Bagi para isteri yang baru saja mendirikan rumah tangga, anda mungkin tertanya-tanya apakah tanda awal kehamilan yang anda akan rasakan sekiranya anda disahkan mengandung. Yang sudah disahkan hamil pula, terus ingin tahu, apakah tanda mengandung anak lelaki atau perempuan?
Bagi yang belum lagi mengandung, mungkin perlu tahu cara kira waktu subur terlebih dahulu.
Bila tanda awal mengandung akan muncul?
Bagi sesetengah wanita pula, tanda yang paling awal akan muncul ialah seawal beberapa minggu setelah persenyawaan pertama.
Walau bagaimanapun, tanda-tanda yang disenaraikan bukanlah satu ujian muktamad bagi mengetahui samada anda mengandung atau tidak.
Tanda awal kehamilan
Sebelum itu, izinkan kami kongsi dan senaraikan beberapa tanda awal kehamilan yang biasa, yang dialami dan dirasai oleh semua bakal ibu.
Tanda awal hamil #1: Lewat ‘period‘
Berapa hari sepatutnya anda perlu tunggu? Sebenarnya, bergantung pada keadaan.
Banyak tanda-tanda awal kehamilan yang anda akan alami sewaktu sekitar masa haid anda. Sekiranya waktu haid anda lewat dalam masa 3 atau 4 hari, anda tidak perlu risau kerana ianya sangat normal.
Namun apabila kelewatan telah mencapai sehingga melebihi satu minggu, anda mungkin perlu menjalani ujian mengandung menggunakan alat atau melalui ujian di klinik.
Namun begitu, bukan semua kelewatan dalam haid menunjukkan bahawa anda mengandung kerana ianya bergantung kepada tahap perubahan berat, hormon dan tekanan dalam badan anda.
Jalankan ujian mengandung bagi mendapatkan keputusan yang betul dan tepat.
Seperti kata MayoClinic, ini adalah salah satu tanda tanda awal mengandung yang klasik.
Tanda awal mengandung #2: Perubahan payudara
Anda mungkin sudah menjangkakan perubahan payudara anda semasa mengandung, dan bagi sesetengah wanita ini adalah salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan mereka. Tahap hormon anda berubah dan tidak menentu sepanjang kehamilan anda dan ini menyebabkan banyak perubahan dalam badan anda, termasuk ke atas saiz payudara anda.
Anda mungkin perasan bahawa payudara anda mungkin:
- Bengkak
- Menyakitkan
- Sensitif
- Berat
- Kawasan areola menjadi gelap (kawasan sekitar puting)
Kesakitan payudara atau ketidakselesaan ini boleh menjadi satu masalah pada peringkat awal kehamilan, tetapi apabila hormon anda mula stabil, anda sudah boleh harapkan bahawa sebahagian besar daripada tanda-tanda ini akan berkurangan.
Tanda awal kehamilan #3: Pening dan mabuk
Tanda-tanda biasa yang sering dialami oleh wanita dalam menentukan kehamilan mereka adalah pening dan mabuk.
Kebanyakan wanita akan kerap muntah dan hilang selera makan pada minggu awal kehamilan mereka. Namun begitu, pening dan mabuk tersebut akan hilang dengan sendirinya setelah hormon anda sudah stabil.
Tanda awal kehamilan #4: Mengidam pelik-pelik
Mengidam merupakan tanda kehamilan terkenal di seluruh dunia. Tak kiralah dimana, hampir setiap wanita hamil akan merasai situasi mengidam ini apabila mereka hamil.
Tanda ini bukanlah satu petanda tetap bagi semua wanita hamil. Ada yang merasainya lebih awal iaitu sekitar minggu awal kehamilan dan ada juga yang alaminya pada akhir-akhir minggu kehamilan. Ia bergantung kepada tahap perubahan hormon dalam badan anda.
Tanda tanda hamil #5: Kerap ke tandas
Antara tanda awal mengandung yang lain ialah seseorang itu akan selalu ke tandas untuk membuang air kecil.
