Kuih lama memang tak pernah jemu kan? Pelbagai jenis kuih yang ada salah satunya adalah kuih lepat liat. Agak jarang dah kita nak nampak kuih ini di luar. Tapi tidak mengapa sebab kali ini kami nak kongsikan resepi kuih lepat liat untuk anda yang sedang craving.
Jom kita try!
1. Resepi Kuih Lepat Liat
Bahan-Bahan
- 1 cawan air
- 3 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan gula merah
- 1 1/2 santan pekat
- Daun pisang yang dipotong – ukuran 6 inci
Cara nak buat Kuih Lepat Liat
- Masak gula merah dan gula putih dengan 1 cawan hingga mendidih.
- Sejukkan & ketepikan dulu.
- Masakkan pula santan dalam periuk hingga mendidih.
- Campurkan santan dengan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung & uli sehingga sebati.
- Ambil daun pisang dan balutkan dengan daun pisang sehingga habis adunan.
- Kukus sehingga masak…30-45minit
Sumber: Princess Scha Zura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Lepat Liat Mudah
Bahan-Bahan
- 2 cawan air
- 3 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan gula merah
- 1 1/2 santan pekat
- Daun pisang yang dipotong – ukuran 6 inci
Cara nak buat Kuih Lepat Liat Mudah
- Masak gula merah dan gula putih dengan 2 cawan hingga mendidih.
- Sejukkan & ketepikan dulu.
- Masakkan pula santan dalam periuk hingga mendidih.
- Campurkan santan dengan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung & uli sehingga sebati.
- Ambil daun pisang dan balutkan dengan daun pisang sehingga habis adunan.
- Kukus sehingga masak
Sumber: Mohd Zahran dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kuih Lepat Liat Sedap
Bahan-bahan
- 3 cwn tepung pulut
- 1sudu tepung gandum
- 1/2 cwn santan pekat
- 3 sudu mkn gula putit
- 1 sudu kecil garam
Bahan dimasak
- 1 cwn gula merah + 1/2 cwn air + daun pandan
Cara nak buat Kuih Lepat Liat Sedap
- Kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam halus.
- Daun pisang-layur terlebih dahulu.
- Minyak masak untuk sapuan pada daun.
- Masak air gula merah dan ketepikan. Sejukkan.
- Masuk santan,garam,gula putih bersama tepung pulut di dalam bekas dan gaul sebati.
- Masuk air gula merah tadi sambil ditapis dan kacau hingga tidak berketul.
- Ambil daun pisang dan sapukan minyak letak 2 sudu makan adunan serta ratakan. Sapu minyak pada jari dan tekan adunan lebih kurang 1 sudu besar penuh.
- Letak inti kelapa di tengah adunan dan balut kemas .Akhir sekali kukus selama 20 minit.
Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Lepat Liat Berkepala Santan
Bahan-bahan
Bahan A
Bahan B (dimasak)
- 1cawan gula merah
- 1/2 cawan air
Bahan C
- Sedikit minyak masak untuk sapu daun pisang
Kepala santan
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan air
- 2 cawan santan
- 1 sudu kecil garam
Cara nak buat Lepat Liat Berkepala Santan
- Masak bahan b, kemudian tapis masuk dalam bahan A, kacau ketepikan.
Kepala santan
- Satukan semua bahan dan masak sampai likat, sentiasa kacau untuk elak berketul dah nampak meletup letup tutup api.
- Sapu daun pisang dgn minyak kemudian masukkan 2sudu adunan lepat +1 sudu adunan kepala santan, siap semua kukus selamat 40 minit@ hingga masak, siap.
Sumber: Zaza Ria Cellection dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata.
Sesuai juga dijadikan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Jangan lupa cuba ya!
Jom lihat juga resep biskut tambun (Kuih Tau Sar Peah)
Selamat mencuba!