Adakah anda baru sahaja berdaftar sebagai pelanggan Maybank? Masih kurang masih faham dengan panduan check balance akaun anda?Anda telah pilih artikel yang betul untuk mendapatkan jawapan anda. Jadi, izinkan kami kongsikan cara semak baki akaun Maybank anda secara ringkas agar mudah difahami.

Persediaan

Anda bukan sahaja boleh gunakan cara konvensional seperti ke ATM sahaja untuk semak baki akaun.

Anda juga akan dikenakan caj tambahan sekiranya mengguakan mesin ATM selain ATM Maybank dan juga terpaksa keluar rumah.

Oleh itu, anda boleh gunakan cara semakan baki akaun secara online sekiranya tujuan emergency atau tidak sempat ke ATM.

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk membuat pendaftaran akaun Maybank2u secara online.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang cara pindahan duit dari Maybank ke Maybank menggunakan Maybank2u.

Cara Semak Baki Akaun Maybank

Berikut merupakan panduan semakan baki akaun Maybank melalui tiga cara.

#1 Cara semak baki akaun melalui portal Maybank

Pastikan anda telah berdaftar untuk online banking Maybank2u terlebih dahulu. Cara semak baki akaun melalui portal rasmi Maybank2u adalah seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Pada bahagian depan laman tersebut, masukkan username anda pada ruangan My Username.
  3. Klik pada ikon padlock yang berada di sebelah ruangan My Username.
  4. Kemudian, akan ada soalan tentang kata keselamatan (security phrase).
  5. Klik YES sekiranya security phrase tersebut milik anda.
  6. Masukkan password pada ruangan My Password.
  7. Kemdian, klik butang LOGIN bagi memulakan proses semak baki akaun Maybank anda.
  8. Anda akan berjaya masuk ke akaun anda.
  9. Setelah anda tiba, anda akan dapat lihat baki anda sebelah kiri skrin anda pada bahagian MY ACCOUNTS.
  10. Selesai

#2 Check balance akaun melalui aplikasi Maybank2u mobile banking

Anda juga boleh membuat semakan baki akaun Maybank anda melalui aplikasi Maybank2u. Tapi, pastikan anda telah download dan install aplikasi tersebut dari Playstore/Appstore ke telefon anda. Panduan semakan baki akaun adalah seperti di bawah.

  1. Buka aplikasi Maybank2u anda.
  2. Masukkan username pada ruangan Username.
  3. Klik butang anak panah sebelah ruangan Username.
  4. Masukkan password pada ruangan Password agar dapat melancarkan proses semak baki akaun Maybank anda.
  5. Sahkan Security Image yang tertera.
  6. Klik butang Login.
  7. Pada landing page yang anda tiba, baki penyata akaun yang lengkap akan terpapar.
  8. Selesai.

#3 Cara semak baki akaun melalui ATM Maybank

Anda juga boleh semak baki akaun anda melalui ATM Maybank. Lawati cawangan ATM Maybank yang berdekatan dengan anda. Cara semak baki akaun anda adalah seperti di bawah.

  1. Masukkan kad ATM Bank Maybank ke slot kad.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini.
  4. Klik Teruskan sekiranya dikenakan sebarang caj bagi meneruskan ke proses penyemakan baki akaun anda.
  5. Anda akan tiba pada bahagian Sila Masukkan PIN.
  6. Masukkan PIN ATM pada ruangan yang diberi dengan menekan pada butang keypad ATM.
  7. Klik Enter/Masuk bagi melancarkan panduan semakan baki akaun anda.
  8. Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  9. Klik pada Pertanyaan Baki.
  10. Pilih akaun yang anda ingin semak.
  11. Baki akaun anda akan terpapar pada skrin ATM.
  12. Selesai.

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara semak baki akaun Maybank telah memudahkan lagi urusan anda.

Anda juga boleh semak baki akaun secara online di Bank Islam.

Pelanggan BSN juga boleh check balance akaun secara online.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

13 Comments

  1. kawan sy pendapatan isirumah 6k layak menerima BKC RM800,saya pulak pendapatan isirumah x sampai 5k hanya layak RM250..

Leave A Reply