Bagi penggemar petai, resepi sambal petai udang ini pasti menjadi kegemaran anda. Hidangan ini menggabungkan petai dan sambal udang sebagai bahan utama, memberikan rasa yang seimbang dan memikat selera. Walaupun petai mempunyai sedikit rasa pahit, apabila dimasak bersama sambal udang, rasa ini menjadi lebih harmoni.
Tumis bahan kisar bersama cili kisar dan belacan hingga naik bau. Tambahkan sedikit air asam jawa, gula, dan garam secukup rasa. Masak cili hingga pecah minyak, kemudian masukkan petai dan udang. Kacau sehingga udang masak dan bertukar warna.
Hidangan ini menyajikan gabungan rasa manis, pedas, dan pahit yang sempurna daripada petai. Ia sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas untuk hidangan yang menyelerakan.
1. Resepi Sambal Petai Udang Mudah
Bahan-bahan Sambal Petai Udang Mudah
- Udang sedang (lebih kurang 15ekor)
- Petai( lagi banyak lagi sedap bagi yang suka makan petai)
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2sb gula perang, gula putih yang kasar pun boleh.
- Sedikit garam & secukup rasa
- 1 senduk kecil minyak masak
- Cili kering 30 helai (yang ni cili halus sikit, kalau cili besar yang lebar tu boleh kurangkan sedikit)
- *Bawang merah 3@4 biji
- *Bawang putih 2 ulas
- *1cm belacan
- *Sedikit air
Cara nak buat Sambal Petai Udang Mudah
- Hentakkan bawang putih, gorengkan sekejap dengan minyak 1 senduk kecil tadi. Dah nampak macam perang2 sikit, masukkan cili boh yang telah diblend tadi & masak sampai pecah minyak( pecah minyak ni bila minyak dah mula timbul dibahagian atas)
- Kemudian masukkan udang, kacau sebati. Masukkan bawang besar 1 biji yang telah dipotong. Dah sebati, masukkan gula, garam & secukup rasa. Akhir sekali masukkan petai. Kacau sebati & sampai udang masak. Bila udang dah tukar warna oren tu maksudnya dah masak. Udang cepat masak, jadi tak perlu lama2.
- Yang suka rasa yang masam sedikit, boleh tambahkan sedikit sahaja air asam jawa. Saya lebih suka tanpa air asam jawa.
Sumber: Hada Thaufik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sambal Tempoyak Petai Udang
Bahan-bahan Sambal Tempoyak Petai Udang
- Udang
- Cilipadi* (nak pedas letak lebih)
- 3 ulas bawang putih*
- 1 labu bwg besar * (bahan bertanda * diblend kasar)
- Sedikit kunyit serbuk
- 4 sb tempoyak
- Garam secukup rasa
- Petai secukupnya
- Sedikit air
- Minyak unk menumis
Cara nak buat Sambal Tempoyak Petai Udang
- Udang gaul dgn kunyit serbuk dan goreng garing dan ketepikan.
- Bahan blend tumis hingga garing.
- Masukkan tempoyak.
- Masukkan sedikit air.
- Biar pekat dan mendidih.
- Masukkan petai dan rasakan garamnya.
- Masukkan udang dan gaul sekata.
Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Sambal Petai Udang, Apa Lagi Resepi Udang yang Sedap
Selain sambal petai udang, terdapat banyak lagi hidangan berasaskan udang yang lazat dan mudah untuk anda cuba sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya! Berikut adalah beberapa cadangan resepi udang yang boleh anda jadikan inspirasi.
1. Udang Masak Lemak Cili Api
Ini adalah salah satu hidangan tradisional Melayu yang popular, dengan rasa berlemak dari santan, pedas dari cili padi, dan aroma kunyit yang menyelerakan.
2. Udang Goreng Butter
Resepi ringkas tapi menyelerakan. Udang digoreng bersama butter, bawang putih, cili padi, daun kari. Dimasak bersama dengan susu cair yang dijadikan kuah, memberikan rasa berlemak susu.
3. Kari Udang
Mempunyai rasa kari yang penuh rempah dan kuah yang pekat. Udang dimasak bersama serbuk kari udang, santan, bawang putih, bawang merah dan halia.
4. Tomyam Udang
Hidangan berasal dari Thailand ini cukup lazat. Mempunyai rasa masam, masin dan juga pedas memang memikat selera. Selain udang sebagai bahan utama, boleh juga dicampukan sayuran yang lain untuk memberikan rasa seimbang.