4 Resepi Talam Berlauk (Kaya Dengan Lauk)

Kuih talam berlauk ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang menggabungkan lapisan bawah yang lembut dan berlemak, diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung jagung, santan, dan sedikit garam, dengan lapisan atas berupa inti berperisa seperti daging cincang, ayam, atau udang yang dimasak bersama rempah kari, bawang, dan cili.

Setelah adunan bawah dikukus hingga hampir masak, inti berlauk ditaburkan di atasnya dan dikukus semula sehingga kedua-dua lapisan melekat dengan sempurna. Hidangan ini sering dihiasi dengan daun sup, daun bawang, dan cili merah untuk menambah aroma dan warna, menjadikannya pilihan popular sebagai kudapan atau sajian minum petang.

1. Resepi Talam Berlauk (Versi Acuan)

Bahan-bahan

  • 2 cwan tepung gandum
  • 6 cwan santan
  • 6 sdb tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1/ 2 sdt garam

Cara nak buat Talam (Versi Acuan)

  1. Blender semue bahan dan tapis.
  2. Masak atas api sederhana.
  3. Sapu acuan. Kukus api sederhana selama 20 minit.
  4. Dah masak angkat adunan tadi letak inti cili,daun sup/daun bawang renjis sikit baki adunan atasnya supaya inti tadi melekat.
  5. Kukus lagi dalam 5 minit. Siap. Tggu sejuk.

Sumber: Norazizah Hasbolah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Talam Berlauk

Bahan-bahan

  • 3 cwn tepung gandum
  • 7 sudu makan tepung jagung
  • 1kotak kecil santan kara campur 6 cawan air
  • 2 biji telur
  • Garam secukupnya

Cara nak buat Talam Berlauk

  1. Panaskan kukus, tuang dalam kukus, masak selama 30 minit dan taburkan daging dengan bawang goreng, renjisan sedikit bancuhan tadi.
  2. Masak lagi 5 minit dah masak atas tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng, lada merah, dan curah sos.
  3. Daging hancur tumis dan letak kari.

Sumber: Noorliyana Razi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Talam Keladi Berlauk

Bahan-bahan

  • 300gm keladi – diced and steam
  • 175gm tepung beras
  • 40gm tepung jagung
  • 20gm tepung gandum
  • 1 liter santan
  • Garam secukup rasa

Bahan lauk

  • 2 Sdb minyak masak
  • 300gm udang segar – kupas n cincang
  • 15gm udang kering – rendam n tumbuk
  • 3 tangkai daun sup
  • 3 tangkai daun bawang
  • 2 biji cili merah and 1 biji cili padi merah
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng secukupnya

Bahan sos cili

  • 4 bj cili merah 1 bj cili padi
  • 1 sdb cili boh
  • 1 sdb sos tomato
  • 1sdb gula
  • 2sdb jus lemon/limau nipis
  • 1/2 sdt kicap pekat
  • 1 sdt tepung jagung bancuhkan dengan 80ml air
  • Garam secukup rasa

Bahan sos kicap

  • 2sdb taucu
  • 250ml air
  • 50gm gula
  • 4sdt tepung jagung larutkan dengan 60ml air
  • 1sdb kicap cair
  • 1sdb kicap pekat

Cara nak buat Talam Keladi Berlauk

  1. Untuk lauk, panaskan minyak gorengkan udang hingga berubah warnanya. Masukkan udang kering hingga wangi & angkat. Gaulkan dengan garam, bawang goreng, daun sup & bawang dan cili merah.
  2. Untuk badam talam keladi: kukus keladi hingga empuk, ketepikan. Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, santan serta garam.
  3. Kacau bahan tepung dan santan atas api perlahan hingga naik wap dan tutup api. Masukkan keladi yang dikukus tadi kalau pakai acuan lompang tak payah masak atas api. Masukkan separuh inti ke dalam bancuhan Terus je tuang dalam acuan.
  4. Lenserkan sedikit minyak pada loyang atau acuan lompang.
  5. Kukus sehingga 3/4 masak, taburkan baki inti dan kukus sehingga masak.

Sos cili

  1. Sebatikan semua bahan di atas dan renehkan atas api sehingga pekat.

Sos kicap

  1. Sebatikan semua bahan di atas dan renehkan atas api sehingga pekat.

Sumber: Alin Noor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Talam Berlauk Daging Selambak

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepong gandum
  • 4 cawan air
  • 1 kotak kecil santan
  • Lada sulah
  • Garam
  • Gula
  • Daging cincang
  • Bawang besar potong dadu
  • Bawang putih potong dadu
  • Lada merah cincang halus
  • Serbuk kari
  • Serbuk lada
  • Bahan perasa

Cara nak buat Talam Berlauk Daging Selambak

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan cincang sampai naik bau, masukkan daging. Serbuk kari dan serbuk lada. Perasakan dengan bahan perasa. Masak hingga daging masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan air kukusan. Saya guna loyang 10×10 untuk adunan ini. Lengserkan minyak kat tray dan letak plastik. Tuang adunan, kukus Agak separuh masak, lorekkan adunan dengan garfu.
  3. Ratakan daging tadi diatas adunan hingga habis. Hiaskan dengan bahan hiasan. Tuang kan dengan sudu adunan tepung yang kita tinggalkan 1 cawan tadi. Ini untuk di jadikan bahan pelekat antara daging dan adunan. Sambung kukus selama 15-20minit. Siap.

Sumber: Emma Haleigh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Bila buat sendiri memang puas hati, boleh letak sebanyak inti yang kita nak.

Jom baca juga resepi kuih talam suji ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment