2 Resepi Nasi Arab Mandy

Nasi Arab Mandy adalah hidangan yang berasal dari negara-negara Timur Tengah. Ia terdiri daripada nasi basmati yang dimasak bersama daging atau ayam menggunakan teknik khas untuk menghasilkan rasa yang penuh beraroma.

Hidangan ini biasanya dimasak dengan rempah khas dan menggunakan air rebusan daging serta sedikit minyak sapi bagi mendapatkan aroma wangi serta rasa yang lebih sedap. Nasi Arab Mandy sesuai dihidangkan bersama sambal dakkous (sos tomato pedas) dan salad Arab.

1. Resepi Nasi Arab Mandy Yamani

Bahan-bahan Nasi Arab Mandy Yamani

Bahan Ayam Mandi Yemeni

  • 2 ketul ayam whole leg
  • Air secukupnya (untuk rebus ayam)
  • 2-3 sudu besar rempah Mandy (contoh: SM Food)

Bahan Nasi Arab

  • 2 cawan nasi basmati (rendam 30 minit, toskan)
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar minyak sapi/minyak masak
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • Sedikit saffron atau pewarna kuning (pilihan)

Bahan Sup Kabsah

  • Lebihan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil rempah Kabsah
  • Garam pink secukup rasa

Bahan Salad Arab

  • 1 biji timun Jepun (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • Sedikit garam
  • Perahan lemon

Bahan Sambal Arab

  • 2 biji tomato.
  • 5 biji cili padi hijau Thailand.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 4 tangkai daun pudina.
  • 1 sudu kecil rempah Kabsah.
  • Garam & perencah Hilal.
  • Blend dengan sedikit/tanpa air
  • Siaplah sambal arab.

Cara nak buat Nasi Arab Mandy Yamani

Nasi arab

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak sapi/ghee Q.B.B. Tumis bawang kuning dan 12 jenis rempah hingga naik bau. Rempah yang digunakan ialah cili padi, kulit kayu manis, cili kering, jintan putih, biji ketumbar, lada putih, buah pelaga, bunga cengkih, lada hitam, lemon kering, dan daun bay.
  2. Masukkan beras basmati yang sudah direndam 30 minit hingga 1 jam, kemudian toskan dan gaul rata. Tambahkan air rebusan ayam mengikut sukatan beras. Jika nasi belum cukup masak, boleh tambah lagi air rebusan ayam. Masukkan garam pink secukup rasa dan kacau rata.
  3. Apabila nasi sudah masak, bancuh 1 sudu kecil rempah Mandy dengan sedikit air panas atau air rebusan ayam, kemudian tuangkan ke atas nasi. Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit supaya rempah meresap sebelum menggembur nasi.

Sup kabsah

  1. Panaskan lebihan air rebusan ayam. Masukkan 1 sudu kecil rempah Kabsah dan garam pink secukup rasa.
  2. Kacau hingga sebati, biarkan mendidih, dan sesuaikan rasa mengikut selera.

Salad arab

  1. Potong dadu timun Jepun & tomato.
  2. Sedikit garam.
  3. Perahan lemon.
  4. Gaul sekata & boleh adjust rasa ikut selera.
  5. Sejukkan.

Sumber: Nur Aisyah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nasi Arab Mandy Simple

Bahan-bahan Nasi Arab Mandy Simple

  • Beras Basmathi 1kg (rendam sejam)
  • 1.5 liter air
  • Ayam potong 4

Bahan A

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • (Kesemua bahan diatas di mayang)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 bj buah pelaga
  • 4 kuntum cengkih
  • 2 btg kayu manis
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu rempah kurma
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 pokok daun sop
  • 1 pokok daun ketumbar

Bahan B

  • 1 bj Tomato
  • 1 bj Bawang besar
  • (Dua2 bahan ni potong dadu)
  • 5 Sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 bj cili merah
  • 2 bj cili hijau
  • 1 bj lada merah
  • 1 bj lada hijau
  • Segenggam bawang goreng

Bahan C (Sos Arab/Salsa)

  • 5 sudu besar tomato puree
  • 3 bj cili padi merah
  • 2 bj lada merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam secukupnya
  • (Kesemua bahan di atas blender halus & perasakan)
  • Perahkan lemon

Bahan D (Acar/Salatoh)

  • Timun
  • Bawang besar
  • Tomato
  • (Kesemua bahan diatas potong dadu)
  • Perasakan dgn garam & 2 sudu besar gula
  • Perahkan lemon

Bahan perapan ayam

  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • Madu
  • Serbuk kari
  • Serbuk Cili

Cara nak buat Nasi Arab Mandy Simple

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan A kecuali daun sup dan daun ketumbar. Campurkan serbuk jintan manis, jintan putih, dan rempah kurma dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam tumisan.
  2. Toskan beras yang telah direndam dan gaul rata dengan bahan tumis. Didihkan 1.5L air, kemudian masukkan ayam, semua bahan B, dan sedikit garam.
  3. Biarkan mendidih, tapis bahan B, dan masukkan ke dalam beras bersama air rebusan. Tambah garam secukup rasa dan pastikan air melebihi paras beras. Masak menggunakan rice cooker atau atas dapur.
  4. Biarkan lebihan air rebusan bersama ayam sehingga ayam separuh masak. Keluarkan ayam, sejukkan sedikit, kemudian lumurkan bahan perapan.
  5. Biarkan lebihan air rebusan bersama ayam sehingga ayam separuh masak. Keluarkan ayam, sejukkan sedikit, kemudian lumurkan bahan perapan.
  6. Sementara menunggu nasi masak, boleh sediakan salsa dan salatoh. Apabila nasi hampir kering, masukkan daun sup, daun ketumbar, dan beberapa titis pewarna kuning, kemudian kacau rata. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Panggang ayam dalam oven pada suhu 150°C selama 30-40 minit. Hidangkan nasi dalam dulang yang dilapik aluminium foil.

Sumber: Yusreena Said Yusz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Nasi Arab Mandy, Apa Lagi Resepi Dari Timur Tengah yang Popular

Terdapat banyak lagi hidangan resepi makanan dari timur tengah yang popular dan sedap di Malaysia. Berikut adalah beberapa resepi untuk anda.

1. Shawarma

Dibuat dengan daging ayam atau lembu yang diperap dengan rempah khas, kemudian dipanggang secara berlapis pada pemanggang menegak. Daging ini dipotong nipis dan biasanya dihidang dalam roti pita atau wrap bersama sayur segar, sos bawang putih (toum), atau sos tahini.

2. Hummus

Hummus adalah hidangan kacang kuda yang lembut dan berkrim, dibuat dengan mencampurkan kacang kuda kisar, tahini (pes bijan), jus lemon, bawang putih, minyak zaitun, dan sedikit garam.

3. Kunafa

Kunafa adalah manisan Timur Tengah yang terkenal, dibuat dengan lapisan mi halus (kataifi) yang disusun bersama keju leleh di tengahnya. Setelah dibakar hingga keemasan dan rangup, ia disiram dengan sirap gula yang wangi, boleh juga dimakan bersama coklat atau keju.

4. Nasi Kabsah

Nasi kabsah ini mirip seperti nasi Mandy tetapi lebih pekat dan sedikit pedas kerana penggunaan rempah Kabsah. Nasi dimasak bersama ayam atau kambing serta air rebusan daging, lalu dihidang dengan sambal dakkous dan salad segar.

Leave a Comment