Bagi rata-rata lelaki yang sudah berkahwin, pastik ingin tahu macam mana cara hilangkan perut buncit dan boroi? Silap-silap, yang sedang membaca ini ialah si isteri, yang risau dengan perut suami yang boroi dan semakin ke hadapan.

Izinkan kami berkongsi.

Sedikit mengenai menjaga perut

Tahukah anda bahawa sunnah Rasulullah SAW bukan hanya terhad kepada menyimpan janggut, menipiskan misai atau menyimpan rambut panjang tetapi juga menjaga perut daripada masalah buncit? Buktinya adalah seperti di dalam beberapa hadis berikut: –

Diriwayatkan dari Saidatina Ummu Hani R.ha, ia menuturkan, “Saya tidak melihat bentuk perut Rasulullah SAW kecuali saya ingat lipatan kertas-kertas yang digulung antara satu dengan yang lain.” (HR Thabrani) dalam riwayat lain: “perutnya bagai batu-batu yang bersusun”

Diriwayatkan oleh Al-Hasan, dari Saidatina Hindi R.ha, ia berkata, “Rasulullah SAW itu berdada lebar. Antara perut dan dada berukuran sama.” (HR Thabrani dan Az-Zabidi)

Malah ketika zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab RA, beliau pernah menegur seorang sahabat yang mempunyai perut buncit kerana dikhuatiri boleh menjadi punca kepada malas ketika dalam solat, menjadikan badan lemah dan tidak sihat.

Penyakit bila perut buncit dan boroi

Berdasarkan penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disorders (NIDDK) di Amerika Syarikat, masalah perut buncit mampu menjadi penyumbang utama kepada penyakit kronik berikut: –

  • Kencing manis jenis ke-2 (type 2)
  • Penyakit jantung koronari dan strok
  • Sindrom metabolisme
  • Beberapa jenis kanser tertentu
  • Apnea tidur
  • Osteoarthritis
  • Penyakit pundi hempedu
  • Penyakit hati berlemak

Cara hilangkan perut buncit lelaki

 

Berikut adalah tips kempiskan perut buncit untuk lelaki: –

Hilangkan perut buncit dengan berdiet

Langkah pertama dalam proses mengurangkan lemak perut mestilah bermula dengan penjagaan makanan.

Pastikan pilih cara diet yang berkesan. Bukan sekadar kurang makan.

Pemilihan makanan yang organik berbanding makanan yang telah diproses adalah langkah terbaik dan paling mudah dalam usaha menangani masalah perut buncit.

Makanan organik yang dimaksudkan adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijian, daging tanpa lemak dan ikan, kekacang, dan lain-lain yang ditanam di atas tanah yang kaya dan sihat tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Manakala, makanan yang telah diproses pula adalah seperti yang telah siap dibungkuskan (ready-made) di mana ia mengandungi bahan tambahan dan pengawet yang tidak sihat.

Pengambilan makanan organik juga akan menyebabkan anda memakan lebih banyak diet serat tinggi yang bermanfaat dalam mengawal selera makan, penghadaman, kesihatan jantung dan banyak lagi.

 

Hilangkan perut buncit dengan kurangkan gula

Gula adalah musuh ketat anda. Anda hendaklah berhati-hati terutamanya dengan gula yang tersembunyi seperti dalam susu pekat manis, minuman jus komersial atau makanan ringan yang dibungkus dengan bijirin.

Elakkan minuman ringat sama sekali! Minum air kosong, teh herba atau buahan dengan kepingan lemon.

Kurangkan pengambilan bijirin terutamanya bijirin yang telah diproses. Bukan kesemua bijirin adalah buruk untuk anda seperti bijirin bebas gluten tetapi ianya tidak akan membantu anda mengurangkan berat badan atau memulihkan masalah kesihatan.

Sebaliknya, tumpukan diet anda kepada sayuran dan buah-buahan yang rendah gula dan mempunyai serat yang tinggi.

 

Kempiskan perut buncit dengan berpuasa

Apabila memperkatakan tentang kaedah menghilangkan lemak di perut, kita akan cepat mencari penyesaiannya melalui pakar kesihatan atau senaman di negara barat sedangkan Rasulullah SAW telah menunjukkan cara terbaik iaitu dengan berpuasa sebagaimana dalam hadis: –

“Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud.

