Teh hijau atau green tea merupakan minuman berkhasiat dari negara China yang dihasilkan daripada daun spesies Camellia sinensis yang tidak melalui proses pelayuan dan pengoksidaan seperti penghasilan teh oolong dan teh hitam. Cuma ramai yang tidak tahu tentang kebaikan teh hijau.

Teh hijau sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan. Sarat dengan antioksida dan nutrien yang baik untuk badan dan minda, teh hijau telah digunakan sebagai kaedah perubatan sejak beribu tahun lalu.

Malah kajian yang telah dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di negara Jepun yang mengamalkan minumam air teh hijau sebanyak 5 cawan sehari telah menunjukkan jangka hayat yang lebih panjang daripada mereka yang tidak meminumnya.
 

Jenis-jenis teh hijau

Terdapat banyak jenis teh hijau di pasaran yang boleh anda beli iaitu:

  • Uncang beg
  • Loose-leaf
  • Serbuk segera
  • Suplemen teh hijau, yang dijual dalam bentuk kapsul atau ekstrak cecair
  • Botol dan manis gula atau pemanis buatan

 

Senarai jenama teh hijau di pasaran

Berikut ialah jenama-jenama yang kami jumpa, yang boleh dibeli samada secara online atau di kedai-kedai berhampiran. Disertakan sekali, sedikit penerangan tentang kebaikannya.

  • AHMAD Tea Green Tea – Terbaik untuk diet dan menurunkan berat badan.
  • BOH – Untuk minuman harian
  • NATURE’S Cuppa Organic Green Tea – Teh hijau non-kafeinn yang berkhasiat untuk ibu hamil dan menyusukan bayi.
  • EASTERN Vital Lemon Green Tea – Teh hijau perasa Lemon bagi yang sedang berdiet.
  • HALAL OSK Green Tea – Terbaik untuk mencegah kanser dan tumor
  • ORGANIC Herbal Turmeric Tea – Delicious Green Tea Flavour – Teh hijau sesuai untuk membuang toksin dalam badan (detox)
  • GINGEN Green Tea with Ginger – Teh hijau dengan halia – baik untuk membuang angin dalam badan
  • Jarrow Formula Ekstrak Teh Hijau – Menyokong dan melindungi sistem imun.

 

Kebaikan teh hijau (untuk kecantikan)

Mencantikkan dan melembutkan kulit wajah

Kajian Medical College of Georgia pada tahun 2013 mendapati bahawa amalan meminum teh hijau dapat mengeluarkan racun daripada kulit, mengurangkan keradangan, menyembuhkan luka, memudarkan parut dan meningkatkan keanjalan kulit.

Malah teh hijau yang digunakan secara topikal dapat mengurangkan kerosakan kulit wajah akibat sinaran matahari.

 

Mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam pada mata

Kandungan antioksidan dan tanin dalam teh hijau dapat digunakan untuk merawat mata bengkak dan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.

Khasiat semula jadi itu membantu untuk menyusutkan pembuluh darah di bawah kulit halus di sekitar mata yang akhirnya dapat mengurangkan pembengkakan dan peradangan mata.

 

Mencegah penuaan

Antara kebaikan teh hijau ialah ia juga berupaya untuk mencegah penuaan awal yang terjadi pada kulit.

Zat polifenol yang terkandung di dalamnya dapat membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya penyebab kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaan.

Merawat jerawat

Teh hijau ampuh dalam merawat jerawat kerana kandungan catechin di dalamnya berfungsi untuk mengawal ketidakseimbangan hormon, bersifat anti bakteria dan anti inflamasi yang merupakan penyebab jerawat.

Penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology pada tahun 2012 menjelaskan bahawa komponen dalam teh hijau, epigallocatechin-3-gallate (EGCG), dapat membantu merawat jerawat dengan menghambat pertumbuhan bakteria jerawat.

Kebaikan teh hijau (untuk kesihatan)

Diabetes/ kencing manis

Teh hijau membantu mengawal tahap glukosa untuk melambatkan peningkatan gula dalam darah selepas makan.

Keadaan ini dapat mencegah insulin daripada meningkat dengan lebih tinggi dan menyebabkan lemak terkumpul.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau yang berterusan boleh meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.

 

Penyakit jantung

Kajian saintis mendapati bahawa teh hijau berfungsi pada lapisan saluran darah dengan membantu saluran darah agar kekal stabil dan mampu untuk lebih bertahan apabila terdapat sebarang perubahan dalam tekanan darah.

Teh hijau juga boleh menghalang pembentukan gumpalan darah, membekalkan kadar antioksida yang banyak kepada saluran darah dan mengelakkan kolestrol LDL (kolestrol baik) daripada teroksida.

 

Kanser

Kajian terbitan Journal of Cellular Biochemistry menjelaskan kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau kering mempunyai 40% kandungan polifenol, sejenis antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas penyebab kanser.

Kanser Payudara: Kajian mendapati bahawa wanita yang meminum teh hijau boleh mengurangkan risiko mendapat kanser payudara sebanyak 22%.

Kanser Prostat: Lelaki yang meminum teh hijau kurang risiko untuk mendapat prostat kanser sehingga 48%.

Kanser Kolon: Penyelidikan ke atas 69,710 wanita di China mendapati mereka yang meminum teh hijau berisiko sehingga 57% lebih rendah untuk mendapat kanser kolon.

 

Kolesterol

Teh hijau dapat mengurangkan kolesterol tidak baik dalam darah dan menambahbaikkan nisbah kolesterol baik dan tidak baik.

Selain itu, teh hijau juga membantu anda untuk kekal kenyang dan mengelakkan anda dari mengambil makanan sampingan yang tidak baik untuk kesihatan.

 

Alzheimer dan Parkinson

Berfungsi untuk menangguhkan kerosakan yang berpunca daripada alzheimer dan parkinson, teh hijau didapati dapat melindungi sel-sel otak daripada mati dan membina semula sel-sel otak yang rosak.

Kandungan catechin dalam teh hijau juga boleh melindungi sistem saraf dan mengurangkan risiko mendapat penyakit alzheimer dan parkinson.

 

Menajamkan Daya Fikiran

Kafein dan amino asid L-theanine dalam teh hijau menyumbang kepada perkembangan otak, daya fikiran dan meningkatkan aktiviti pada sistem saraf.

Walaupun kandungan kafein dalam teh hijau tidak sebanyak kopi, namun cukup untuk meningkatkan daya fungsi otak dan menajamkan minda.
 

Kerosakan Gigi

Kandungan catechin dalam teh hijau boleh memusnahkan bakteria dan virus penyebab jangkitan tekak, karies gigi dan penyakit lain berkaitan gigi.

Ia juga menghalang pertumbuhan bakteria, Streptoccus mutans yang menyebabkan perbentukan plak, masalah kaviti dan pereputan gigi.

Sedangkan kandungan Polyphenol bersifat anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria terkumpul dalam mulut yang menjadi punca kerosakan gigi.

Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah nafas berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

Kebaikan teh hijau (untuk diet)

Kelebihan teh hijau, boleh turunkan berat badan

Teh hijau dikenal pasti dapat meningkatkan metabolisme dalam badan. Kandungan poliphenol dalam teh hijau membolehkannya berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan menukarkan makanan kepada kalori.

Kajian International Journal of Obesity mendapati bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Malah individu yang minum teh hijau sebelum olahraga dapat membakar sehingga 17% lemak lebih banyak dibandingkan dengan mereka yang tidak minum teh hijau dan membantu menurunkan berat badan.

Tapi dalam masa yang sama, jaga pemakanan anda!

Bagaimana cara minum teh hijau agar cepat kurus pula?

Langkau terus ke bahagian bawah.

 

Kelebihan teh hijau, bantu memecahkan lemak dari sel lemak

Manfaat teh hijau untuk penurunan berat badan adalah memindahkan lemak yang ada di dalam sel lemak.

Untuk membakar lemak, sel lemak perlu dipecahkan untuk dipindahkan ke aliran darah.

Proses ini dapat diperoleh jika anda meminum teh hijau kerana ia mengandungi senyawa EGCG (Epigallocatechin gallate) dan kafein.

 

Kelebihan teh hijau, boleh hilangkan lemak abdominal

Lemak abdominal adalah lemak berbahaya yang bersarang di bawah kulit. Lemak ini merupakan antara punca peradangan dalam tubuh, resistensi insulin dan penyakit jantung.

Penelitian menunjukkan bahawa rutinme minum teh hijau efektif untuk membakar lemak ini abdominal secara signifikan.

Waktu sesuai minum teh hijau

Jangan minum di waktu pagi

Kandungan  catechin membuatkan teh hijau tidak sesuai untuk diminum pada awal pagi. Meminum teh hijau ketika perut kosong akan mengakibatkan kerosakan hati, dehidrasi dan rembesan asid gastrik yang menyebabkan sakit perut atau ulser.

