2 Resepi Nasi Goreng Kerabu

Nasi goreng kerabu adalah hidangan nasi goreng yang digabungkan dengan elemen ulam-ulaman. Nasi goreng kerabu biasanya dihidangkan bersama keropok ikan, kacang goreng, atau telur goreng mengikut citarasa masing-masing. Hidangan ini ringkas tetapi cukup mengenyangkan, dengan pelbagai jenis ulam-ulaman segar.

Cara penyediaan resepi nasi goreng kerabu bermula dengan menggoreng nasi bersama bahan kisar seperti bawang putih, bawang merah, ikan bilis, dan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas. Kemudian, masukkan ulam-ulaman segar seperti bunga kantan, kacang panjang, dan kacang botol ke dalam nasi. Gaul sebati semua bahan dan hidangkan. Nasi goreng kerabu ini sedap dimakan bersama ikan atau ayam goreng serta sambal belacan.

1. Resepi Nasi Goreng Kerabu Sedap

Bahan-bahan Nasi Goreng Kerabu Sedap

  • 3 cawan nasi(diperoi)
  • Udang
  • 2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dikatok)
  • 1 batang cili hijau (dihiris)
  • 1 batang serai dihiris
  • 1 kuntum Bunga Kantan (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • Petai
  • 2 batang kacang panjang (dipotong)
  • 2-3 biji telur
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk lada putih ½ sudu kecil
  • Sos ikan 2-3 sudu besar

Cara nak buat Nasi Goreng Kerabu Sedap

  1. Kisar bawang-bawang (merah, putih, dan besar), halia, serta cili padi hingga lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan pucuk paku bersama sedikit air, dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Tambahkan hasil laut pilihan anda (contoh: udang, sotong, atau ketam) dan masak sehingga semuanya masak sempurna.
  5. Setelah itu, masukkan santan, garam, dan perasa secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan kerisik secara berperingkat. Jangan letak terlalu banyak sekali gus supaya tidak terlalu pekat atau berderai.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nasi Goreng Kerabu Special

Bahan-bahan Nasi Goreng Kerabu Special

Bahan hiris (halus)

  • Kacang panjang
  • Serai
  • Bunga Kantan
  • Taugeh
  • Timun Jepun

Bahan Tumbuk

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Cili Merah 1/2batang saja
  • Ikan Bilis

Cara nak buat Nasi Goreng Kerabu Special

  1. Tumis bahan tumbuk, agak dah naik bau & sekata (jangan garing sangat).
  2. Masukkan garam.
  3. Masukkan serai & kacang panjang.
  4. Dah sebati. Masukkan setengah cawan air.
  5. Masukkan nasi. Gaul rata.
  6. Biar sekejap bagi sebati
  7. Masukkan bunga kantan & taugeh.
  8. Gaul sekali.
  9. Tutup api.
  10. Masuk timun.
  11. Gaul sekali. Siap!

Sumber: Raslinda Razali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Nasi Goreng Kerabu, Apa Lagi Resepi Nasi Goreng Sedap

Selain nasi goreng kerabu, terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang sedap dan mudah anda boleh cuba sendiri. Berikut beberapa resepi kami cadangkan.

1. Nasi Goreng Kampung

Menggunakan ikan bilis, cili padi, dan kangkung sebagai bahan utama. Nak pedas boleh masukkan cili padi. Dihidangkan dengan telur mata, sambal belacan, dan hirisan timun.

2. Nasi Goreng Pattaya

Nasi goreng yang dibungkus dengan telur dadar nipis. Boleh juga menggunakan isi ayam, udang, atau daging. Ditambah sos cili di atas telur untuk rasa manis pedas.

3. Nasi Goreng Tom Yam

Nasi goreng ini mempunyai rasa masam, pedas, dan wangi seperti sup tom yam. Menggunakan pes tom yam, serai, daun limau purut, dan udang atau sotong. Dihias dengan daun ketumbar dan limau nipis.

4. Nasi Goreng Ayam Kunyit

Menggunakan ayam goreng kunyit bersama nasi goreng. Ditambah dengan sayur-sayuran seperti lobak merah dan kacang panjang. Sesuai dinikmati dengan sambal belacan.

Leave a Comment