Mainan kanak-kanak datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Trend mainan terbaru yang digemari kanak-kanak sekarang adalah permainan slime. Slime ini bukan sahaja menjadi mainan kanak-kanak malah ianya juga dimainkan oleh orang dewasa. Persoalannya di sini, macam mana cara buat slime yang mudah dan selamat?

Slime untuk aktiviti kanak-kanak

Slime kerap dijadikan sebagai bahan melepaskan ‘stress’ apabila dipicit dan dibaling, oleh kerana bentuknya yang sentiasa akan berubah kepada yang asal.

Slime ini secara dasarnya berbentuk jeli yang boleh berubah bentuk sekiranya dipicit dan dibentuk ketika bermain dengannya.

Ianya sangat mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan bahan yang banyak dan mahal untuk membuatnya.

Oleh itu, di bawah kami ceritakan langkah mudah untuk buat slime sebagai hiburan anak-anak anda. Ikut cara buat slime seperti dibawah:

Bahan-bahan untuk membuat slime

Gam

Semua jenis gam boleh digunakan tetapi kami cadangkan anda guna gam cecair jernih. Boleh beli dari mana-mana kedai, termasuk kedai alatulis.

 

Sabun Pencuci Baju (Serbuk atau Cecair)

Apa-apa jenis jenama pencuci boleh digunakan. Bukan sabun mandi, tetapi sabun basuh.

Antara jenama sabun cecair tersebut ialah seperti Dynamo, Breeze, Top dan lain-lain lagi.

Ada juga yang cadangkan Borax seperti di thoughtco.

 

Mangkuk / Bekas Plastik

Sediakan mangkuk yang tidak digunakan untuk makan. Untuk lebih selamat, gunakan sahaja bekas plastik pakai buang.

 

Sudu / Garfu Plastik

Beli dan gunakan sudu atau garfu plastik yang boleh terus dibuang setelah digunakan.

 

Cara-cara

Langkah Pertama

Cara membuat slime yang pertama ialah dengan isikan mangkuk atau bekas plastik yang telah anda sediakan dengan gam cecair jernih sebanyak mana yang anda perlu bagi membuat slime tersebut.

Jika anda hanya ingin mencuba buat bagi kali pertama, anda boleh isikan gam tersebut sebanyak dua sudu besar ke dalam bekas atau mangkuk anda.

Tidak perlu banyak-banyak.

 

Langkah Kedua

Seterusnya, anda perlu masukkan pula sedikit cecair atau serbuk pencuci baju ke dalam bekas yang berisi gam itu.

Anda boleh masukkan sebanyak satu sudu besar bagi permulaan pertama.

Sekiranya anda ingin membuat slime lebih, tambahkan kandungan gam ke dalam bekas dan tingkatkan juga kuantiti sabun pencuci ke dalam bekas yang berisi gam itu.

 

Langkah Ketiga

Cara membuat slime yang seterusnya ialah gaulkan campuran sabun pencuci dan gam cecair dalam bekas tersebut sehingga ianya sebati.

Anda akan rasakan campuran cecair tersebut menjadi bentuk ketulan dan rasa agak pejal ketika anda menyentuhnya.

Proses gaulan ini tidak mengambil terlalu lama dan hanya memerlukan antara 5-10 minit.

 

Langkah Keempat

Setelah campuran kedua-dua bahan tersebut menjadi pejal atau ketulan, ratakan slime tersebut dan biarkannya kering sehingga beberapa minit. Selalunya ia hanya mengambil masa dalam 5-10 minit untuk kering.

 

Langkah Kelima

Cuba sentuh dan pegang slime anda bagi memastikan ianya betul-betul kering dan boleh dimainkan.

Jika slime anda masih melekat pada jari anda, anda boleh tambahkan sedikit air putih atau air mineral ke dalam mangkuk slime anda.

Untuk kesan yang lebih efektif, anda juga boleh campurkan baking soda atau minyak bayi Johnson untuk mengelakkannya daripada melekat atau melekit pada jari anda.

Langkah Keenam

Anda boleh terus bermain dengan slime yang anda baru sahaja buatkan.

Mudah kan? Hanya gunakan dua bahan dan slime sudah terbentuk.

 

Akhir kalam

Terdapat banyak langkah untuk membuat slime dan ianya boleh terbentuk daripada penggunaan pelbagai bahan dan tidak terhad kepada bahan-bahan yang kami cadangkan di atas.

Anda boleh ‘Google’ atau membuat carian di Internet untuk kaedah-kaedah lain bagi membuat slime ini. Ada banyak cara buat slime yang mudah, dan ini adalah salah satu caranya.

Di samping itu, sekiranya anda ingin membuat slime dalam kuantiti yang lebih banyak, anda hanya perlu tambahkan kuantiti bahan serba sedikit supaya saiz slime anda berada pada tahap yang inginkan. Sebagai peringatan, slime ini tidak boleh dirasa, dimakan, dan ditelan kerana mempunyai bahan kimia.

Boleh sahaja guna baking soda, syampu, sabun cuci pinggan atau tanpa gam langsung. Apa-apa pun, pastikan semua bahan itu selamat.

Umur yang kami syorkan untuk anak-anak anda bermain dengan slime ini adalah berumur 5 tahun ke atas.

Jemput juga baca cara mendidik anak berjaya mengikut saintis.

Semoga bermanfaat.

Hai semua! Saya Nora Hana, seorang penulis bebas yang suka berkongsi kisah dan pengalaman tentang kehidupan wanita Malaysia masa kini. Saya menulis artikel-artikel santai dan padat dengan info berguna tentang topik kekeluargaan, keibubapaan, makanan, resepi masakan, tips kesihatan, kecergasan, dan juga pelancongan.

2 Comments

Leave A Reply