MiCasa All Suite Hotel terletak di Jalan Tun Razak. Lokasinya membuatkan perjalanan kaki yang singkat juga mampu menghubungkan anda ke mercu tanda bandar ikonik seperti KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Selain berdekatan dengan pusat membeli-belah Kuala Lumpur. MiCasa menghimpunkan ketenangan alam semula jadi dan irama kehidupan bandar.

Bertepatan dengan penampilan bufet Ramadhan kali ini ‘Savoring Tradition, Embracing Innovation’, Shiso Dining di MiCasa All Suite Hotel membawakan tema ‘Icip Icip Desa’ menggabungkan hidangan asli utara dan selatan tanah air dengan innovasi tersendiri disediakan khas oleh Chef Adrian dan pasukannya. Bufet yang berlangsung dari 7-23 Mac 2025 ini dibuka kepada semua bermula jam 6.30 petang-10.00 malam. Ruang makan yang luas sesuai untuk keluarga dan kumpulan, memudahkan anda berkongsi keberkatan makan malam dengan yang tersayang.

Keistimewaan resepi asli daripada masakan utara dan selatan tanah air memberikan rasa yang cukup, pedas berlemak dan beraroma wangi herba. Chef Adrian pasti telah mengkaji jauh dan meluas dalam menggabungkan menu bufet makan malam kali ini. Antara yang paling menggamit selera adalah Itik salai masak lemak cili api, lautan seafood, kari kepala ikan, pan fried salmon with miso butter sauce dan asam pedas ikan pari.

Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 27
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 28
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 29
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 30
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 31

Ulam tradisional juga dihidang bersama-sama kerabu untuk dimakan dengan pelbagai jenis sambal sekali gus mencipta hidangan yang lebih sihat selain daripada pilihan salad barat.

Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 32
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 33

Pelbagai jenis keropok pelengkap hidangan turut disediakan bagi memberikan tekstur dan kepuasan maksimum pada setiap seorang yang merasainya.

Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 34

Pencuci mulut disediakan daripada tradisional kepada moden, serta pelbagai daripada yang panas hingga sejuk. Begitu juga dengan air, daripada air pemecah dahaga sehinggalah kepada air kesukaan semua. Variasi buah-buahan terbahagi kepada tiga iaitu buah-buahan segar, jeruk buah dan rojak buah.

Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 36
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 37
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 38
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 39

Bagi yang kurang makan nasi, boleh juga mengisi perut dengan hidangan roti untuk dicicah bersama dua jenis pilihan sup iaitu sup ekor dan sup cendawan. Sup ekor yang dihidangkan menjadi kegemaran saya memandangkan sup panas yang penuh rasa yang dicicah bersama roti sourdough sangat melengkapi satu sama lain.

Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 40

Aneka makanan sampingan lain turut disediakan sehingga boleh rambang mata memilih. Daripada sajian kegemaran iaitu kambing golek sehinggalah kepada sajian pilihan seperti ikan celup tepung, pisang goreng, satay, ketupat dan lemang.

Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 41
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 42
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 43
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 44
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 45
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 46
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 47

Harga boleh didapati pada RM139 bagi dewasa, manakala RM95 untuk warga emas dan kanak-kanak 5-12 tahun. Tempahan awal antara 10 Januari hingga 28 Februari 2025 menawarkan harga lebih rendah iaitu RM109 bagi setiap dewasa, sementara harga untuk warga emas dan kanak-kanak kekal RM95.

Tempahan awal amat digalakkan bagi memastikan tempat duduk anda terjamin, memandangkan tempat duduk akan diatur dengan teliti bagi keselesaan semua tetamu.

Kemudahan seperti kadar tetap tempat letak kereta pada RM5 setiap kali kemasukan dan surau yang selesa juga disediakan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi talian +603 2179 8000 Ext: 7088, WhatsApp ke +6017 219 6126, atau email ke [email protected].

Untuk tempahan berkumpulan dan pembelian voucer, anda boleh menghubungi Jabatan Jualan di +603 2179 8181 atau email ke [email protected].

Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 48
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 49
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel
Sambut Keberkatan Ramadhan Di ICIP-ICIP DESA MiCasa All Suite Hotel 50

Jadi, tunggu apa lagi? Tempah kehadiran anda sekarang untuk menikmati malam kemesraan, kebersamaan dan hidangan kulinari sepanjang bulan istimewa ini!

Leave A Reply