Kuih Tako ini mempunyai rupa yang sama dengan Kuih Tepung Pelita. Namun, yang membezakan kedua-dua kuih ini ialah Kuih Tako mempunyai sengkuang cina serta menggunakan daun pandan sebagai kelongsong. Kuih ini mempunyai dua lapisan; lapisan bawah diperbuat daripada tepung jagung yang dicampur dengan air dan gula serta diisi dengan sengkuang cina. Lapisan atas pula diperbuat daripada santan yang dicampur dengan tepung dan garam.
Setelah itu, kuih ini akan dibungkus menggunakan daun pandan yang dibentuk menjadi kelongsong segi empat, menjadikannya lebih menarik. Kuih ini sangat popular ketika bulan Ramadan dan sesuai dihidangkan dalam keadaan sejuk.
1. Resepi Kuih Tako
Bahan-bahan Kuih Tako
Bahan lapisan bawah
- 1 cawan tepung jagung
- 1½ cawan gula
- 6 cawan air/air kisaran daun pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
Bahan lapisan atas
- 1 cawan tepung jagung
- 1 kotak kecil santan
- 6 cawan air
- Garam secukup rasa
Cara nak buat Kuih Tako
- Masukkan tepung jagung, gula, pewarna hijau dan 6 cawan air dalam periuk.
- Masak hingga likat..gunakan api sederhana dan sentiasa kacau untuk pastikan adunan tidak berketul dan masak sekata tanpa rasa tepung.
- 3.Bila dah masak boleh masukkan adunan kedalam acuan.
- Untuk bahagian atas pun sama.Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga pekat dan hilang rasa tepung.Kemudian sendukkan ke dalam acuan.
- Sejukkan seketika di dalam peti dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Port Resepi
2. Resepi Kuih Talam Tako
Bahan-bahan Kuih Talam Tako
Bahagian putih
- 50 gm tepung kacang hijau
- 100 gm gula
- 4 cwn santan
- Secubit soda bikarbonat
- Secubit garam
Bahagian hijau
- 100 gm tepung kacang hijau
- 200 gm gula
- 5 cwn air daun pandan
- Secubit soda bikarbonat.
Cara nak buat Kuih Talam Tako
- Guna 2 periuk yg berasingan. Masukkan bahagian putih dalam periuk pertama & bahagian hijau dalam periuk kedua. Kacau serentak diatas api sederhana.
- Kacau hingga adunan masak & kental lebih kurang dalam 10 min.
- Tuang dalam loyang beselang seli. Biar sejuk baru potong.
Sumber: Ibu Resepi
Selain Resepi Kuih Tako, Apa Lagi Resepi Kuih Moden yang Popular
Selain kuih tradisional Melayu, terdapat juga kuih moden yang semakin popular dan menjadi kegemaran ramai. Berikut adalah beberapa idea kuih moden yang menarik untuk dicuba.
1. Cheese Tart
Cheese Tart adalah sejenis tart yang memiliki kulit pastri yang rangup dan inti keju yang lembut serta berkrim. Ia boleh dinikmati dalam pelbagai perisa seperti coklat, matcha, atau blueberry, yang menambah variasi.
2. Churros
Churros adalah kudapan berasal dari Sepanyol, dibuat daripada adunan doh yang digoreng hingga keemasan. Selepas digoreng, churros disalut dengan campuran gula dan kayu manis untuk memberikan rasa manis dan sering dimakan bersama sos coklat pekat.
4. Crepe Durian
Crepe Durian adalah pencuci mulut yang terdiri daripada lempeng nipis yang mempunyai inti krim segar dan isi durian yang. Tekstur crepe yang lembut dan gebu berpadu bersama inti durian memberi rasa yang cukup unik tapi enak. Sesuai disajikan ketika sejuk cukup menarik.