4 Resepi Kerang Rebus (Sedap Buat Ala Thai)

Buat penggemar makanan seafood, kerang pasti menjadi salah satu makanan kegemaran anda kan? Kerang rebus memang sedap dicicah pula bersama sos thai atau apa sahaja cukup bangkitkan selera. Nak cuba buat sendiri resepi kerang rebus ini?

Jom kita try!

1. Resepi Kerabu Kerang

Bahan-bahan

  • Kerang 1kg (rebus)
  • Bawang putih 6 biji
  • Cili padi
  • Tumbuk kasar
  • Gula kelapa Thai( Thai palm sugar) atau pakai je brown sugar
  • Limau nipis 2 biji
  • Sos nampla
  • Pes asam jawa
  • Daun ketumbar

Cara nak buat Kerabu Kerang

  1. Gaul semua dalam mangkuk hingga sekata.
  2. Masukkan dalam kerang.

Sumber: Azie Mat Junus dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kerabu Kerang Thai

Bahan-Bahan

  • 1 kg kerang
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula kabung
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 4 biji limau nipis
  • 3 tomato dipotong
  • 1 btg carrot (di potong halus memanjang)
  • 2 ulas bawang merah hiris nipis
  • 5 biji cili api – ditumbuk
  • 1 sudu teh serbuk perasa

Cara nak buat Kerabu Kerang Thai

  1. Basuh kerang dan rebus kerang dan 1 sudu kecil garam.
  2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
  3. Satukan air asam jawa, ,cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung dalam bekas yang sesuai.
  4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
  5. Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan carrot daun ketumbar serta gaul hingga sebati.
  6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Fia Sofia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Rendang Kerang

Bahan-bahan

  • Isi kerang(rebu )
  • Bawang merah 2 biji*
  • Bawang putih 3 biji*
  • Serai 4 batang*
  • Kunyit *
  • Lengkuas*
  • Halia*
  • Cili kering*

Kisar bahan bertanda *

  • Daun kunyit(hiris)
  • Daun limau purut (hiris)
  • Kerisik 2 sudu
  • Gula melaka
  • Perasa
  • Garam
  • Air asam jawa (sikit)
  • Santan kara

Cara nak buat Rendang Kerang

  1. Panaskan minyak masukkan bahan kisar,dah garing masukkan gula melaka, kerisik, perasa, garam,air asam jawa.
  2. Dah pecah minyak masuk santan kara dah betul masak sambal rendang tu, msukkan kerang, daun limau purut dan daun kunyit dah siap.

Sumber: Nooraini Ramly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kerang Rebus Air Asam Pedas Masam Manis

Bahan-bahan

Bahan rebus kerang

  • 500g kerang
  • 1 btg Serai (dititik)
  • 1 sk Garam

Bahan Air Asam

  • 2 sb Tamarind Puree
  • 2 sb Gula Thai
  • 1/4 cwn Beras Goreng (kisar halus)
  • 1 biji Tomato
  • 3 biji Limau Kasturi
  • 6 biji Cili Padi Merah Thai
  • 3 ulas Bawang Kecil Merah
  • 2 sb Sos Ikan Thai
  • 200ml Air Suam

Bahan Ulaman

  • Pucuk Petai Belalang
  • Bawang Putih Rangup

Cara nak buat Kerang Rebus Air Asam Pedas Masam Manis

  1. Rebus kerang bersama bahan rebus lain selama 3 minit. Angkat, tos dan rendam selama 3 minit dalam air sejuk ais. Kemudian toskan dan kopek kulit atas sahaja.
  2. Campurkan semua bahan air asam dan kacau sebati sehingga gula mencair.
  3. Hidangkan bersama kerang dan ulam-ulaman.

*Tips : Kerang mudah kopek, apabila kerang dah masak, angkat terus masuk ke dalam mangkuk berisi air sejuk dan ais. Kemudian toskan dan mudah kopek

Sumber: Fienaz Shafie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Memang kecur air liur kan bila baca resepi di atas ini. Rugi tak cuba!

Jom semak juga resepi sambal kerang (Manis Pedas Secukup Rasa)

Selamat mencuba!


Leave a Comment