Siakap kengsom merupakan masakan ikan siakap bersama kuah kengsom yang masam dan pedas. Bahan utama dalam hidangan ini adalah kuah kengsom. Kuah masam pedas ini dibuat dari cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, asam jawa dan air rebusan ikan.
Setelah siap, kuah akan dicurahkan di atas ikan siakap. Anda juga boleh menambahkan nenas dalam resepi siakap kengsom ini untuk memberikan rasa masam semula jadi.
Resipi Ikan Siakap Kengsom
1. Resepi Siakap Kengsom
Bahan-bahan Siakap Kengsom
- 1 ekor ikan siakap
- 3 tangkai cili merah
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 biji bawang merah besar 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai, 1 inci belacan
- 1 inci halia (*)
- Air asam jawa secukup rasa
- 1 biji tomato – belah 6
- 1 biji limau nipis – ambil jus
- Nanas masak secukupnya
- Kangkung secukupnya
Cara nak buat Siakap Kengsom
- Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.
- Masukkan hirisan nanas.
- Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
- Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
Sumber: Mhdr Nina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Siakap Kengsom Ori Thai
Bahan-bahan Siakap Kengsom Ori Thai
- Siakap@kerapu
- Cili merah 2 biji ( buang biji )*
- Cili api 15 biji*
- 1 inci kunyit hidup*
- 1 biji bawang besar*
- 2 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 2 batang serai*
- 1 inci belacan*
- Air asam jawa
- 1 biji limau nipis ( ambik air)
- Nenas
- Kangkung
Cara nak buat Siakap Kengsom Ori Thai
- Blend bahan bertanda * kemudian masukkn kedalam periuk sekali nenas yang dipotong.
- Masak sehingga mendidih,masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam gula secukup rasa .
- Kemudian masukkan ikan setelah ikan masak masukkan kangkung dan sedikit perahan air limau nipis.
Sumber: Zaimah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Resepi Siakap Kengsom, Apa Lagi Resepi Ikan Siakap yang Sedap
Terdapat banyak resepi ikan siakap yang sedap anda boleh cuba. Boleh digoreng, direbus dan juga dikukus. Berikut adalah beberapa cadangan resepi ikan siakap yang anda boleh cuba nanti.
1. Siakap Stim Limau
Hidangan siakap yang dikukus dengan kuah masam pedas menggunakan limau nipis. Bahan yang diperlukan adalah bawang putih, cili padi, limau nipis, daun ketumbar, sos ikan dan gula. Mempunyai rasa masam dan pedas. Sesuai dijadikan sebagai menu diet
2. Siakap 3 Rasa
Resepi ikan siakap yang di goreng rangup dan disiram dengan kuah gabungan masam, manis, dan pedas. Bahan diperlukan untuk membuat kuah 3 rasa adalah cili merah, bawang besar, bawang putih, sos cili, sos tomato dan nenas.
3. Siakap Bakar Portugis
Ikan siakap yang akan diperap dengan rempah dan dibakar dalam daun pisang. Cara nak buat resepi ini pun mudah, cili kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih
4. Asam Pedas Ikan Siakap
Ikan siakap dimasak dalam kuah asam pedas berasaskan cili dan asam jawa. Kalau anda nak tahu setiap negeri mempunyai versi yang berlainan.