Kuih bakar pandan mempunyai tekstur kenyal di dalam dan sedikit berkerak di luar. Kuih ini berwarna hijau kerana menggunakan adunan pandan sebagai bahan utama untuk memberikan aroma wangi.
Kuih ini dibuat daripada bahan seperti tepung gandum, telur, santan, gula, dan air daun pandan. Adunan ini kemudian dibakar sehingga rangup di dalam acuan khas. Kuih bakar pandan mempunyai rasa manis berlemak dan biasanya ditabur bijan di atas permukaannya sebelum dibakar. Ia sesuai dijadikan hidangan minum petang anda.
1. Resepi Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan Kuih Bakar Pandan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula halus
- 3 biji telur gred A
- 1 kotak santan kara(200ml)
- 2 camca besar butter, cair dan sejukkan
- 1/2 camca teh garam
- 1/4 camca teh pewarna hijau makanan
- Bijan secukupnya untuk hiasan
- 650ml air
- 10 helai pandan
- *Kisar dan tapis
Cara nak buat Kuih Bakar Pandan
- Panaskan oven pada suhu 170’c , sapu tin kek berukuran 7×7 inci dengan butter.
- Dalam satu bekas, masukkan semua bahan dalam mangkuk. Kacau rata. Masukkan blender, blend sampai rata.
- Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit. Keluar kan dan tuang bancuhan kuih bakar. Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata. Sambung bakar lagi 40 – 50 minit atau sampai masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang. Kalau nak berkerak, tukar pada fungsi grill dan bakar 5 min.
- Sejukkan kuih sekejap, longgarkan dari tin, gunakan pisau plastik. Biar sejuk betul betul sebelum potong.
Sumber: Habibah Badar Bajrai dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah
Bahan-bahan Kuih Bakar Pandan Mudah
- 2 cwn tepung gandum
- 3/4 cwn gula pasir (resepi asal 1 cwn)
- Gula boleh kurangkan ikut citarasa
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 1/4 cwn santan
- 1 cwn jus pandan
- 3 biji telur
- 2 sudu bsr marjerin
- Sedikit pewarna hijau
- 1 sudu kecil esen vanila
- Bijan secukupnya
Cara nak buat Kuih Bakar Pandan Mudah
- Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan, kemudian kisar hingga adunan menjadi halus.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak dan panaskan sebentar. Setelah itu, tuang adunan ke dalam acuan dan taburkan bijan di atasnya.
- Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit (bergantung pada jenis oven masing-masing).
- Resipi ini boleh menghasilkan kira-kira 40 biji kuih bakar comel. Jika menggunakan acuan berbentuk bunga, ia akan menghasilkan 3 biji kuih.
Sumber: Rahmah Rosmin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Resepi Kuih Bakar Pandan, Apa Lagi Resepi Kuih Pandan yang Sedap
Selain resepi kuih bakar pandan, ada banyak lagi resepi kuih pandan yang sedap dan mudah untuk dicuba. Berikut adalah beberapa resepi pandan untuk idea anda.
1. Kuih Seri Muka
Kuih Seri Muka terdiri daripada dua lapisan yang berbeza. Lapisan bawahnya diperbuat daripada pulut yang dikukus bersama santan, memberikan tekstur yang sedikit kenyal dan rasa lemak. Sementara itu, lapisan atasnya yang berwarna hijau dihasilkan daripada campuran santan, telur, gula, dan air pandan, menghasilkan rasa manis yang seimbang dengan aroma pandan yang harum.
2. Kuih Lopes
Kuih Lopes dibuat dengan pulut yang dimasak dengan air pandan, memberikan warna hijau yang menarik. Pulut tersebut kemudian dibentuk menjadi segitiga atau bulat, dan disalut dengan kelapa parut yang memberi tekstur lembut. Hidangan ini lebih istimewa apabila dihidangkan dengan kuah gula melaka pekat.
3. Kuih Ketayap
Kuih Ketayap adalah kuih yang berbentuk gulungan nipis, dibuat daripada adunan pandan dan santan yang lembut dan harum. Inti kelapa parut manis yang dicampur dengan gula melaka memberikan rasa yang pekat di dalamnya.
4. Agar-Agar Santan
Agar-agar Santan adalah pencuci mulut yang menyegarkan dengan dua lapisan yang memikat. Bahagian atasnya bertekstur lembut dengan hasil campuran santan dan telur, memberikan rasa berlemak. Manakala bahagian bawahnya berperisa pandan memberikan rasa manis dan harum yang. Sesuai dihidangkan ketika sejuk.