Baginda biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Baginda biasa berbuka sehari dan berpuasa sehari.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesan positif berpuasa pada hormon adalah seperti berikut: –

  • Ia mempunyai kesan dramatik pada tahap pertumbuhan hormon manusia, meningkatkan daya ketahanan dengan pembaikan dan pertumbuhan otot yang lebih cepat
  • Ia boleh membantu melambatkan proses penuaan
  • Ia boleh membantu mengawal paras insulin, yang penting bagi mereka yang menghidap kencing manis atau kegemukan
  • Ia boleh meningkatkan detoksifikasi, membantu badan menggunakan glukosa (gula dari karbohidrat) dengan lebih berkesan dan bagi kebanyakan orang, ia juga membantu mengurangkan pengambilan kalori.

 

 

Kurangkan stress

Tekanan perasaan yang kronik untuk jangka masa yang panjang bukan sahaja berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, gangguan mental dan penyakit auto-imun serta pelbagai penyakit yang lain tetapi ia juga berhubungkait dengan masalah berat badan dan amalan pemakanan yang kurang baik.

Tekanan perasaan dalam tubuh anda menghasilkan beberapa kesan buruk yang biasanya tidak dapat dirasai seperti: –

  • Meningkatkan tahap “hormon tekanan perasaan” seperti kortisol
  • Menyebabkan paras gula darah meningkat
  • Mengubah selera makan anda
  • Menganggu pencernaan yang normal dengan menukar persekitaran usus
  • Dan mempengaruhi cara kelenjar tiroid dan hormon anda berfungsi.

Semua ini akhirnya memberikan kesan kepada metabolisme dan keupayaan untuk mengawal tahap lemak dalam tubuh badan anda.

 

Tidur yang mencukupi

Kekurangan tidur sering menjadi salah satu faktor yang paling dipandang remeh yang sebenarnya menyumbang kepada pembentukan lemak di bahagian perut.

Tidur yang mencukupi membantu mengawal hormon tekanan perasaan, mengawal selera makan dengan lebih baik, memberikan lebih banyak tenaga untuk senaman fizikal, membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan bergula dan menurunkan risiko makan berlebihan akibat gangguan emosi.

 

Berikut pula adalah senaman kempiskan perut yang diamalkan: –

 

Kempiskan perut buncit dengan senaman ‘burst

Salah satu cara yang paling berkesan dan berkesan untuk kehilangan lemak perut yang tidak diingini adalah melalui senamana “burst”. Senaman berintensiti tinggi yang berkala (mempunyai tempoh masa) telah terbukti sebagai kaedah senaman terbaik untuk membakar lemak dalam masa yang singkat dan membantu meningkatkan prestasi fizikal para atlet dari pelbagai jenis sukan.

Senaman berintensiti tinggi dengan berkala menggabungkan senaman yang pendek tetapi berintensiti tinggi di mana satu sesi hanya mengambil masa yang singkat iaitu antara 15-20 minit sahaja. Ia dijalankan pada kadar 85-100 peratus daripada denyut jantung maksimum seseorang berbanding 50-70 peratus dalam aktiviti ketahanan sederhana yang biasa dilakukan melalui senaman biasa.

Terdapat pelbagai jenis program yang menawarkan senaman jenis ini seperti freeletics, six pack shortcuts dan bermacam-macam lagi.

 

Kempiskan dengan senaman abs

Hampir kesemua jurulatih dan atlet bersetuju bahawa kualiti pemakanan anda adalah faktor No. 1 dalam menangani masalah lemak di perut. Setelah anda memperbaiki tabiat makan anda, senaman abs dan senaman teras diperlukan bagi mempercepatkan pembakaran lemak pada tubuh badan anda. Melakukan senaman abs 2-4 kali seminggu mampu menguatkan dan membentuk otot pada bahagian tengah.

Antara senaman teras yang terbaik adalah seperti: –

  • V-ups
  • Senaman “planks” pelbagai jenis
  • Flutter kicks or scissor kicks
  • Burpees
  • Russian twists
  • Reverse crunches

 

Akhir kata

Diharapkan cara hilangkan perut buncit untuk lelaki ini dapat membantu anda bagi mencapai saiz pinggang dan perut idaman anda serta dalam masa yang sama membantu meningkat kesihatan tubuh badan anda secara keseluruhan.

Sebelum penyakit datang, lebih baik kita halang.

Jemput baca satu lagi petua kempiskan perut buncit secara tradisional.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

Leave A Reply