4 Resepi Ikan Bawal Putih (Sedap Masak Apa?)

Seperti yang kita tahu ikan bawal ada dua jenis iaitu bawal emas (bawal putih) dan bawal hitam. Bawal putih mempunyai harga yang sedikit mahal mungkin kerana mempunyai isi yang tebal. Jika anda mencari resepi ikan bawal putih, jangan lupa baca sampai habis ya!

Jom kita try!

1. Resepi Ikan Bawal Steam Chinese Style

Bahan-bahan

  • Ikan bawal dibasuh bersih
  • Halia potong batang mancis
  • Batang Daun Bawang
  • Cili Padi
  • Bawang Putih

Bahan Sos

  • Kicap cair 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Minyak bijan 1 sudu besar
  • Gula ½ sudu

Cara nak buat Ikan Bawal Steam Chinese Style

  1. Bawang putih digoreng hingga keemasan tutup api letak bahagian batang daun bawang yang dimayang kemudian curah diatas ikan.
  2. Kukus Ikan bersama halia dalam 5 minit + letak bahan sos dan bahan goreng.

Sumber: Raja Azreen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Bawal Masam Manis Pedas

Bahan-bahan

  • Ikan bawal garam kunyitkan & goreng

Bahan A (kisar)

  • 1 biji bwg besar
  • 4 ulas bwg putih
  • 1/2 inci halia

Bahan B

  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • Daun sup & daun bwg
  • Bwg besar potong bulat
  • Sedikit garam & gula

Cara nak buat Bawal Masam Manis Pedas

  1. Tumis bahan A guna minyak goreng ikan, dah wangi dan garing masuk cili kisar, masak dulu sampai pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili & tomato, biar mendidih masukkan air ikut kepekatan kuah yang kita nak.
  3. Masuk bawang besar & perasakan. Masukkan ikan tabur daun sup dan daun bawang. Siap.

Sumber: Ida Zairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Bawal Emas Steam Kicap

Bahan-bahan

Bahan dihiris

  • Bawang besar 1bj
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia secukupnya
  • Cili api

Bahan kuah

  • Bawang putih dan bawang merah
  • 3 sudu kicap manis
  • Sekeping asam keping
  • Cili api

Cara nak buat Bawal Emas Steam Kicap

  1. Cuci ikan bersih.
  2. Tabur garam dan lada sulah, kemudian tabur semua bahan yang dihiris diatas ikan. Masuk juga bahan hiris dalam perut ikan.
  3. Kukus dengan api besar selama 15 minit.

Bahan kuah

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah smpai garing dan wangi.
  2. Masuk 3 sudu kicap manis/atau lebih.
  3. Sekeping asam keping dan cili api.
  4. Tambah secawan air, perasakan masin masam dan manisnya. Biarkan merenih 5 minit. Bila dah siap, tuang kuah ke atas ikan.

Sumber: Murni Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ikan Bawal Sambal

Bahan-bahan

  • 6 potongan ikan bawal (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • ½ biji tomato(dibelah 4)
  • 2 helai Daun limau purut
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1 sudu kecil rata garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 2 sudu besar perahan asam jawa

Bahan kisar

  • Cili kisar
  • 10 batang cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil belacan kiub

Cara nak buat Ikan Bawal Sambal

  1. Basuh ikan sehingga bersih, lumurkan garam dan kunyit. Panaskan api dan goreng ikan sehingga masak.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan perahan asam jawa dan daun limau purut masak sehingga sambal agak kering dan kemerahan.
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa gaulkan rata dan masak sehingga warna merah gelap.
  5. Kemudian, masukkan bawang merah dan tomato. Dan akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng serta gaul rata.
  6. Siap dihidang.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom lihat juga resepi ikan pelaling (Sedap & Mudah Nak Masak)

Selamat mencuba!

Leave a Comment