Ingin mengambil lesen, tetapi masih lagi belum berani lagi? Tak mengapa. Boleh baca-baca dahulu, cara memandu kereta manual kerana ia tidak sama dengan kereta auto.
Jika anda mencari maklumat untuk pembaharuan lesen dan cukai jalan, langkau artikel ini untuk baca cara renew lesen memandu dan road tax di Pejabat Pos.
Kereta auto lebih mudah dari manual?
Memandu kereta bertransmisi automatik adalah lebih mudah dibandingkan dengan kereta manual. Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk memastikan kereta auto anda terjaga rapi.
Transmisi manual, ataupun sistem yang terdapat pada kereta gear manual (kereta manual), merupakan sistem transmisi automotif yang memerlukan anda sebagai pemandu menekan injak klac dan menukar gear secara manual.
Dari segi pemilihan gear, transmisi manual boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
- Transmisi manual konvensional (seperti yang digunakan pada kereta) yang membolehkan pemandu menukar pada mana-mana posisi gear pada bila-bila masa
- Transmisi manual berjujukan (seperti yang digunakan pada motosikal dan kereta perlumbaan seperti Formula Satu) yang hanya membenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan (gear lebih rendah atau lebih tinggi).
Walau bagaimanapun, dalam artikel ini, kami hanya akan berkongsi transmisi manual konvensional untuk kereta biasa.
Cara memandu kereta manual
Memandu sebuah kereta boleh menjadi sangat menyeronokkan, dan juga menjadi sangat mencabar. Buat anda yang belum pernah cuba memandu kereta, anda diwajibkan untuk mengambil lesen memandu kerana memandu kereta bukanlah semudah yang anda sangka.
Memandu kereta memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi untuk mengendalikan kereta yang menggunakan gear manual (kereta manual). Adalah lazim buat yang mengambil lesen dari dahulu untuk mendapatkan lesen memandu kereta dengan belajar memandu kereta manual.
Ada yang mengatakan ia mudah, dan ada juga yang menyatakan sebaliknya. Akan tetapi, bagaimanakah caranya?
Mungkin anda yang belum mempunyai lesen tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya nak pandu kereta manual ini?
Terdapat beberapa langkah yang wajib anda ikuti satu-persatu untuk mengelakkan masalah yang anda akan hadap semasa memandu. Langkahnya ialah:
Sebelum memandu kereta manual
- Buat rutin pemeriksaan kenderaan.
- Periksa semua komponen yang terdapat di badan kereta untuk pastikan kenderaan selamat digunakan. Periksa cermin hadapan, plat bersama nombor pendaftaran kenderaan, cermin sisi, cermin pandang belakang, cermin lampu kenderaan, lampu signal, tayar dan sebagainya, semauanya perlu diperiksa.
- Periksa bahagian dalam but hadapan kereta. Minyak brek, minyak enjin, tangki air radiator, tali sawat, bateri dan lain-lain. Kesemua minayk ini harus berada pada paras yang mencukupi untuk mengelakkan kerosakan pada kenderaan.
- Buat rutin sebelum memandu.
- Ketika berada di dalam kereta, pastikan anda dalam keadaan bersedia. Pakai tali pinggang keledar, laraskan tempat duduk, betulkan cermin pandang belakang, periksa lampu hadapan, belakang dan lampu signal, lampu isyarat kecemasan, lampu-lampu pada meter kenderaan, serta hon untuk pastikan kenderaan anda boleh mulakan perjalanan. Paling penting, anda perlu kenali gear.
- Untuk kereta manual, setiap pemanduan anda perlu mula dengan gear 1 sehinggalah kepada gear 5. Gear R adalah gear reverse (gear mengundur).
Semasa memandu
- Pastikan gear kereta berada dalam keadaan bebas.
- Tekan klac dengan kaki kiri dan hidupkan enjin kereta.
- Lepaskan brek tangan.
- Tekan klac sekali lagi dengan kaki kiri hingga jejak lantai kemudian masuk gear 1 dengan cermat dan betul mengikut alir gearbox.
- Lepaskan klac sekitar 50% sahaja secara perlahan-lahan dan bukan secara mengejut.
- Kenderaan anda akan mula bergerak ke hadapan secara perlahan. Jika terasa kenderaan anda sepeti bergegar semasa sedang bergerak, tekan pedal minyak dengan kaki kanan sekitar 10% sahaja. Apabila, kenderaan semakin lancer bergerak, lepaskan klac lagi sehingga cukup 100%, kemudian kawal kenderaan anda dengan pedal minyak sahaja.
- Jangan lupa untuk kawal stereng anda.
- Untuk menukar gear, pastikan kelajuan kenderaan anda sekitar 15km-25km sejam. Tekan klac sehingga jejak lantai dan lepaskan pedal minyak ketika ingin menukar gear. Tolak gear masuk ke gear 2, kemudian lepaskan klac 100% dan tekan pedal minyak semula. Proses ini adalah sama untuk menukar masuk ke gear 3, gear 4 dan gear 5.
- Pastikan kelajuan kereta anda adalah sekitar 30km-40km sejam untuk tukar ke gear 3, 60km-100km untuk menukar ke gear 4 dan pastikan anda memandu dalam keadaan jalan raya yang baik, selesa dan tidak sesak jika ingin tukar ke gear 5.
Untuk membelok
- Pandang cermin pandang belakang untuk pastikan tiada kenderaan yang terlalu hampir dengan belakang kereta anda.
- Pandang cermin sisi untuk memastikan tiada kenderaan di sebelah tepi kereta anda. Cermin yang perlu dipandang serius ialah cermin sisi sebelah lorong atau la;uan yang anda ingin belok. Misalnya, jika anda ingin membelok ke kanan, pastikan cermin sisi sebelah kanan anda perhatikan untuk memastikan tiada kenderaan di sebelah titik buta keret, ataupun tiada kenderaan yang laju datang dari arah belakang sebelah kanan kenderaan.
- Bagi isyarat (signal) untuk anda membelok ke kanan.
- Toleh sedikit kepala anda ke kanan untuk pastikan betul-betul tiada kenderaan yang berdekatan atau sedang menghampiri.
- Belok ke kanan secara perlahan-lahan di jalan raya atau di jalan yang lurus, ataupun belok dan masuk ke simpang kanan perlahan-lahan.
Untuk memotong (ketika di lebuh raya)
- Pastikan tiada kereta yang datang dari arah belakang.
- Sekiranya di kawasan jalan raya besar dan lurus, untuk memotong, pastikan juga tiada kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan, atau pastikan kenderaan yang datang cukup jauh untuk anda sempat memotong dan masuk semula ke lorong anda. Jika tidak yakin, tunggu sehingga tiada kenderaan.
- Bagi isyarat ke kanan untuk memotong kenderaan di hadapan anda.
- Toleh kepala untuk memastikan betul-betul tiada kenderaan dari arah belakang.
- Belok kenderaan ke kanan dan tambahkan kelajuan untuk meotong kereta di hadapan anda.
- Apabila anda sudah pasti bahagian belakang kereta anda melepasi bahagian hadapan kereta yang anda potong dan ada jarak yang bersesuaian antara kedua-dua buah kereta, beri isyarat untuk ke kiri.
- Perlahan-lahan belok ke kiri dan masuk semula ke laluan asal anda.
Menghentikan kenderaan
Untuk menghentikan kenderaan, ada dua cara:
1) Kelajuan lebih daripada 30km sejam
- Tekan pedal brek sedikit demi sedikit untuk memperlahankan kenderaan. Klac tidak perlu ditekan.
- Tambah tekanan pada brek apabila kenderaan semakin perlahan sehingaa tekan pedal brak sepenuhnya untuk menghentikan kenderaan.
2) Kelajuan kurang daripada 30km sejam
- Tekan klac dahulu.
- Tekan brek perlahan-lahan untuk memperlahankan dan menghentikan kenderaan.
Bawak kereta manual naik bukit
Dalam ujian memandu, ini adalah antara yang paling menakutkan.
Dalam kes ini, anda mesti lebih berhati-hati. Cara memandu kereta manual semasa naik bukit tidak sama seperti di jalan rata. Malahan, lebih susah dari kereta auto.
- Pertama sekali, semasa naik bukit, anda akan diminta untuk berhenti.
- Pada masa ini, anda perlu menekan brek kaki dan dengan pantas menarik brek tangan.
- Sekarang, kenderaan anda tidak bergerak.
- Biarkan sahaja gear di posisi N, iaitu neutral
- Untuk meneruskan naik bukit, anda perlu tekan pedal minyak terlebih dahulu
- Masukkan ke gear 1
- Dengan perlahan-lahan, turunkan brek tangan
- Sambil turunkan brek tangan, sambil tekan minyak
- Perlu pandai main minyak supaya kereta tidak mengaum
Akhir kalam
Tidak kira kereta manual mahupun auto, kedua-duanya memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi demi mengelakkan kemalangan.
Yang paling penting, akur dan patuh pada peraturan jalan raya, dan tiada nyawa yang akan melayang secara sia-sia dia atas jalan raya. Sentiasa ikuti maklumat dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya.
Bagi yang tidak biasa, jemput juga baca cara pam tayar kereta.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
Terima kasihhh.. Saya takut pulak nak belajar memandu walaupun esok dah kelas ke-4 ;-; doakan saya yeee