4 Resepi Ikan Masak Taucu (Rasa Masin dan Pedas)

Tak semua gemar dengan makanan yang berasaskan taucu, tapi kalau anda tak cuba anda tak tahu keenakan masak taucu ini. Jika kali pertama nak buat hidangan ini, jom baca resepi ikan masak taucu ini.

Jom kita try!

1. Resepi Ikan Masak Taucu

Bahan bahan

  • Bawang Putih(di hiris)
  • Bawang Besar.(di hiris)
  • Halia(di hiris)
  • Cili Api (di hiris)
  • Cili Besar(di hiris)
  • Air Asam Jawa
  • Gula
  • Garam
  • Taucu saya guna jenama OPAH
  • Minyak Masak

Cara nak buat Ikan Masak Taucu

  • Bersihkan ikan.
  • Goreng ikan ketepikan.
  • Tumis semua bahan yang di hiris.
  • Naik bau, masukkan taucu yang di tumbuk tadi, kacau sebentar.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Biar kuah mendidih, baru masuk garam dan gula.
  • Bila kuah dah mendidih masukkan ikan goreng tadi dan kacau supaya bahan menjadi mesra.
  • Siap.

Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ikan Masak Taucu Mudah

Bahan-bahan

  • Ikan perap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng bagi garing, ketepikan
  • Bwg merah, putih dan halia kisar
  • Air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Sos Ikan
  • Garam,gula dan ajinomoyo
  • Kicap lemak manis sedikit
  • Taucu (basuh dahulu jika tak nak terlalu masin)
  • Bwg holand, cili merah dan hijau, serta daun bwg

Cara nak buat Ikan Masak Taucu Mudah

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan taucu.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa, air agak saja kalau suka berkuah lebihkan air, kalau suka pekat, kurangkan air.
  3. Kemudian masukkan sos ikan sedikit sahaja, garam, gula dan ajinomto kicap jika suka.
  4. Biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan bahan hiasan, kacau sebati, akhir sekali masukkan ikan, siap.

Sumber: Nana Sabrina Sarsan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ikan Selar Masak Taucu

Bahan-bahan

  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Cili merah*
  • Cili hijau*
  • Tomato
  • Taucu

(Hiris semua bahan yang bertanda)

Cara nak buat Ikan Selar Masak Taucu

  1. Goreng ikan, minyak yang goreng ikan guna untuk tumis bahan yang dihiris tadi, dah naik bau masukkan taucu dan sedikit air.
  2. Masukkan sedikit air asam jawa biar mendidih masukkan garam dan gula pastu rasa last sekali masukkan tomato, siap!

Sumber: Nor Haya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ikan Termenung Masak Taucu

Bahan-bahan

  • Taucu 1 sudu besar
  • Bwg kecik 4 ulas
  • Bwg putih 2 ulas
  • Halia satu inci
  • ayer asam satu cwn
  • Pati ayam knoss seketoii
  • Bwg besar 1 biji cilipadi 6 biji dan cili merah
  • Sebiji bwg besar
  • Daun bwg untuk hiasan
  • Sedikit Garam dengan gula

Cara nak buat Ikan Termenung Masak Taucu

  1. Tumbuk halia, bawang kecik dengan bawang putih dengan (taucu basuh dulu sblm tumbuk takut masin).
  2. Tumis bagi kekuningan dan masukkan air asam jawa garam ,gula dengan pati ayam agak nak kering masukkan ikan bawang besar cili padi dengan cili merah/ cili kering last kali masukkan daun bawang.

Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Jadi dah idea kan nak masak apa untuk hidangan nanti? Jangan lupa cuba ya!

Jom semak juga resepi ikan talapia (Masak Apa Sedap?)

Selamat mencuba!

Leave a Comment