Bagi anda yang mempunyai akaun bank Affin Bank dan mahu buat transaksi lebih RM10,000, jemput baca cara daftar AffinSecure seperti di bawah ini. Jika ada masalah untuk login mahupun buat pendaftaran, sila baca login Affin Bank online sekiranya perlu.

Cara daftar AffinSecure

  1. Pertama sekali, untuk mendaftar AffinSecure, anda perlu ikuti panduan dan cara daftar Affin Bank terlebih dahulu di AffinOnline.
    • Bagi anda yang belum mempunyai akaun AffinOnline, ikuti langkah di bawah.
    • Bagi anda yang telah mendaftar, terus ke langkah 16 di bahagian AffinSecure Registration
  2. Pada laman web tersebut, scroll ke bahagian atas kanan laman dan tekan butang Personal untuk register buat kali pertama.
  3. Kemudian, pada laman seterusnya, tekan butang First Time Login.
  4. Pada laman seterusnya, anda diminta untuk memasukkan butiran kad anda.
  5. Pada ruangan Card Number, masukkan nombor kad 16 digit anda.
  6. Pada ruangan ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda. Untuk memasukkan nombor kad pengenalan (MyKad), pilih Identity Card – New sebagai ID Type
  7. Pada ruangan ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  8. Pada ruangan IB PIN From ATM / Branch, masukkan IB PIN enam digit yang anda peroleh di mana-mana ATM Affin Bank.
  9. Kemudian, tekan link Request TAC untuk meminta nombor TAC. Anda akan menerima SMS daripada Affin Bank yang mengandungi nombor TAC tersebut.
  10. Tekan butang Continue untuk teruskan proses dan cara daftar AffinSecure
  11. Pada laman seterusnya, pada ruangan Username dan Password, masukkan username dan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  12. Kemudian, tekan butang Login.
  13. Baca juga terma dan syarat pada butang Terms And Conditions. Kemudian, tekan butang I Accept.
  14. Jawab kuiz pada The Establish Challenge Questions & Answers untuk menyempurnakan proses pendaftaran akaun online banking
  15. Akaun AffinOnline anda berjaya didaftar. Untuk mendaftar AffinSecure, pada laman rasmi akaun AffinOnline anda, masuk ke Settings.
  16. Kemudian, pilih AffinSecure Registration.
  17. Seterusnya, tekan Register.
  18. Anda akan menerima SMS daripada Affin Bank, yang mengandungi Token Pendaftaran 10 angka.
  19. Kemudian, download aplikasi AffinSecure di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  20. Setelah download, buka aplikasi tersebut.
  21. Anda akan diminta untuk memasukkan 10-digit Registration Token. Masukkan Token Pendaftaran yang anda telah terima secara SMS sebentar tadi.
  22. Tekan butang Submit.
  23. Pendaftaran dan pembacaan cara daftar AffinSecure kini sudah tamat. Pendaftaran anda berjaya.

 

Akhir kalam

Perkongsian cara daftar AffinSecure ini bukan untuk menyusahkan. Ia sebenarnya untuk menyelamat kita daripa scam yang kita tidak jangka.

Pastikan sentiasa peka dengan keselamatan anda di atas talian.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply