Bau ketiak busuk, atau bromhidrosis, adalah keadaan di mana ketiak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Ia disebabkan oleh penguraian peluh oleh bakteria yang hidup di atas permukaan kulit. Peluh itu sendiri tidak berbau, tetapi apabila ia bercampur dengan bakteria, ia menghasilkan bau yang tidak sedap.

Dari segi saintifik, bau ketiak busuk disebabkan oleh kelenjar apokrin yang terdapat di kawasan ketiak menghasilkan peluh yang mengandungi protein dan lipid. Bakteria seperti Corynebacterium dan Staphylococcus memakan protein dan lipid ini, lalu menghasilkan sebatian yang berbau seperti asid isovaleric, asid propanoic, dan androstenone. Faktor genetik juga menentukan jumlah dan jenis bakteria yang hidup di ketiak seseorang. Sesetengah individu mempunyai lebih banyak bakteria yang menyebabkan bau berbanding orang lain.

Cara Menghilangkan Bau Ketiak Yang Biasa

Untuk menghilangkan bau ketiak yang busuk, anda perlu mandi dengan kerap menggunakan sabun antibakteria, memakai deodoran atau antiperspirant yang sesuai, mencukur bulu ketiak untuk mengurangkan permukaan yang boleh didiami bakteria, mengekalkan diet yang sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan berempah, serta memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang membenarkan peredaran udara seperti kapas atau linen.

Cara hilangkan bau ketiak busuk
14 Cara Hilangkan Bau Ketiak Busuk 2

Berikut adalah 14 kaedah yang perlu cuba, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah bau ketiak yang agak serius:

1. Mandi Dengan Kerap

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan sabun antibakteria dapat membantu menghilangkan bakteria yang menyebabkan bau ketiak busuk. Pastikan untuk membersihkan ketiak dengan teliti semasa mandi.

Selepas mandi, keringkan ketiak dengan sempurna menggunakan tuala bersih. Ketiak yang lembap boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.

2. Gunakan Deodoran Atau Antiperspirant

Deodoran berfungsi untuk menyembunyikan bau, manakala antiperspirant pula menghalang pengeluaran peluh. Pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda dan aplikasikan pada ketiak yang bersih dan kering.

Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, carilah produk yang bebas daripada alkohol, pewangi, dan bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan. Sentiasa bawa deodoran khas ke mana sahaja anda pergi.

3. Cukur Bulu Ketiak

Bulu ketiak boleh memerangkap peluh dan bakteria, lalu menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Mencukur atau mewax bulu ketiak dapat mengurangkan permukaan yang boleh didiami oleh bakteria. Kajian pada awal tahun 1950-an mendapati bakteria yang berkampung di dalam rimbunan bulu ketiak adalah sebab utama ketiak berbau.

Walau bagaimanapun, berhati-hati semasa mencukur untuk mengelakkan luka atau kerengsaan pada kulit. Gunakan krim cukur atau gel untuk melindungi kulit.

4. Pakai Pakaian Yang Sesuai Dan Bersih

Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang membenarkan peredaran udara seperti kapas, linen, atau bahan campuran. Elakkan pakaian yang ketat atau diperbuat daripada bahan sintetik yang boleh memerangkap haba dan peluh.

Elakkan menggunakan pakaian yang sama berulang kali tanpa mencucinya. Pakaian bersih tidak menggalakkan pembiakan bakteria di badan anda. Tukar pakaian dengan kerap, terutamanya selepas bersenam atau terlibat dalam aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh.

5. Kekalkan Diet Yang Sihat

Sesetengah makanan boleh menyebabkan bau badan yang kuat, seperti bawang putih, bawang merah, rempah yang kuat, daging merah, dan daging proses. Kurangkan pengambilan masakan berempah seperti kari, kurma, dan nasi beriyani. Bahan-bahan yang digunakan seperti jintan putih dan halba akan menyebabkan ketiak anda berbau lebih kuat. Hadkan pengambilan makanan ini sekiranya anda mengalami masalah bau ketiak busuk.

Elakkan juga makanan ringan seperti aiskrim, gula-gula, keropok, jeruk, dan coklat. Makanan yang tidak bernutrisi ini sukar dicerna badan dan akan terperap lama di dalam saluran penghadaman kita lalu menghasilkan bau ketiak yang hangit.

Sebaliknya, perbanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan yang kaya dengan serat. Minum air masak yang mencukupi, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, juga dapat membantu menyingkirkan toksin dari badan. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh, coklat, dan minuman bersoda kerana minuman bersifat diuretik ini sebenarnya mengaktifkan kelenjar peluh.

6. Gunakan Bedak Bebas Talc

Menaburkan sedikit bedak bebas talc pada ketiak dapat membantu menyerap kelembapan dan mengurangkan geseran yang boleh menyebabkan kerengsaan. Pilih bedak yang mengandungi bahan semula jadi seperti tepung jagung atau kanji.

Elakkan bedak yang mengandungi talc, kerana ia telah dikaitkan dengan risiko kesihatan tertentu apabila disedut atau digunakan pada kawasan genital.

7. Gunakan Soda Penaik (Baking Soda)

Baking soda dipercaya sebagai penghilang bau badan karena dapat menyerap keringat dan membunuh bakteri penyebab bau badan. Caranya adalah dengan mencampurkan 1 sudu baking soda dengan 1 sudu air jeruk nipis lalu disapukan pada ketiak. Biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air suam. Lakukan sehari sekali secara rutin.

Cuka epal dan air lemon juga dikatakan dapat membantu mengimbangi pH kulit dan membunuh bakteria. Walau bagaimanapun, berhati-hati kerana bahan-bahan ini mungkin menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif.

8. Jaga Kebersihan Persekitaran

Selain menjaga kebersihan diri, penting juga untuk mengekalkan kebersihan persekitaran anda. Basuh pakaian, tuala, cadar, dan sarung bantal dengan kerap menggunakan detergen yang sesuai.

Pastikan kawasan tidur dan tempat kerja anda mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengelakkan pengumpulan peluh dan bakteria. Pertimbangkan untuk menggunakan penyahbau udara atau lilin beraroma untuk menyegarkan ruang.

9. Petua Hilangkan Bau Ketiak Dengan Daun Sirih

Antara cara hilangkan bau ketiak yang berkesan ialah menggunakan kaedah tradisional, iaitu daun sirih. Kandungan antioksidan yang tinggi pada daun sirih sangat kuat dalam membasmi masalah kesihatan.

Cara menghilangkan bau ketiak dengan daun sirih yang perlu anda lakukan adalah mandi dengan menggunakan air rebusannya. Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun sirih lalu rebus dengan 2 gelas air kemudian campurkan dengan air yang anda gunakan untuk mandi. Lakukan secara rutin sekali sehari.

10. Petua Hilangkan Bau Ketiak Dengan Cengkih

Apa yang anda perlu lakukan adalah merendam cengkeh dalam air panas selama 15 minit. Boleh ditambahkan dengan madu ketika anda hendak meminumnya.

Minum 2 kali sehari secara rutin niscaya bau badan anda akan menghilang.

11. Guna Timun

Mentimun terdiri dari 95 peratus air dan juga mengandungi zat seperti vitamin K, vitamin C, magnesium, dan vitamin A.

Anda hanya perlu menggunakan timun sebagai masker pada ketiak. Gunakan dua kali seminggu secara rutin.

12. Guna Lemon

Lemon sudah terbukti selain daripada digunakan dalam masakan ia juga meluaskan digunakan untuk kecantikan. Selain menghilangkan bau ia juga mencerahkan kulit dan menghilangkan kehitaman pada bahagian ketiak.

Potong lemon nipis-nipis dan sapukan perlahan-lahan pada ketiak. Selain itu boleh juga gunakan air perahan lemon, di mana air perahan lemon tersebut disapu pada ketiak.

13. Petua Hilangkan Bau Ketiak Dengan Air Mawar

Air mawar ini sememangnya berbau wangi. Air mawar ini boleh didapati daripada kedai runcit atau kedai kecantikan. Untuk jimat, anda juga boleh membuat air mawar sendiri di rumah.

14. Jumpa Doktor untuk Rawatan

Sekiranya bau ketiak busuk berterusan walaupun setelah mencuba langkah-langkah di atas, anda mungkin perlu mendapatkan rawatan perubatan. Doktor boleh mengesyorkan penggunaan antibiotik topikal atau oral untuk merawat jangkitan bakteria yang teruk.

Dalam kes yang ekstrem, suntikan Botox atau pembedahan untuk mengalihkan kelenjar peluh mungkin diperlukan. Walau bagaimanapun, rawatan ini biasanya dianggap sebagai pilihan terakhir.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

1 Comment

Leave A Reply