Nasi Bukhari ialah hidangan nasi berempah yang terkenal dalam masakan Timur Tengah dan Asia Selatan, dan turut popular di Malaysia, terutama dalam kalangan masyarakat Melayu dan Arab. Nasi ini biasanya disajikan bersama ayam, kambing, atau daging lembu, dan dihidangkan dengan pelbagai rempah yang memberikan rasa dan aroma yang unik.
Proses penyediaan resepi nasi Bukhari melibatkan memasak beras basmati bersama rempah dan daging (ayam, kambing, atau lembu) dalam satu periuk sehingga rempahnya meresap sepenuhnya. Daging kadangkala dimasak bersama nasi untuk menyerapkan aroma dan rasa yang lebih sedap.
Selain itu juga , Nasi Bukhari sering dihidangkan bersama lauk tambahan seperti ayam bakar, kambing panggang, acar timun, atau sambal pedas. Terdapat juga yang penambahab sos yogurt atau salad sayuran segar sebagai pelengkap hidangan ini.
1. Resepi Nasi Bukhari Ayam
Bahan-bahan Nasi Bukhari Ayam
Bahan A
- 1 ulas bawang putih – dihiris
- 2 ulas bawang merah – dihiris
- 1 inci halia – dihiris
- 3-5 biji buah pelaga
- 3-5 biji bunga cengkih
- 2-3 kuntum bunga lawang
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
- 2 sudu minyak sapi untuk menumis
Bahan B
- 1/2 cawan susu cair
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
- 2 cawan beras basmathi/biasa – dibersihkan dan ditoskan
- 1 batang daun ketumbar – dihiris halus
- secubit garam
- sedikit gula
Cara nak buat Nasi Bukhari Ayam
- Tumis semua bahan tumis hingga naik bau (gunakan periuk nasi kalau boleh).
- Masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam bersama stoknya sekali serta masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.
- Masukkan beras, perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.
Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Nasi Bukhari Sempoi
Bahan-bahan Nasi Bukhari Sempoi
- ½ ekor ayam di potong dan di goreng (letak garam dan serbuk kunyit sikit)
- 5 Cawan Beras Basmathi Faiza
Bahan tumis
- 3 Biji bawang besar (dimayang halus)
- 10 ulas bawang putih (dimayang halus)
- ½ inch halia (dimayang halus)
- 2 sudu besar rempah kurma ayam
- 1 sudu kecil rempah kari
- ½ tin Tomato puree (250gm)
- ½ cawan susu cair
- 150gm minyak sapi
- 1 kiub pati ayam
- garam secukup rasa
Bahan sukatan nasi
- *Air mengikut sukatan beras
- 1 cawan beras = 1 cawan air
Cara nak buat Nasi Bukhari Sempoi
- Cuci beras dan tos kan. Masukkan beras dan sukatan air ke dalam periuk nasi.
- Dalam kuali, panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah kurma dan puri tomato. Gaulkan.
- Masukkan kiub pati ayam dan garam kan. Masukkan susu cair. Tunggu hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi tadi. Tekan suis rice cooker.
- Gaulkan dan tutup periuk nasi selama 5 minit. Kemudian masukkan ayam yg telah di goreng tadi. Gaulkan perlahan dan tutup. Tunggu hingga masak.
- Siap dihidang! Taburkan kismis, badam, dan gajus yg telah digoreng.
*Ketika nasi masih panas. Gaul dengan menggunakan chopstick atau garfu 2 mata untuk mengelakkan nasi hancur.
Sumber: Nurhayati Maleq
Selain Nasi Bukhari, Makanan Arab yang Lain Popular Di Malaysia
Selain Nasi Bukhari, terdapat banyak makanan Arab yang popular dan mudah ditemui di Malaysia, terutamanya di restoran yang mengkhususkan masakan Timur Tengah. Kami senaraikan 4 resepi masakan Arab sebagai panduan anda.
1. Nasi Mandy
Nasi Mandy adalah hidangan berasaskan nasi basmati yang dimasak bersama rempah dan daging, biasanya kambing atau ayam, dengan kaedah mengukus yang memberi aroma berasap. Daging dimasak sehingga lembut dan disajikan bersama nasi berempah. Hidangan ini juga sering dihidangkan dengan sos pedas dan acar.
2. Shawarma
Shawarma ialah daging yang dipanggang secara kecil pada pemanggang vertikal, dan biasanya dibuat daripada ayam, daging lembu, atau kambing. Ia disajikan dalam roti pita bersama sayuran segar, acar, dan sos bawang putih atau tahini. Shawarma adalah makanan jalanan popular yang mudah didapati di Malaysia.
3. Kunafa
Pencuci mulut popular ini terdiri daripada lapisan mi halus (kataifi) yang diisi dengan keju manis dan dihidangkan dengan sirap gula wangi. Kunafa mempunyai tekstur yang lembut dan rangup serta rasa yang manis lemak.
4. Hummus
Hummus ialah puri kacang kuda yang dicampur dengan tahini (pes bijan), minyak zaitun, bawang putih, dan jus lemon. Hidangan ini dihidangkan sebagai pembuka selera dan dimakan bersama roti pita atau sebagai sos pencicah untuk kebab dan falafel.