Kalau anda berhajat untuk buat pindahan wang ke Malayan Banking, ini cara transfer BSN ke Maybank yang boleh dilakukan secara online dan juga melalui mesin ATM.

Izinkan kami berkongsi.

 

1. Cara transfer BSN ke Maybank secara online

CARA-CARA PEMINDAHAN DANA DARI BSN KE MAYBANK SECARA ONLINE

  1. Sila log masuk ke laman rasmi www.mybsn.com.my.
  2. Isikan Username dan Password.
  3. Klik Fund Transfer.
  4. Tekan Transfer to Other Banks (Interbank GIRO).
  5. Sila pilih pilihan yang diberi di From Account
  6. Isikan Beneficiary Account Number.
  7. Anda boleh mengisi alamat e-mail sebagai pesanan untuk pengirim dan penerima.
  8. Di ruangan Receiving Bank, pilih Maybank.
  9. Masukkan jumlah amaun.
  10. Taip Fund Transfer di bawah Transaction.
  11. Anda boleh mengisi rujukan penerima jika mengikut kesesuaian anda.
  12. Klik butang Submit.
  13. Jika maklumat transaksi yang dipaparkan betul, tekan Confirm

 

2. Cara transfer duit BSN ke Maybank melalui ATM

Cara-cara untuk memindahkan duit dari Akaun BSN ke Maybank melalui mesin ATM

  1. Pergi ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan anda.
  2. Pilih Bahasa Malaysia.
  3. Masukkan nombor PIN anda.
  4. Klik Pindahan di paparan skrin seterusnya.
  5. Di bawah kategori Pindahan IBG, klik Pindahan Wang IBG.
  6. Tekan Teruskan.
  7. Masukkan jumlah wang yang ingin dihantar ke penerima.
  8. Seterusnya,pilih Maybank sebagai Bank Penerima.
  9. Isikan nombor Akaun Penerima dan nombor rujukan.
  10. Jika maklumat yang diberi adalah betul, tekan Ya.
  11. Transaksi anda telah selesai.

 

 

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply