Roti sardin merupakan salah satu resipi roti yang mudah disediakan dan mengenyangkan. Biasanya, inti roti sardin menggunakan sardin dalam tin yang dimasak bersama bawang merah, bawang putih, cili kering, dan sedikit air asam jawa. Sambal sardin yang telah dimasak ini kemudian diletakkan dalam roti, dibungkus, dan digoreng hingga garing.

Roti sardin boleh dilipat menjadi segi tiga, digulung, atau dibiarkan dalam bentuk asalnya. Anda juga boleh menambah sedikit mayonis atau keju untuk menambah rasa inti sardin. Bagi yang menggemari rasa pedas, sedikit cili api boleh ditambah. Roti sardin ini sesuai dihidangkan pada waktu pagi atau petang, menjadikannya pilihan yang praktikal dan lazat untuk keluarga.

1. Resepi Roti Sardin Gulung Mudah

Bahan-bahan Roti Sardin Gulung Mudah

  • 1 tin kecil tin sardin (boleh guna apa sahaja jenama yang disukai)
  • 1 labu bawang besar (dipotong)
  • 4 biji cili padi (dihiris)
  • sebuku roti sandwich (kecil)
  • sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng

Cara buat Roti Sardin Gulung Mudah

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang yang telah dipotong sehingga naik bau.
  2. Keluarkan sardin dari tin dan asingkan tulangnya untuk memastikan tiada risiko tertelan tulang ikan.
  3. Masukkan sardin dan cili padi ke dalam kuali, kemudian gaul dan lenyek hingga hancur.
  4. Inti sardin kini siap untuk digunakan dalam roti sardin gulung.
  5. Ambil roti sandwich dan gelek atau lenyek menggunakan sudu hingga menjadi mampat dan nipis.
  6. Letakkan inti sardin yang telah dimasak pada roti.
  7. Gulungkan roti dan sapukan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum (tepung gandum + air) atau telur untuk melekatkan gulungan agar tidak terbuka semasa menggoreng.
  8. Untuk lapisan luar, anda boleh memilih salah satu daripada tiga cara berikut, celupkan roti ke dalam telur, kemudian terus goreng, celupkan roti ke dalam telur, golekkan dengan serbuk roti, dan goreng, atau goreng roti tanpa celupan untuk rasa yang lebih ringan.

Sumber: Norhafisun Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Roti Sardin Celup Tepung

Bahan-bahan Roti Sardin Celup Tepung

  • Sardin
  • Bawang besar potong dadu
  • Cili padi potong kecil
  • Air asam jawa sikit
  • Gula
  • Garam
  • Telur dadar dan hancurkan
  • Mayonis

Bahan celup tepung

  • Tepung beras 3 senduk
  • Tepung gandum 2 senduk
  • Tepung ubi kayu 2 senduk
  • Tepung jagung 1 senduk
  • Garam
  • Gula
  • Kunyit
  • Air sejuk peti ais

Cara nak buat Roti Sardin Celup Tepung

  1. Masak sardin bersama semua bahan di atas sehingga kering. Bagi bawang besar, bahagikan kepada dua bahagian: Satu bahagian ditumis bersama bahan lain semasa memasak sardin. Satu lagi bahagian hanya dimasukkan selepas sardin siap dimasak. Ini bertujuan untuk memberikan elemen crunchy pada bawang, menjadikan tekstur dan rasa lebih menarik.

Celup tepung

  1. Bancuh semua bahan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Untuk memastikan kepekatan yang sesuai, angkat adunan menggunakan senduk. Jika adunan tidak putus semasa diangkat, itu bermaksud ia sudah mencapai kepekatan yang betul.
  3. Gunakan nisbah bancuhan 3:2:2:1. Jika ingin membuat dalam jumlah yang lebih banyak, anda boleh menggantikan senduk dengan cawan atau mangkuk sebagai ukuran.
  4. Setelah adunan siap, panaskan minyak dan mula menggoreng dengan api sederhana.
  5. Goreng hingga garing keemasan.

Sumber: Azura Intan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Roti Sardin, Apa Lagi Resepi Roti yang Mudah dan Mengenyangkan

Roti boleh dijadikan pelbagai jenis hidangan jika kita kreatif. Terdapat banyak resepi roti yang sedap dan mudah untuk dicuba. Berikut adalah beberapa resipi roti yang menarik untuk anda nikmati.

1. Roti Telur Cheese

Roti sandwich ini dibuat dari telur, keju, sedikit garam, dan lada hitam. Pukul telur bersama sedikit garam dan lada hitam. Kemudian celupkan roti ke dalam telur dan goreng hingga keemasan. Letakkan keju di atas roti yang masih panas supaya ia cair.

2. Roti Pizza Mini

Roti pizza mini seakan sama dengan pizza tapi mengunnakan roti sebagai bahan asas utama. Bahan-bahan terdiri daripada sos pizza, keju mozzarella, ayam atau sosej, dan sayur-sayuran seperti lada benggala. Sapu roti dengan sos pizza. Letakkan topping seperti ayam, sosej, dan sayur-sayuran. Taburkan keju mozzarella di atasnya. Terakhir, bakar dalam oven atau pan grill sehingga keju cair.

3. Roti Sosej Gulung

Bahan-bahan untuk membuat resepi ini adalah roti, sosej, telur, dan serbuk roti. Gulungkan roti dengan sosej di dalamnya. Celupkan gulungan ke dalam telur dan golekkan dalam serbuk roti. Goreng hingga keemasan.

4. French Toast

Roti bakar ala english style ini dibuat daripada roti, telur, susu, gula, dan esen vanila. Pukul telur bersama susu, gula, dan esen vanila. Celupkan roti ke dalam campuran tersebut dan goreng hingga keemasan. Hidangkan dengan madu.


Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply