Cakap memang senang. “Kalau anak menangis, jangan bagi telefon untuk pujuk”.
“Tak duduk tempat aku, kau tak faham”.
“Anak aku lain. Aku tahulah, dia anak aku”.
Itulah luahan ibu-bapa muda zaman sekarang. Kadang-kadang, mati akal nak buat macam mana untuk bagi anak diam. Akhirnya, terpaksa mengalah juga.
Ibu-bapa kalah, anak menang. 1-0. Bab kemas rumah pun kalah sebab bersepah, inikan pula tentang telefon. Lagi teruk kena belasah dengan anak.
Jadi, aku ibu bapa yang jahat?
Bukan begitu.
Pastinya semua ibu bapa adalah ibu bapa yang baik. Sudah tentu bertanggungjawab dan penyayang dengan anak-anak.
Cuma kadang-kadang bila duduk berdua sahaja dengan isteri dan anak-anak, tanpa support dari ibu bapa sendiri yang jauh, kadang-kadang kita juga buat silap.
Mari kita sama-sama betulkan.
Jangan layan anak menangis
Kenapa lebih banyak keburukan dari kebaikan jika kita terus melayan anak yang menangis, yang mahu disajikan dengan telefon supaya dia berhenti menangis?
Nanti dia akan associate dengan berhenti menangis, kena main phone
Mula-mula mungkin kita rasa lega anak berhenti menangis selepas kita beri dia telefon.
Sekali, ok.
Dua kali, ok.
Tiga kali, ok.
Lama-lama budak itu dia sengaja atau purposely menangis sebab mahukan telefon. Sebab itu adalah attraction bagi dia. Itulah yang buat dia gembira.
Penyebab dia menangis bukanlah sebab kena rasuk hantu atau makhluk ghaib waktu Maghrib.
Tetapi sebab anak menangis adalah kerana ketagih mahukan peranti komunikasi moden yang dalamnya ada macam-macam untuk menggembirakan dia.
Kenapa bahaya?
Dia akan membina satu tingkah laku atau behaviour yang tidak elok.
Otaknya akan membuat persamaan ini:
Menangis = Telefon
Lebih kurang sama seperti:
Menguap = Mengantuk
Nanti anak dah besar, susah nak kawal
Kita tak nak biasakan dia
Jangan biasakan anak dengan telefon.
Bahaya.
Kalau kecil-kecil lagi sudah pandai minta itu ini hinggakan tidak boleh dikawal, tidak mustahil dia akan membesar dengan sikap yang melawan. Jenis anak suka menangis di semua tempat. Suka mengamuk tak tentu pasal.
Rebel.
Bila kita biasakan dia, bimbang dia akan buat perangai di mana-mana tempat.
Jangan ingat, dia budak lagi, dia tak pandai. Budak pandai sebenarnya.
Pandai mengikut perkara-perkara yang negatif.
Tanda-tanda ibu bapa yang pemalas
Redhalah. Anda akan kena cop ibu bapa yang pemalas jaga anak. Jenis suka lepas tangan.
Suka atau tidak, itulah realitinya.
Memang kita tidak boleh tutup mulut orang lain yang mengata kita sengaja beri telefon untuk beri anak diam.
Itu pandangan mereka. Pandangan peribadi. Pandangan masyarakat.
Mungkin kita beri telefon pada anak untuk YouTube hanya ketika dia makan di kedai makan sahaja. Itupun kerana tidak mahu dia mengganggu orang lain yang sedang menjamu selera. Mengelakkan anak dari menangis dengan memberikan telefon adalah satu usaha yang baik.
Kata si ibu bapa itu, yang katanya lebih mengenali anaknya sendiri.
Walau bagaimanapun, pandangan masyarakat masih tidak akan berubah.
Kalau kita sendiri tengok orang lain yang buat begitu, kita akan cakap perkara yang sama.
Ibu bapa akan nampak ambil mudah tentang anak.
Macam tak nak layan kerenah anak yang sedang membesar.
Apa yang ibu-bapa tahu, asalkan anak diam, sudahlah.
Mereka hanya fokus pada solution.
Tidak fokus pada root cause.
Apa root cause-nya?
Perhatian.
Membantutkan pembangunan kognitif anak
Nampak saintifik sungguh ayat ini. Kisahnya tentang anak yang menangis sahaja, takkanlah sampai masuk bab saintifik pula.
Jangan bimbang, penerangannya cukup mudah.
Untuk pengetahuan, otak anak kecil berkembang pada kadar yang cepat. Lebih-lebih lagi dari masa mereka dilahirkan.
Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan terhadap alat boleh menyebabkan perkembangan kognitif yang perlahan, tidak dapat memberikan perhatian dan juga gangguan pendengaran.
Jadilah orang pertama yang mendengar anak mengucapkan perkataan pertama mereka, bukan lihat anak berkata-kata dengan watak dalam YouTube yang dia suka.
Ada lebih banyak keburukan dari kebaikan.
Cara mengatasi anak menangis minta telefon
Ada anak menangis mahukan telefon sehingga tidak mahu ke taska, tidak mahu ke rumah pengasuh dan tidak mahu ke sekolah.
Ada anak yang menangis sejurus bangun tidur kerana mahukan hiburan YouTube di telefon. Yang lebih teruk, ada yang menangis tak henti-henti, menangis waktu malam hingga sampai termuntah.
Yang pernah melalui perkara ini, pasti faham.
Jadi, apakah cara terbaik supaya anak tidak menangis?
Beri perhatian pada anak
Tak perlu banyak-banyak.
Ini sahaja jalan penyelesaian terbaik untuk anak-anak yang menangis mahukan telefon.
Cuma ia memerlukan pengorbanan masa. Luangkan masa dengan mereka dengan segala aktiviti yang menarik minat anak.
Buat kerja bersama-sama.
Jika ada seorang ibu, ajaklah buat perkara yang buat mereka senang berada bersama kita.
Tahukah anda, anak yang bijak mewarisi kepintaran ibu, dan bukannya ayah?
Tidaklah susah mana. Cuma ibu bapa kena kuatkan hati dan bertegas sedikit dengan anak.
Akhir kalam
Setiap kali selepas solat, jangan lupa sekali doa agar anak-anak lembut hatinya. Sentiasa mendengar kata orang tua. Mudah berhenti menangis. Tidak menyusahkan orang lain.
Doakan juga agar anak-anak sentiasa menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat.
Keluarga bahagia bukanlah yang mempunyai duit yang banyak untuk membelikan dia satu iPad, iPhone atau tablet sendiri.
Keluarga bahagia adalah yang hidup bersederhana. Jadilah ibu bapa yang bagus. Ibu bapa yang baik. Yang sama-sama boleh bawa dan bimbing anak-anak kita ke syurga.
Fikirkanlah juga tentang masa depan anak. Jangan lupa daftar akaun Tabung Haji anak supaya mudah urusan dia di masa depan.
Semoga bermanfaat.