4 Resepi Kuih Akok (Kuih Tradisi Terengganu & Kelantan)

Kuih akok sangat terkenal di Terengganu dan di Kelantan. Rasa manis menjadikan kuih akok ini pilihan ramai orang. Jom baca resepi kuih akok ini jika anda teringin nak buat.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Akok

Bahan-bahan

  • 1 cawan telur @ 5biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air gula melaka yang telah di masak
  • 1/2 cawan tepung gandun
  • Secubit garam

Cara nak buat Kuih Akok

  1. Bancuh bahan sampai sebati nak guna blander pun boleh siap bancuh tapis dulu.
  2. Panaskan oven dengan suhu 200°c selama 15 minit.
  3. Dan sapu sedikit minyak pada acaun muffin dan masukan kedalam oven panaskan sekejap.
  4. Dah siap panaskan boleh tuang bancuhan tadi ke dalam acuan muffin yang telah dipanaskan.
  5. Bakar dengan suhu 180°c guna api atas bawah.
  6. Bakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak.

Sumber: Orkid Melati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Akok Kedut

Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 200ml santan pekat
  • 100ml air
  • 150 gram gula nisan @ gula melaka
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan – disiat
  • 2 cubit garam

Cara nak buat Akok Kedut

  1. Masak air bersama gula nisan dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur & tepung. Blender hingga sebati. Tapiskan.
  3. Panaskan oven pada suhu 200°c- 220°c. Panaskan acuan baulu / muffin ke dalamnya. Sapukan sedikit minyak dalam tiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 15-20min ( bergantung pd oven masing-masing). Kuih ni akan mengembang dan bila keluar oven akan mengecut.

Sumber: Nasi Kerabu Ori Klate dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Akok Mudah

Bahan-bahan

  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air gula merah
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 6 biji telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 5,6 helai daun pandan

Cara nak buat Akok Mudah

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali tepung blender sekejap.
  2. Dan masukan tepung tadi blender lagi sekejap bila dah sebati boleh tuang dalam mangkuk atau jug tapis aduan.
  3. Dah siap boleh boleh bakar 200c 25minit atau sampai masak biarkan sekejap bila dah kedut dah boleh keluarkan dari acuan.

Sumber: Ju Zaid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Akok (Versi Pemanggang Ajaib)

Bahan-bahan

  • 1/2cwn t. gndum
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 cwn gula Melaka(dihancurkan)
  • 5bj telur ayam
  • 1 cwn air
  • 3 helai daun pndan
  • Secubit garam

Cara nak buat Akok (Versi Pemanggang Ajaib)

  1. Blend daun pandan bersama 1 cawan air dan tapiskan.
  2. Kemudian blend semua bahan termsuk air pandan dan gula Melaka. Sapu minyak pada acuan dan masak guna api perlahan selama 3-5 minit.
  3. Terbalikan dan biarkan adunan tadi masak dalam 2-3minit.

Sumber: Kamariah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi yang telah kami kongsikan ini ya.

Jom semak juga resepi pulut sekaya (Kuih Dari Kelantan)

Selamat mencuba!

Leave a Comment