Bagi wanita yang baru sahaja melepasi kitaran haid mereka, mereka dapat merasai tanda-tanda fizikal berkenaan dengan waktu subur mereka. Apakah yang dikatakan dengan waktu subur ini? Dan bagaimana cara kira waktu subur selepas haid?
Waktu subur ini bererti waktu yang paling sesuai dan mudah bagi seseorang wanita untuk mengandung. Tempoh waktu subur bagi seorang wanita adalah lebih kurang 6 hari dalam 1 bulan. Sekitar enam hari ini, dikatakan terdapat waktu yang ‘paling subur’ selepas kitaran haid mereka.
Jadi wanita haruslah pandai merancang waktu tepat untuk hamil dan perlu mengetahui bila untuk mengelakkan waktu ‘bersama’ dengan suami jika ingin menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
Izinkan kami berkongsi, lebih-lebih lagi pada pasangan suami isteri yang baru sahaj bernikah, yang bakal menghadapi malam pertama pengantin.
Tanda tanda waktu subur perempuan
Sebelum kami terus pergi ke pengiraan waktu subur, izinkan kami senaraikan beberapa tanda waktu subur yang akan dialami secara fizikal oleh kaum wanita seperti di bawah.
Tanda waktu subur #1: Peningkatan suhu tubuh
Proses ovulasi wanita secara umumnya dapat meningkatkan suhu badan mereka.
Anda hanya perlu membezakan suhu biasa badan anda berbanding dengan waktu subur anda.
Pastikan anda gunakan termometer yang tepat dan stabil bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan betul.
Tanda waktu subur #2: Keputihan
Kesuburan wanita juga boleh dilihat melalui terjadinya keputihan iaitu lendir yang terhasil pada kawasan serviks.
Tekstur, warna dan kepekatan keputihan yang hadir bagi menunjukkan tanda subur wanita adalah berbeza dengan keputihan yang berlaku pada hari biasa. Ketika ovulasi, lendir keputihan akan menjadi lebih cair dan jernih.
Tanda #3: Rasa ghairah
Peningkatan nafsu syahwat atau libido dalam wanita juga sering dikaitkan dengan salah satu tanda subur wanita.
Wanita akan merasa lebih menarik secara semulajadi bagi pasangan anda.
Tidak perlu berselindung, wanita subur selepas period, dia akan mencari pasangan untuk bersama tanpa si suami meminta-minta.
Tanda #4: Rasa kejang di bahagian perut
Rasa kejang atau ‘cramp’ ini bukan sahaja dirasai ketika anda datang haid.
Ia juga boleh menjadi petanda kesuburan anda. Ada juga yang mengatakan, rasa senak perut.
Tanda #5: Payudara menjadi bengkak
Ketika anda ovulasi, payudara akan terasa sedikit bengkak dan ngilu disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan anda.
Tapi terdapat juga wanita lain yang bukan hanya mengalami bengkak pada payudara mereka malah juga pada bahagian tubuh yang lain.
Tanda #6: Deria rasa menjadi lebih tajam
Selain daripada tanda yang telah disenaraikan di atas, ada juga segelintir wanita yang mendakwa mereka dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih tajam ketika berada pada waktu subur.
Oleh itu, mereka kebiasaannya menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi.
Cara kira waktu subur
Ketahui tarikh haid terakhir & kitaran
Kiraan waktu subur tidaklah sesukar mana.
Anda perlu ada dua perkara penting ini:
- Tarikh bila kali terakhir period
- Berapa lama kitaran haid
Tarikh kali terakhir haid ialah tarikh period bagi kitaran sebelum ini. Selalunya, ramai orang boleh ingat.
Berapa lama kitaran haid pula ialah purata untuk berapa hari selalunya anda akan period semula. Kebiasaannya, sebulan. Namun, ada juga yang kitaran haid mereka 20-45 hari).
Kiraan waktu subur wanita (secara manual)
Kitaran haid yang normal iaitu selama sebulan, iaitu lebih kurang 28 atau 30 hari.
Contoh #1
Dalam contoh ini, kami andaikan yang kitaran haid adalah 28 hari. Waktu subur ialah pada hari ke 12 hingga hari ke 17.
- Tarikh bila kali terakhir period: 1 Jan
- Berapa lama kitaran haid: 28 hari
Jadi, waktu subur anda ialah pada 12 Jan sehingga 17 Jan. Waktu paling subur, di mana ovulasi berlaku ialah pada 15 Jan.
Bagi yang berusaha untuk hamil, jika anda bersama pada 15 Jan, dengan rezeki Allah, anda boleh mendapat anak.
Bagi yang mahu elak hamil, elakkan dari bersama sepanjang 15-17 Jan.
Contoh #2
Dalam contoh ini, kami andaikan yang kitaran haid adalah 30 hari. Waktu subur ialah pada hari ke 14 hingga hari ke 19.
- Tarikh bila kali terakhir period: 1 Jan
- Berapa lama kitaran haid: 30 hari
Jadi, waktu subur anda ialah pada 14 Jan sehingga 19 Jan. Waktu paling subur, di mana ovulasi berlaku ialah pada 17 Jan.
Bagi yang berusaha untuk mengandung, jika anda bersama pada 17 Jan, dengan rezeki Allah, anda boleh mendapat anak.
Bagi yang mahu elak mengandung, elakkan dari bersama sepanjang 15-17 Jan. Anda boleh melakukan hubungan intim pada tarikh yang lain tanpa was-was.
Kalkulator kira waktu subur (yang tepat)
Kini, terdapat banyak kaedah yang boleh anda cari di internet termasuklah untuk anda mengira waktu kesuburan anda dengan lebih tepat.
Boleh cuba kalkulator percuma dari WebMD dan WomensHealth.
Perlu diingatkan, walaupun dikatakan kalkulator ini dapat menjangkakan waktu subur selepas haid yang tepat, semua urusan ini adalah dalam jagaan Allah.
Jika Allah tidak izinkan hamil, maka tidak akan hamil.
Sebaliknya, jika Allah izinkan mengandung, di luar waktu subur juga boleh mengandung.
Cara dapat anak lelaki dan perempuan
Soalan yang kerap ditanya oleh wanita adalah bolehkah kita kira waktu subur bagi merancang untuk hamil dengan anak lelaki atau perempuan.
Pelbagai kaedah telah dicuba oleh kebanyakan pasangan bagi mendapatkan sama ada anak lelaki atau perempuan.
Antaranya adalah:
Menambahkan makanan beralkali atau asid
Wanita selalunya digalakkan untuk menambahkan makanan beralkali bagi yang berhasrat untuk mendapatkan anak lelaki.
Manakala bagi yang inginkan anak perempuan pula, mereka digalakkan untuk meningkatkan pengambilan makanan berasid.
Mereka juga disyorkan supaya mengelakkan makanan bergaram bagi meningkatkan lagi peluang untuk hamil dengan anak perempuan.
Mengawal kepantasan sperma
Tempoh sperma berenang dan bercantum dengan ovum wanita sering dikaitkan dengan jantina bayi anda.
Sekiranya kuantiti sperma anda banyak dan ianya berenang dan bercantum dengan pantas dengan ovum, anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat anak lelaki.
Manakala bagi yang ingin mendapatkan anak perempuan, mereka dinasihatkan untuk mengawal alat sulit suami mereka supaya tidak berada terlalu dalam bagi sperma kromosom X berenang jauh sebelum ianya bercantum dengan ovum.
Jumlah sperma
Bukan itu sahaja, jumlah sperma juga memainkan peranan dalam hasrat anda untuk mendapatkan sama ada anak lelaki atau perempuan.
Lebih tinggi jumlah sperma, maka lebih tinggi untuk anda mendapat anak lelaki. Begitu juga sebaliknya.
Akhir kalam
Kiraan waktu subur wanita adalah sangat penting untuk dua golongan, iaitu yang pertama, golongan yang mahu mengandung dan mendapatkan anak. Yang kedua, golongan yang mahu elak hamil kerana belum lagi bersedia.
Apa-pun tujuan anda, pastikan cara kira waktu subur perempuan adalah mengikut kiraan yang betul. Ini adalah penting supaya apa yang kita inginkan dikurniakan oleh Allah.
Yang penting, bila bersama, jangan lupa baca doa sebelum bersetubuh.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
Contoh #1
Dalam contoh ini, kami andaikan yang kitaran haid adalah 28 hari. Waktu subur ialah pada hari ke 12 hingga hari ke 17.
Tarikh bila kali terakhir period: 1 Jan
Berapa lama kitaran haid: 28 hari
SOALAN SAYA
Dalam CONTOH 1,
1 Jan ini tarikh terakhir atau tarikh period bermula?