Apabila sudah masuk tandas, kadang-kadang tidak kencing pula.
Ini berlaku kerana dikatakan janin dalam kandungan “sedang menekan” pundi kencing ibu. Ini juga boleh berlaku disebabkan perubahan hormon.
Tanda tanda hamil mengikut jantina
Berkenaan tanda awal kehamilan di atas tadi, adakah tanda-tanda spesifik berkenaan dengan jantina bayi dalam kandungan?
Wanita yang hamil boleh mengetahui jantina bayi yang berada dalam kandungan mereka setelah beberapa bulan mengandung. Ia seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.
Walau bagaimanapun, ramai wanita yang hamil kerap membuat andaian berkenaan jantina bayi mereka melalui tanda-tanda fizikal yang dialami oleh wanita yang hamil tersebut.
Ia adalah berasal dari kepercayaan orang-orang lama.
Ingat, baca boleh, percaya seratus-peratus, jangan.
Tanda mengandung anak lelaki
Antara tanda-tandanya adalah:
Garis di perut yang panjang
Bagi wanita hamil, satu garis berwarna gelap akan muncul pada permukaan perut anda. Ianya dikatakan sekiranya garis tersebut panjang ke bawah, anda akan mendapat anak lelaki.
Perubahan personaliti sedikit keras
Sekiranya wanita tersebut berkelakuan kasar, mereka dikatakan akan mendapat bayi lelaki oleh kerana peningkatan tahap testosteron dalam badan mereka.
Mengidam makanan masin
Apabila anda sedang mengandungkan seorang anak lelaki, anda akan mengidam makanan yang masin sepanjang kehamilan anda.
Walaupun ada antara tanda-tanda ini yang tidak disedari dan tidak diketahui, diingatkan sekali lagi, tanda awal kehamilan anak lelaki ini bukanlah sesuatu yang tepat dan pasti.
Rujuk dengan doktor untuk mengetahui jantina sebenar.
Tanda mengandung anak perempuan
Antara tanda-tandanya adalah:
Garis gelap di perut
Bagi wanita hamil, satu garis berwarna gelap akan muncul pada permukaan perut anda.
Ianya dikatakan sekiranya garis itu pendek, anda akan mendapat anak perempuan.
Perubahan personaliti yang lembut
Sekiranya wanita tersebut berkelakuan lembut, mereka dikatakan akan mendapat bayi perempuan.
Mengidam makanan masam
Apabila anda sedang mengandungkan seorang anak perempuan, anda tidak akan mengidam makanan yang masam yang masin sepanjang kehamilan anda.
Walaupun mungkin ada antara tanda-tanda ini yang jarang berlaku, malahan tidak disedari dan tidak diketahui, diingatkan sekali lagi, tanda awal kehamilan anak perempuan ini bukanlah sesuatu yang jelas, tepat dan pasti.
Rujuk dengan doktor untuk mengetahui jantina anak sebenar.
Akhir kalam
Kesimpulannya, walaupun kami hanya menyenaraikan beberapa tanda awal kehamilan sahaja, terdapat banyak lagi tanda-tanda atau petua tradisional yang diikuti bagi mengetahui jantina bayi anda.
Namun begitu, petanda-petanda di atas tidaklah tetap dan jangan mengharapkannya semata-mata. Anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital bagi mengetahui jantina sebenar anak anda.
Apa-apa pun, jaga diri baik-baik. Didoakan agar anda yang sedang membaca artikel ini, dikurniakan anak yang sihat dan anak yang bijak, bakal berbakti untuk agama, bangsa dan negara.
Kami berharap, perkongsian mengenai tanda mengandung anak lelaki dan perempuan ini dapat membantu anda dalam menyediakan diri untuk menjadi ibu satu hari nanti. Yang penting, jangan lupa siapkan checklist barang baby newborn.
Semoga bermanfaat.