Puding roti kukus ialah pencuci mulut klasik yang lembut dan manis, sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Ia diperbuat daripada roti tawar yang direndam dalam campuran susu, telur, dan perisa seperti vanila, kemudian dikukus hingga masak. Puding ini sering dihidangkan bersama sos kastard yang berkrim untuk menambah keenakan.
1. Resepi Puding Roti Kukus dengan Kuah Kastard
Bahan-bahan
Bahan Puding
- 8 keping roti putih
- Kismis/buah kering/choc chip/butterscotch chip
- 2 cawan susu segar
- 1/2 cawan gula
- 3 biji telur
- 3 sudu makan butter/marjerin (cairkan)
- Sedikit esen vanila
Bahan kuah kastard
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu makan tepung kastard
Cara nak buat Puding Roti Kukus dengan Kuah Kastard
- Potong roti putih, susun dalam tray. Tabur kismis atau bahan pilihan. Dalam bekas asing, satukan susu segar, gula, telur, butter cair dan esen vanila. Kacau sebati dan tuang dalam tray berisi roti tadi. Kukus selama 20 minit.
- Untuk kuah kastard, satukan semua bahan dalam bekas. Kacau sebati supaya tepung kastard tak berketul. Tapis dan masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau sampai kuah pekat, jangan tinggal ye.
- Hidangkan puding roti dengan limpahan kuah kastard, sedap dimakan panas-panas.
Sumber: Nor Azura Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Puding Roti Kukus Sos Kastard Lemak Berkrim
Bahan-bahan
Bahan puding roti
- 10 keping roti gardenia (potong empat segi)
- 1 tin susu cair
- 3 biji telur
- 1sk esen vanila
- 5sb gula
- Buah campur kering rendam air pnas kejap (optional)
Bahan sos kastard
- 1 tin susu cair
- 1/2 cwn air
- 2sb tepung kastard
- 4 1/2sb gula
Cara nak buat Puding Roti Kukus Sos Kastard Lemak Berkrim
Puding roti
- Bend semua bahan kecuali roti.
- Sapu butter setiap keping roti dan loyang.
- Susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan roti bagi smua meresap.
- Taburkan buah kering tadi.
- Kukus 30 mnit.
Sos kastard
- Campur tepung kastard dalam air, kacau rata.
- Kemudian campur semua bahan masak atas api perlahan. Kacau sampai agak sedikit pekat. Siap.
Sumber: Nurul Shafira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Puding Roti Kukus Sos Milo
Bahan-bahan
- 7 keping roti gardiner disapu butter dan di dadu kecil, susun dalam acuan / loyang
Bahan kisar
- 11/2 cawan susu cair
- 1/4 cawan susu pekat
- 3 biji telor (A)
- 2 sudu gula
- Dan sedikit esen vanila
Bahan sos milo
- 2/3 cawan susu cair
- 2 sudu besar tepung gandum
- 3 sudu milo
- 3 sudu susu pekat
- 2/3 cawan air
Cara nak buat Puding Roti Kukus Sos Milo
- Tuangkan semua bahan yang di blend tadi tu dalam acuan / loyang.
- Rehatkan 15 minit bagi roti tu kembang then kukuskan selama 20-30minit.
Sos milo
- Campur dan pukul semua bahan pastu tapiskan.
- Masakkan bahan sos ni tadi dengan api perlahan sampai mendidih.
- Masa hidang taburkan sikit serbuk milo sebagai penarik.
Sumber: Fauzi Karim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Puding Roti Kukus Simple
Bahan-bahan
- 10 keping roti keping
- 1 tin susu cair
- 2 cawan air masak
- 2 biji telur
- 3 sudu besar gula
- 1/6 buku buttercup
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- Sedikit kismis (nak guna kurma pon sodap)
Cara nak buat Puding Roti Kukus Simple
- Carikkan roti ke dalam loyang. Sebelum tu oleskan sedikit buttercup kat loyang tu, nak elakkan melekat.
- Masukkan buttercup yang dipotong dadu kecik2 dan taburkan gula. Selang selikan antara roti.
- Pukul 2 biji telur +esen vanila dalam bekas lain.
- Campurkan susu cair dan air masak. Kacau biar sebati. Dan curahkan ke dalam loyang roti tadi.
- Taburkan kismis, ikut suka la nak letak banyak mana.
- Kukus dalam 30 minit.
Sumber: Yusma Mustafa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Jadi dah tahu kan kalau ada lebihan roti nak buat apa?
Banyak lagi resepi berasaskan roti yang anda boleh cuba, salah satunya adalah resepi cucur roti gardenia.
Selamat mencuba!