Pengamal perubatan tradisional cina turut mengatakan pengambilan teh ketika perut kosong boleh menyebabkan paru-paru dan perut menjadi ‘sejuk’.

2 jam sebelum atau selepas makan

Waktu terbaik untuk meminum minuman ini adalah sekitar jam 10 hingga 11 pagi iaitu dua jam sebelum atau selepas makan untuk memaksimumkan pengambilan nutrien dan penyerapan zat besi.

Bagi penghidap anemia, elakkan meminum teh hijau ketika makan.
 

Sebelum bersenam

Seeloknya amalkan pengambilan teh hijau 30 minit sebelum bersenam.

Kandungan kafein dalam teh hijau dapat meningkatkan tenaga dan membantu anda untuk bersenam lebih lama dan sekali gus membantumengurangkan berat dan membakar lemak.

 

2 jam sebelum tidur

Teh hijau juga tidak sesuai untuk diminum sebelum tidur. Kandungan kafein di dalamnya akan menjejaskan tidur anda jika diminum ketika ingin tidur.

Tambahan pula, teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine yang akan membuatkan anda lebih sedar dan lebih fokus.

Waktu paling sesuai untuk meminum teh hijau adalah dua jam sebelum waktu tidur kerana ketika tempoh tersebut tahap metabolisme tubuh berada dalam rendah dan pengambilan teh hijau dapat meningkatkannya.

Jika anda mengambil teh hijau untuk mengurangkan berat badan, inilah waktu yang terbaik kerana meminum teh hijau sebelum tidur dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak ketika anda sedang tidur.

 

Sepanjang hari

Seperti yang dikongsikan di atas, kebaikan teh hijau adalah ia dapat membersihkan badan, iaitu detox.

Jika anda ingin ‘membersihkan’ badan menggunakan teh hijau, anda perlu meminumnya sedikit demi sedikit sepanjang hari.

Benar, kelebihan teh hijau ialah adanya fungsi detox.

Fungsi detoks dalam teh hijau berjalan secara perlahan dan anda perlu melakukannya secara sedikit demi sedikit untuk memperoleh semua manfaat.

Pengambilan teh hijau secara banyak sekali gus akan mengurangkan fungsi detoks dan teh hijau yang diminum hanya akan keluar sebagai air kencing.

 

Hanya 2 hingga 3 cawan

Oleh kerana teh hijau kaya dengan antioksidan dan kompaun semula jadi berasaskan tumbuhan seperti tanin dan flavanoid, sejenis antioksidan yang melindungi penyakit jantung, pengambilan teh hijau yang berlebihan hanya akan mendatangkan efek buruk pada hati.

Justeru, anda dinasihatkan untuk meminumnya hanya sebanyak dua hingga tiga cawan sahaja sehari.

 

Keburukan teh hijau (antara risiko)

Walaupun teh hijau memiliki pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh manusia, namun ia juga boleh mendatangkan kemudaratan jika diambil secara berlebihan.

Situasi ini berlaku kerana teh hijau mengandungi kafein.

 

Sensitif kafein

Jika anda sensitif atau alah dengan kafein, anda perlu menghadkan pengambilan teh hijau meskipun kandungan kaffein dalam teh hijau tidak sekuat atau sebanyak kafein dalam kopi (hanya 25 mg hingga 50 mg kafein segelas).

Selain itu, anda juga tidak boleh meminum teh hijau kerana mengandungi tanin yang berupaya mengurangkan penyerapan asid folik dan besi.

Walaupun teh hijau ada banyak khasiat, bagi yang mempunyai masalah autoimun seperti alahan, asma, kanser, hepatisis B dan C, anda tidak disarankan untuk minum. 

Meskipun boleh mendatangkan kesan negatif, jangan risau untuk terus meminumnya. Ini kerana jika ia diminum mengikut kadar yang ditetapkan dan tidak berlebihan, ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah pada diri anda.

 

Akhir kata

Tidak kiralah anda lelaki atau perempuan, boleh sahaja manfaatkan kebaikan teh hijau untuk kesihatan dan kecantikan. Cuma janganlah berlebih-lebihan.

Jemput juga baca mengenai kebaikan chia seed, epal hijau, jus delima dan susu kambing.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

1 Comment

Leave A Reply