Ikan bawal hitam memiliki daging yang tebal, lembut, dan berlemak, memberikan rasa yang manis. Ikan ini mempunyai kulit berwarna hitam di bahagian atas dan perak di bahagian bawah. Ikan bawal hitam sangat sedap dimasak dengan pelbagai cara, sama ada digoreng, dikukus, atau dipanggang.
Ikan ini juga memiliki tulang yang lembut, menjadikannya sesuai untuk dihidangkan kepada anak-anak. Antara resepi ikan bawal hitam yang popular adalah masak sos, masak kicap, dan masak 3 rasa. Selain itu, ikan bawal hitam juga kaya dengan sumber protein, omega-3, dan vitamin yang baik untuk kesihatan.
1. Resepi Ikan Bawal Hitam Sweet Sour
Bahan-bahan Ikan Bawal Hitam Sweet Sour
- 1 ekor ikan bawal hitam
- 1 labu bawang besaq – dipotong bulat
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- Sos tomato – 2sudu besar
- Sos cili – 2sudu besar
- 1 potong nenas
- garam secukup rasa
Cara nak buat Ikan Bawal Hitam Sweet Sour
- Ikan tu siang kemudian dibasuh seterusnya gaul garam & kunyit kemudian goreng hingga masak. Minyak goreng ikan tadi tuang ke dalam bekas lain, tinggal sedikit dalam kuali tadi
- Tumis bawang besar & putih serta halia. Masukkan sos tomato & cili jika pekat masuk sedikit air.
- Setelah mendidih masukkan nenas serta garam secukup.kemudian masukkan ikan goreng tadi.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang.
Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Ikan Bawal Kasturi
Bahan-bahan Ikan Bawal Kasturi
- 2 ekor Ikan Bawal Hitam yang digoreng.
- 3labu bwg besar
- 3ulas bwg putih
- Seinci Kunyit Hidup
- Seinci Halia
- 4btg cili besar merah
- 3btg cili besar Hijau
- 2btg serai diketuk
- 3helai daun limau purut
- Setengah cwn santan pekat
- Air
Cara nak buat Ikan Bawal Kasturi
- Blend bahan-bahan yang bertanda *.
- Panaskan minyak dan masukkan serai serta daun limau purut.
- Apabila bau harum mula terbit, masukkan pes rempah yang telah diblend. Tumis sehingga garing dan naik bau.
- Setelah garing, masukkan santan dan air secukupnya. Pastikan kuah tidak terlalu pekat atau cair.
- Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan minyak pecah.
- Apabila sudah masak, masukkan asam keping, garam, dan gula.
Sumber: Aliaa Mursyida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Resepi Ikan Bawal Hitam, Apa Lagi Resepi Ikan yang Sedap
Terdapat banyak lagi resepi ikan yang sedap dan mudah untuk anda cuba. Jika anda mencari idea untuk resepi ikan yang enak dan mudah, berikut adalah beberapa pilihan resepi ikan untuk anda.
1. Ikan Siakap Stim Limau
Ikan siakap yang disediakan bersama perahan limau, hirisan halia, dan bawang putih, kemudian dikukus sehingga masak dengan sempurna. Rasa segar dan masam manis dari limau memberikan kelainan pada hidangan ini.
2. Sambal Ikan Kembung
Ikan kembung akan digoreng garing dan dihidangkan bersama sambal berlada pedas. Hidangan ini penuh dengan rasa pedas, masam, dan sedikit manis dari sambal.
3. Ikan Pari Bakar
Ikan pari akan diperap dengan rempah ratus dan dibakar hingga garing. Sesuai disajikan dengan sambal kicap atau air asam untuk rasa yang lebih menyelerakan.
4. Asam Pedas Ikan Tenggiri
Ikan tenggiri yang dimasak dengan kuah asam pedas menggunakan bahan-bahan seperti cili, asam jawa. Ikan tenggiri yang lembut dan berlemak menyerap segala perisa kuah, menjadikannya hidangan yang sangat enak dan menyelerakan, sesuai dinikmati bersama nasi panas.