiat.Tapi,kawan saya cakap jangan berfikir macam tu kamu kene ingat allah sentiasa maafkan hamba nya.biarlah perbuatan nya sebesar zarah.allah akan maafkan hambanya.Itulah kawan saya cakap saya pun berasa macam bersalah saya pun sembahyang sunat taubat.lepas tu saya rasa saya nak berubah ke jalan illahi.mulai hari ni saya akan berubah ke jalan yg betul saya tak nak ke jalan syaitan.Kita semua boleh berubah teruskan berusaha.Allah pun ade pesan jikalau nak berubah hendaklah berusaha.Jikalau kita tidak berusaha Allah tak akan membantu kita.Jadi,jom la kita semua berubah.

  3. Assalamualaikum terima kasih atas perkongsian akak buat kami semua saya ada satu soalan

    Macam mana nak hilangkan fikiran negatif yang mengacau fikiran kita

Leave A Reply