Salah satu kuih tradisi lama yang masih ada sehingga sekarang adalah tepung bungkus. Dah jarang kita nak lihat orang menjual kuih ini. Tapi jika anda teringin nak makan, anda cuba sahaja resepi tepung bungkus yang kami nak kongsikan ini.
Jom kita try!
1.Resepi Tepung Bungkus
Bahan-bahan
Bahan inti
- 1biji kelapa kulit hijau diparut
- Gula melaka/gula merah
- 1cawan gula putih
- Sedikit tepung gandum untuk memekatkan inti
Bahan badan (putih)
- Santan segar 1/2 kilo
- Air 2liter
- Tepong beras 1/2kilo
- Garam secukup Rasa
- Gula secukup rasa
- Daun pisang layor
Cara nak buat Tepung Bungkus
Inti
- Masak dan sejukkan.
- Buat bulat.
- Tepung pulut putih 2 cawan dibancuh dengan air hingga menjadi doh.
- Masuk inti bulatkan.
Badan (putih)
- Bancuh santan +tepung beras+ sedikit garam +sedikit gula.
- Kacau atas api yang sederhana perlahan sehingga masak dan berkilat.
- Masukkan bahan yang dibulatkan tadi.
- Kukus 20 minit.
Sumber: Norshabira Shaaban dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Tepung Bungkus (Balut Daun Pinang)
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Secubit garam.
Bahan Inti
- Sebiji kelapa parut
- 2 keping nise/gula Melaka
- 3 sudu gula putih
- 1 cawan air
- Sehelai daun pandan
- 1 sudu gandum
- 4 sudu tepung pulut,
Cara nak buat Tepung Bungkus (Balut Daun Pinang)
Tepung Bungkus
- Bancuh tepung beras , santan dan garam tadi hingga sebati.
- Tapiskan masuk dalam periuk masak dengan api sederhana kacau hingga pekat.
Inti
- Masak nise bersama air, gula putih, kelapa parut dan daun pandan kacau agak kering masukkan 1 sudu gandum kacau hingga betul kering.
- Sejukkan kemudian bulatkan inti golek atas tepung pulut ketepikan.
- Caranya ambil 2 sudu besar bancuhan tepung tadi letak atas daun pinang yang dah bersih,(boleh guna daun pisang) letak inti 2 biji,, kemudian bungkus cantik- cantik.
- Kukus 15- 20 minit.
Sumber: Zalwati Abd Halim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Tepung Bungkus Mudah
Bahan-bahan
- 1 biji kelapa diparut (muda sikit)
- 1 cawan gula merah
- 1 cwan gula pasir
- 1 camca besar tepung gandum masak sehingga kering
Bahan untuk badan
- Sebiji kelapa simpan air
- Perah santan jadikan dua mangkuk perah dengan air kelapa
- Dua cawan tepung beras
Cara nak buat Tepung Bungkus Mudah
- Tepung gandum masak sehingga kering.
- