2 Resepi Puding DiRaja Puding Jala Telur

Puding DiRaja merupakan pencuci mulut tradisional dari Pahang yang dahulunya disediakan khusus untuk keluarga diraja. Hidangan ini terdiri daripada pisang lemak manis yang disalai, prun, kacang gajus, dan buah ceri yang dihias dengan jala emas. Puding ini dihidangkan bersama sos kastard yang diperbuat daripada susu cair, telur, gula, dan daun pandan, memberikan rasa manis yang berlemak.

Bahan utama untuk membuat resepi Puding DiRaja ialah pisang salai, kacang gajus yang telah digoreng, prun, buah ceri, dan jala emas. Untuk sos kastard, susu cair, gula, telur, dan daun pandan digunakan. Jala emas disediakan daripada kuning telur dalam sirap gula. Sos kastard pula dimasak dalam kaedah double-boiler untuk mengelakkan ketulan​.

1. Resepi Puding Diraja Pahang

Bahan-bahan Puding Diraja Pahang

Bahan kuah

  • 3 biji kuning telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air (guna tin susu tadi)
  • 1 sk aisin vanila
  • 11/2 senduk gula
  • 1 helai daun pandan

Cara nak buat Puding Diraja Pahang

  1. Masukkan susu cair, kuning telur, gula, aisin vanila dan air ke dalam bekas.
  2. Simpulkan daun pandan dan masukkan sekali.
  3. Kukus bahan tadi didalam periuk yang berisi air panas menggelegak atau nak masakkan terus boleh tapi jangan biar sampai berketul.
  4. Kacau sehingga kuah puding menjadi pekat.
  5. Tutup api dan sejukkan,(masukkan dalam peti ais).

Penyediaan

  1. Bila nak makan, letakkan pisang yang digoreng ke dalam mangkuk puding.
  2. Hiaskan ceri hijau dan merah dan juga kacang gajus atasnya.
  3. Tuang kuah yang sejuk atasnyer.

Sumber: Yatie Mohamed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Puding Diraja Sedap

Bahan-bahan Puding Diraja Sedap

  • Kuah custard
  • 1 tin laiche (ambil air saja)
  • 1 tin susu sejat
  • 3sudu tepung custard
  • Susu pekat dalam 2 sudu
  • Daun pandan
  • 2sudu esen vanila

Bahan jala telur

  • Telur kuning sahaja
  • Nak cantik bubuh sedikit pewarna kuning

Cara nak buat Puding Diraja Sedap

  1. Jalakan macam roti jala dalam air gula yang betul mendidih, biarkan dalam air gula dalam 1-2minit dan angkat.
  2. Air gula boleh tambah esen pandan dan daun pandan kalau nak bau wangi pandan.
  3. Bila nak jala buang daun pandan.
  4. Hidangkan bersama pisang masak yang digoreng dengan butter sehingga keemasan.
  5. Susun di bawah jala telur dan atasnya boleh ditabur dengan gajus goreng, kismiss, laichee, cherry potong.

Sumber: Siti Fatimah Mohd Jamil dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Puding Diraja, Apa Lagi Resepi Puding Yang Popular?

Selain Puding Diraja, terdapat pelbagai jenis puding yang popular di Malaysia, sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut dan sering dihidangkan dalam majlis atau kenduri. Nak buat puding juga sangat mudah. Jom ketahui 4 jenis puding yang popular.

1. Puding Karamel

Puding karamel mempunyai rasa manis karamel yang sedap. Dibuat dengan campuran telur, susu, dan gula yang dikaramelkan, puding ini sering disajikan sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan. Terdapat dua jenis puding karamel iaitu puding karamel tanpa telur dan ada telur.

2. Puding Roti

Puding roti dibuat dengan roti yang direndam dalam campuran susu, telur, dan gula, kemudian dibakar. Kadangkala, kismis atau buah-buahan kering boleh ditambah untuk memberi rasa sedikit manis. Puding ini boleh dihidangkan bersama dengan sos kastard atau karamel.

3. Puding Jagung

Puding jagung menggunakan jagung manis sebagai bahan utama, memberikan rasa yang sedikit manis dan berlemak. Dibuat dengan susu, tepung kastard, dan gula, puding ini mempunyai tekstur yang lembut dan sangat digemari sebagai pencuci mulut.

4. Puding Koktail

Puding koktail adalah puding yang dihidangkan dengan buah-buahan koktail yang dicampurkan dalam puding agar-agar atau kastard. Puding ini ringan dan sejuk, sesuai untuk iklim tropika. Kadang-kadang, puding ini ditambah dengan sirap atau susu cair untuk rasa yang lebih sedap.

Leave a Comment