Blueberry Cheese Tart merupakan pencuci mulut berupa tart dengan kombinasi rasa manis, masam, dan sedikit creamy. Tart ini mempunyai crust di bahagian bawah yang diperbuat daripada adunan pastri yang rangup dan mentega, diisi dengan campuran keju krim yang lembut dan berkrim. Di atas lapisan keju krim ini, ditambahkan bersama jem blueberry atau buah blueberry segar sebagai topping.
Tart ini juga sesuai dihidangkan ketika sejuk kerana tekstur keju krimnya sangat sedap dimakan pada waktu itu. Ia mudah disediakan dan sangat sesuai untuk majlis keraian kerana saiznya yang kecil. Gabungan rasa masam blueberry dan keju krim memberikan keseimbangan rasa yang sempurna.
1. Resepi Blueberry Cheese Tart
Bahan-bahan Blueberry Cheese Tart
Bahan crust
- 170gm marjerin atau butter
- 50gm gula aising
- 1 biji telur Gred C
- 290gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Acuan tart
Bahan cheese
- 250gm cream cheese
- 50gm gula kastor / gula halus
- 1 biji telur Saiz B
- ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara nak buat Blueberry Cheese Tart
Crust
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
- Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
- Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream cheese
- Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni.
- Masukkan filling tu dalam piping bag untuk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yang sama untuk letakkan filing tadi.
- Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
- Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Sumber: Azwa Zakaria dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Blueberry Cheese Tart Montok
Bahan-bahan Blueberry Cheese Tart Montok
- Shell tart (beli)
- 250g cream cheese tatura
- 50g gula kastor
- 1 biji kuning telur
- 1 sdk butter
- Pewarna
- Blueberry filling
Cara nak buat Blueberry Cheese Tart Montok
- Letakkan blueberry filling dalam shell tart dan ketepikan.
- Gaulkan cream cheese dan gula hingga sebati.
- Masukkan kuning telur, mentega, dan pewarna, kemudian kacau rata.
- Pindahkan adunan ke dalam piping bag.
- Picitkan adunan ke dalam shell tart dan bakar pada suhu 180°C selama 5 hingga 7 minit.
- Siap!
Sumber: Ainur Aziana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Blueberry Cheese Tart, Apa Lagi Resepi Dessert yang Mudah Boleh Dicuba
Jika anda baru berjinak-jinak mencuba membuat dessert, selain Blueberry Cheese Tart, terdapat banyak lagi resepi dessert yang mudah dan boleh anda cuba di rumah. Berikut adalah beberapa idea resepi dessert sebagai cadangan untuk anda.
1. Puding Roti
Puding roti ialah pencuci mulut yang mudah nak buat menggunakan lebihan roti, susu, telur, dan gula sebagai bahan utama. Untuk menambahkan lagi kelazatan, anda boleh mencampurkan kismis, coklat cip, atau buah segar sebagai bahan tambahan.
2. Churros
Churros ialah pencuci mulut yang dibuat daripada doh yang di goreng, dengan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Ia biasanya dihidangkan bersama sos coklat cair atau karamel. Churros juga boleh ditabur gula dan juga serbuk kayu manis.
3. Kek Coklat
Kek Coklat Lava ialah kek coklat bersaiz kecil dengan inti coklat cair yang meleleh di tengahnya. Ia mudah dan cepat dibuat. Boleh dikukus dan juga dibakar. Hidangan ini sangat enak, terutama apabila dinikmati bersama ais krim vanila.
4. Cheesekut
Cheesekut adalah pencuci mulut tanpa bakar yang mudah dibuat. Ia menggunakan biskut Marie atau biskut krim sebagai lapisan, diisi dengan campuran keju krim, susu pekat, dan krim putar. Lapisan biskut dan krim ini disusun secara berselang-seli, kemudian disejukkan di dalam peti sejuk sehingga ia menjadi padat.