Ikan Mabong, juga dikenali sebagai ikan pelaling, ialah sejenis ikan kembung kecil yang biasa ditemui di perairan Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Nama saintifiknya adalah Rastrelliger brachysoma, dan ia tergolong dalam keluarga ikan kembung (Scombridae) yang sering digunakan dalam masakan tempatan. Ikan ini mudah diperolehi di pasar, harganya yang berpatutan serta rasanya yang enak.

Ikan Mabong sangat sesuai dimasak secara bakar, goreng, atau dalam kuah seperti masak asam pedas dan tempoyak.

1. Resepi Asam Pedas Ikan Mabong

Resepi Ikan Mabong
4 Resepi Ikan Mabong (Sedap Masak Apa?) 3

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Belacan
  • Halba
  • Serai
  • Cili mesin

Cara nak buat Asam Pedas Ikan Mabong

  1. Rempah kari daging.
  2. Sedikit lada hitam.
  3. Buah keras.
  4. Bila dah garing semua, masukkan air asam jawa, masukkan ikan, bunga kantan, daun limau purut, daum kesum. Bahan sayur terpulang. Boleh letak tomato/bendi/terung.

Sumber: Amira Zulkafli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ikan Mabong Masak Tempoyak

Resepi Ikan Mabong Masak Tempoyak
4 Resepi Ikan Mabong (Sedap Masak Apa?) 4

Bahan-bahan

  • Sebiji bawang kecil,
  • Sebiji cili besar (merah),
  • Dua biji cili api (cili siam).
  • Ikan
  • Tempoyak
  • Sebatang serai
  • Kunyit
  • Sekeping asam keping
  • Sedikit garam dan gula.

Cara nak buat Ikan Mabong Masak Tempoyak

  1. Ikan yang dah dibasuh, gaul terlebih dahulu dengan kunyit.
  2. Masukkan bahan tumbuk, sebatang serai yang dititik, dan 2 sudu besar tempoyak kedalam kuali. Tempoyak tu kalau nak pekat lagi boleh tambah lagi bilangan sudu. Masak dulu semua bahan sampai naik bau.
  3. Masukkan air 2 @ 3 cawan dan masukkan asam keping.
  4. Masukkan ikan yang dah digaul dengan kunyit tadi kedalam kuah tempoyak yg sudah dimasak.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Didihkan kuah sehingga ikan masak.

Sumber: Syue Zaini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Rendang Asam Ikan Mabong

Bahan-bahan

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Beberapa tangkai cili kering
  • Biji sawi
  • Asam jawa secukupnya.
  • Garam gula secukupnya rasa.

Cara nak buat Rendang Asam Ikan Mabong

  1. Goreng ikan.
  2. Tumis semua bahan kecuali asam jawa.
  3. Dah garing masukkan air asam jawa perasakan. Masuk ikan yang dah di goreng siap.

Sumber: Nazarina Che Man dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ikan Mabong Berlado

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan mabong – letak garam kunyit n goreng
  • 4ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi
  • 2/3 asam keping
  • 1 inci halia

Cara nak buat Ikan Mabong Berlado

  1. Tumbuk semua bahan kecuali asam keping.
  2. Tumis bahan tumbuk masukkan sekali asam keping.
  3. Bila dah masak masukkan.sedikit air untuk kuah.
  4. Kemudian masukkan garam dan gula masak hingga kuah sedikit kering dan pekat.
  5. Letak kuah tadi atas ikan.

Sumber: Che Eda

Ikan Mabong Sedap Masak Apa?

Ikan Mabong sedap dimasak dalam 5 cara dan kaedah masakan. Berikut adalah 5 cara masakan yang popular:

  1. Ikan Mabong Bakar – Dibakar dengan perapan rempah seperti kunyit, garam, dan asam keping.
  2. Ikan Mabong Goreng Kunyit – Digoreng rangup dengan kunyit dan garam, sesuai dimakan bersama sambal belacan.
  3. Ikan Mabong Masak Asam Pedas – Direbus dalam kuah asam pedas bersama sayur-sayuran seperti bendi dan terung.
  4. Ikan Mabong Masak Lemak Cili Api – Dimasak dalam kuah santan pedas bersama cili api.
  5. Ikan Mabong Rebus Air Asam – Direbus dan dimakan bersama air asam yang masam dan pedas.
  6. Ikan Mabong Gulai – Dimasak gulai pekat dengan rempah gulai dan santan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply