Bayi mengalami demam dan selesema adalah perkara biasa untuk berlaku. Tetapi bayi juga sebenarnya berisiko untuk menghidapi batuk. Walau bagaimanapun, bayi di bawah usia dua tahun adalah tidak digalakkan untuk diberikan ubat. Jadi bagaimanakah cara hilangkan batuk bayi?
Batuk bayi, tak sama dengan orang dewasa
Seperti individu dewasa, batuk yang dialami bayi juga bukanlah batuk yang sama. Adakalanya batuk yang dihidapi boleh disebabkan oleh keadaan selesema. Namun terdapat juga beberapa jenis batuk yang mungkin menandakan terdapat isu kesihatan yang merbahaya.
Jenis-jenis batuk bayi yang berbahaya
Jadi sebelum kita terus kepada petua atau cara hilangkan batuk bayi, apa kata kita kenali terlebih dahulu jenis-jenis batuk yang ada dan mungkin dialami anak anda. Semoga perkongsian ini akan dapat membantu anda untuk lebih memahami batuk yang dialami si manja anda.
Batuk dengan kahak
Anda pasti dapat membezakan jika bayi anda mengalami batuk berkahak, biasanya ia disebabkan oleh selesema. Anda boleh membantu melegakan keadaan batuk yang dialami dengan memberikan si kecil minum air dengan lebih banyak.
Selain itu, memandikan si manja dengan mandian air panas juga boleh menjadikan mereka berasa lebih tenang. Keadaan ini pastinya dapat membantu mengurangkan batuk. Jika keadaan batuk dan selesema yang dialami melebihi tempoh dua minggu dan semakin teruk, anda dinasihatkan untuk membawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Batuk dengan kesan sampingan
Jika anak mengalami batuk sehingga mengakibatkan suaranya menjadi serak, berlaku kesakitan otot, selesema serta demam yang panas, ia mungkin menjadi petunjuk kepada simptom selesema influenza. Influenza atau selesema merupakan satu keadaan kesihatan yang melibatkan jangkitan virus dan boleh memberikan kesan kepada sistem pernafasan.
Untuk mengatasi keadaan ini cara yang mudah adalah dengan memastikan anak anda memperbanyakan pengambilan air. Dalam masa yang sama, pastikan si kecil juga sudah mendapatkan vaksin suntikan selesema.
Jika tidak sabar, terus pergi ke bawah untuk lihat cara hilangkan batuk bayi.
Batuk seperti sesak nafas
Jika si kecil mengalami batuk dalam jenis ini, anda pasti akan dapat melihat anak anda berkeadaan seperti individu yang mengalami sesak nafas dan ia mungkin merupakan simptom batuk croup. Croup adalah penyakit virus dalam tekak dan kotak suara yang boleh berlaku jika anak anda mengalami selesema.
Tip mudah bagi mengatasi keadaan ini adalah dengan memberikan si manja minum air dengan banyak. Tetapi untuk lebih kepastian, anda adalah amat disarankan untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Batuk kering
Batuk yang berlaku apabila tiba waktu malam atau berada dalam keadaan cuaca sejuk mahupun ketika melakukan sesuatu aktiviti, ia mungkin petanda bahawa anak anda mengalami asma.
Asma adalah satu keadaan yang menyebabkan saluran pernafasan terjejas. Ini di mana ia mengalami keradangan dan mengecil serta mengeluarkan lendir secara berlebihan. Bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor jika anda berasakan si kecil mungkin mengalami asma.
Batuk berdehit
Bunyi batuk yang terhasil seperti agak parau dan si kecil perlu menarik nafas dengan cepat? Haa…itu mungkin petanda jangkitan bronkiolitis. Ia merupakan satu keadaan yang biasanya dialami oleh bayi di bawah usia dua tahun. Ia merupakan satu keadaan keradangan bronkiol – saluran pernafasan paling kecil dalam paru-paru.
Pada awalnya, anak yang mengalami keadaan kesihatan ini akan kelihatan seperti mengalami selesema biasa, diikuti dengan simptom batuk ringan dan hidung berair. Walau bagaimanapun, simptom yang dialami akan berkembang dalam tempoh beberapa hari.
Batuk sawan
Ia merupakan satu keadaan batuk yang berlaku lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal dan kedengaran seperti bunyi ‘kokol’. Batuk ini berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria pertusis yang menyerang lapisan saluran udara. Keadaan ini menyebabkan lapisan saluran udara menjadi bengkak, sekali gus menghalang saluran pernafasan.
Batuk pneumonia
Sekiranya batuk yang dialami berbunyi seperti basah dan berkahak serta berlaku lebih daripada tempoh seminggu, ia berkemungkinan adalah simptom pneumonia. Ia adalah satu keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan paru-paru si kecil dipenuhi dengan cecair.
Seandainya anda berasa anak anda mungkin mengalami pneumonia, sila bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan pakar perubatan pada kadar yang segera. Jangan melengah-lengahkan masa lagi, okay?
Cara hilangkan batuk bayi
Jadi kita sudah mengetahui jenis-jenis batuk yang mungkin dialami si kecil. Seperti yang dimaklumkan pada awal-awal tadi, bayi di bawah usia dua tahun adalah tidak digalakkan untuk diberikan ubat. Jadi adakah terdapat petua atau cara hilangkan batuk bayi?
Ibu bapa tidak perlu risau, sudah tentu terdapat beberapa cara hilangkan batuk bayi yang boleh dilakukan secara semula jadi tanpa perlu menggunakan sebarang ubatan. Jom ketahui apakah cara-caranya.
Cara hilangkan batuk bayi guna kentang
Ini adalah cara hilangkan batuk bayi yang paling mudah untuk dilakukan dan sudah tentu tidak mendatangkan bahaya. Berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang pernah mencuba cara ini, ia dikatakan dapat mengurangkan batuk, selesema dan juga demam. Bagus, bukan?
Ini kerana kentang merupakan satu bahan yang terkandung sifat antibakteria dan terkenal dalam membantu mengurangkan simptom artritis, jangkitan, melecur dan sakit mata.
Kaedah untuk menggunakan cara ini:
- Hiris sebiji kentang, ketebalan hirisan adalah bergantung kepada kesesuaian.
- Letakkan dalam stokin dipakai oleh anak anda.
- Biarkan hirisan itu semalam di dalam stokin tersebut
Cara hilangkan batu bayi dengan mandian lemon
Mandian lemon merupakan satu cara untuk menghilangkan batuk selesema secara mandian. Ia dipercayai dapat mengeringkan hingus dan juga batuk yang dialami bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bauan lemon dipercayai dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan si kecil.
Cara hilangkan batuk bayi dengan minyak masak
Minyak masak bukan sahaja antara keperluan utama untuk memasak, malahan ia juga boleh digunakan pada anak yang mengalami batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.
Petua hilangkan batuk bayi guna daun kaduk dan kapur makan
Petua seterusnya untuk menghilangkan batuk yang dialami bayi adalah dengan menggunakan daun kaduk dan kapur makan. Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi.
Petua hilangkan batu bayi dengan bawang putih bakar
Caranya mudah, sama seperti penggunaan kentang. Anda hanya perlu membakar bawang putih dan meletakkan ia ke dalam stokin yang dipakai si kecil.
Petua hilangkan batu bayi dengan minyak bawang putih
Antara petua dan cara hilangkan batuk bayi secara tradisional yang lain ialah menggunakan minyak bawang putih.
Untuk mencuba cara ini, anda hanya perlu membakar bawang putih, kemudian ditumbuk atau dilenyekkan bawang tersebut. Campurkan ia dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapukan pada dada si kecil bagi membantu melegakan saluran pernafasan.
Hilangkan batuk bayi dengan tepuk percussion
Jika anda ingin melakukan kaedah ini, anda perlu menepuk bahagian badan si manja, depan dan belakang, dengan menggunakan tapan tangan yang melengkung. Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.
Jauhkan dari aircond
Ini adalah salah satu cara hilangkan batuk bayi yang ramai tak ambil peduli.
Nampak macam tak ada kaitan aircond dengan batuk bukan?
Sebaliknya, menurut Dr Wong di dalam StraitsTimes, jauhkan bayi dari terus mendapat angin sejuk dari pendingin hawa. Ini kerana jika direct dengan aircond, ia akan memburukkan lagi keadaan hidung tersumbat.
Dr Wong mencadangkan agar menggunakan humidifier. Itu lebih baik.
Akhir kalam
Sebelum anda mencuba sebarang petua atau cara hilangkan batuk bayi yang dikongsikan, pastikan si manja anda tidak mempunyai alahan kepada bahan-bahan atau sumber semula jadi yang ingin anda gunakan.
Ini adalah untuk mengelakkan sebarang risiko kejadian yang tidak diingini. Semoga cara hilangkan batuk ini ini dapat membantu anda, dan semoga batuk yang dialami anak anda akan segera sembuh.
Untuk orang dewasa pula, boleh gunakan cara hilangkan batuk dan gatal tekak juga.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.