4 Resepi Kuih Seri Ayu (Gebu Sesuai Dengan Nama)

Kuih Seri Ayu, juga dikenali sebagai Puteri Ayu, ialah kuih tradisional Melayu yang terkenal dengan warna hijau pandan dan lapisan kelapa parut di atasnya. Kuih Seri Ayu diperbuat daripada campuran telur, gula, ovalette, santan, jus pandan, dan tepung gandum, adunan ini dikukus dalam acuan khas yang telah disapukan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam. Hasilnya ialah kuih yang lembut, gebu, dan beraroma wangi, menjadikannya pilihan popular untuk minum petang atau majlis keramaian.

1. Resepi Kuih Seri Ayu

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu kecil baking powder
  • Pewarna hijau
  • Kelapa parut yang digaul dengan garam dan sedikit tepung ubi

Cara nak buat Kuih Seri Ayu

  1. Blend gula, ovallete dan telur hingga gebu.
  2. Masukkan santan, pewarna hijau dan blend lagi.
  3. Tuangkan dalam bekas dan masukkan tepung serta baking powder..
  4. Gaulkan hingga sebati dan biarkan rehat seketika.
  5. Acuan sapu minyak tekankan kelapa dalam acuan dan letakkan bancuhan tadi.
  6. Kukus dalam 15-20 minit (air kukusan dipanaskan dahulu).
  7. Tanggalkan dari acuan ketika masih suam supaya tak melekat.

Sumber: Wan Rasifah Miarhamzah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kuih Seri Ayu (Tanpa Ovallete)

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil ovellete (saya gantikan dgn satu sudu besar susu pekat manis)
  • 1 sudu kecil paste pandan
  • 1 penutup kecil pewarna hijau
  • 1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja) yang dicampurkan bersama 1 sudu besar tepung ubi dan secubit garam.

Cara nak buat Kuih Seri Ayu (Tanpa Ovallete)

  1. Mixer gula, telur dan susu pekat manis hingga berkrim @ kembang (dalam 5minit). Kemudian masukkan santan dan tepung gandum berselang seli hingga habis. Kemudian masukkan paste pandan dan pewarna hijau dan teruskan mixer hingga semuanya sebati.
  2. Sapu sedikit minyak masak di acuan kuih, kemudian masukkan satu sudu besar kelapa dan tekankan hingga padat. Kemudian tuang adunan kuih tadi ke dalam acuan.
  3. Pastikan air kukusan sudah mendidih barulah dimasukkan semua adunan. Kukus selama 15 minit. Siap.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kuih Seri Ayu Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • 3 sudu Gula
  • 1 sudu teh Ovelette
  • 2 biji Telur gred C
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 1 sudu makan Tepung Ubi
  • 1 sudu teh Baking Powder
  • Sedikit pewarna hijau (setitik dua)
  • 2 helai daun pandan + sedikit air suku cawan (pati)
  • 1 sudu teh Garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1/2 biji Kelapa Parut (putih)

Cara nak buat Kuih Seri Ayu Tanpa Santan

  1. Satukan telur dan gula. Putar sampai kembang. Masukkan ovelette putar sampai gebu lagi.
  2. Masukkan pati pandan + tepung gandum + tepung ubi + baking powder putar sampai gebu dan sebati.
  3. Panaskan kukusan. Sapukan bekas acuan dengan minyak. Kukus sampai masak – 5minit.
  4. Kelapa nak tahan lama kukus dulu. Campur sekali bahan bertanda *

Sumber: Nur Shuhaila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Seri Ayu Jagung

Bahan-bahan

  • 1 1/4 cawan gula halus
  • 1 1/4 cawan santan
  • 3 biji telur (A)
  • 1 sudu kecil overlatte (dibancuh dengan1 sudu kecil air suam)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • Kelapa parut (putih) secukupnya}
  • Sedikit garam }gaul rata & kukus kejap
  • Sedikit tepung gandum }
  • Sedikit air pandan & pewarna hijau
  • 3 s/b jagung dalam tin & pewarna kuning
  • Sediki esen jagung
  • 3 s/b tepung gandum

Cara nak buat Seri Ayu Jagung

  1. Pukul gula, telut & overlatte hingga kembang.
  2. Masukkan santan & air daun pandan kacau sebati.
  3. Masukkantepung gandum juga baking powder kacau hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Tambah jagung+pewarna kuning+esen jagung+3 s/b tepung gandum.
  6. Sapukan acuan ngan sedikit minyak.
  7. Masukkan sedikit kelapa parut kedalam acuan tekan bagi rata.
  8. Kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
  9. Boledikukus selama 10 minit.

Sumber: Aznie Khasri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jika nak kan lagi resepi kuih, jom baca resepi kuih basong ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment