Sesiapa pun di dunia ini mesti mahukan berat badan yang ideal. Tidak ada siapa minta untuk jadi gemuk atau terlalu kurus. Selalunya orang berat badan berlebihan yang akan stress. Tetapi, ada juga yang sampai perlukan cara nak naikkan berat badan.

Ini kerana, kurang berat badan atau terlalu kurus juga boleh menjadi satu masalah. Oleh itu, mari kita ubah stigma masyarakat mengenai mereka yang kurang berat badan untuk mendedahkan bagaimana cara untuk naikkan berat badan ini.

Izinkan kami berkongsi.

Cara nak naikkan berat badan

Berikut merupakan beberapa cara nak naikkan berat badan yang boleh anda cuba.

1. Makan supplement tambah berat badan

Apa itu supplement?

Supplement merupakan makanan tambahan atau vitamin yang biasanya dicipta dalam bentuk seperti kapsul, tablet atau serbuk minuman. Ia bertujuan untuk memberikan nutrisi tambahan terhadap kesihatan atau kecantikan seseorang.

Namun, fungsi dan kesannya bergantung kepada bahan dan kandungan supplement itu sendiri.

Zaman sekarang ini ada bermacam jenis supplement yang anda boleh cuba untuk menaikkan berat badan. Bukan setakat untuk jadi kurus sahaja. Nak jadi gemuk pun boleh.

Walau bagaimanapun, elakkan dari mengambil supplement yang tidak mempunyai kelulusan KKM dan tidak selamat digunakan.

Apa-apa pun, sebelum anda mengambil sesuatu ubat-ubatan atau supplement. Anda disarankan untuk mendapatkan saranan dan nasihat doktor terlebih dahulu. Jangan main makan sahaja. Bimbang memudaratkan.

 

2. Ambil makanan yang kaya dengan protein

Anda boleh cuba naikkan berat badan hanya dengan pengambilan makanan yang mengandungi protein, lemak baik, mineral, tenaga dan kalori. Antaranya adalah telur, daging merah, nasi putih, keju, yogurt, ubi keledek, mentega kacang, susu segar penuh krim dan banyak lagi.

Mostly, jenis-jenis makanan di atas adalah mudah untuk didapati.

Namun begitu, elakkan dari mengambil jenis-jenis makanan tersebut secara berlebihan. Makanlah dengan mengikut sukatan yang seimbang. Nak naikkan berat badan pun tidak perlulah sampai makan tidak ingat dunia.

Silap-silap nanti boleh menjejaskan kesihatan dan keseimbangan badan anda. Kalau boleh, buatlah research lebih sikit untuk tahu jenis makanan lain yang boleh bantu naikkan berat badan.

 

3. Naikkan berat badan melalui mindset dan motivasi diri

Mungkin anda tidak percaya. Tetapi, minda yang sihat dan kata-kata yang memotivasikan diri dapat membantu menaikkan berat badan seseorang. Ianya dapat memberikan pengaruh yang baik kepada persekitaran dan tindakan anda.

Untuk ubah mindset dan memotivasikan diri ini bukan hanya perlu dibuat masa nak kurus sahaja. Tetapi, nak naikkan berat badan pun anda perlu memberikan semangat kepada diri sendiri. Ucapkanlah kata-kata yang positif kepada diri anda supaya minda dan jiwa anda akan menjadi tenang.

Betapa pentingnya kita menyayangi diri sendiri dahulu sebelum kita menerima kasih sayang daripada orang lain. Bila hati senang dan tak stress, mestilah berat badan pun akan naik.

 

4. Naikkan berat badan dengan makan lewat malam

Makan pada lewat malam boleh menjadi penyumbang untuk menaikkan berat badan. Sebenarnya terdapat ramai orang yang mengelak untuk makan pada waktu ini khususnya mereka yang tengah dalam proses diet. Jadi, kalau nak berat badan naik, makanlah waktu lewat malam.

Waktu yang sesuai untuk anda makan bagi menaikkan berat badan adalah bermula pada pukul 10 malam ke atas. Walau bagaimanapun, pastikan anda makan beberapa jam awal sebelum tidur supaya organ penghadaman anda tidak terbeban.

Anda perlu tahu bahawa makan lewat malam memang boleh menaikkan berat badan tetapi ia boleh menyebabkan masalah pencernaan makanan tidak sempurna dan menyebabkan lemak terhasil.

Silap haribulan, bukan setakat naik berat badan sahaja tetapi dah jadi obesiti.

 

5. Lakukan senaman ringkas

Melakukan senaman bukan sahaja untuk dapatkan bentuk badan yang fit, sihat dan cantik. Tetapi, ia boleh menaikkan berat badan anda sekaligus membentuk otot dengan cara senaman yang betul. Namun begitu, untuk mencapai sesuatu kejayaan bukanlah mudah.

Anda mestilah berusaha dengan gigih dan memerlukan jangka masa yang agak lama untuk mendapat hasilnya. Namun begitu, anda hanya perlu melakukan senaman yang ringkas untuk menaikkan berat badan. Antara senaman yang boleh anda lakukan adalah seperti pull up, bench press, squats, push up dan lunges.

Anda juga boleh mencari idea-idea cara senaman ringkas yang lain di Google atau membaca buku-buku berkaitan senaman sebagai bahan rujukan dan panduan.

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda mencari jawapan tentang cara nak naikkan berat badan. Bukan setakat nak kurus sahaja kena usaha. Nak naikkan berat badan pun sama.

Selamat mencuba.

Oh ya! Kami ada satu tips untuk anda yang nak turunkan berat badan iaitu cuba lakukan aktiviti kemas rumah kerana ia juga merupakan salah satu senaman. Mungkin nampak macam simple. Tetapi, dengan membuat kerja-kerja mengemas rumah, anda boleh mengeluarkan peluh dan membakar lemak.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply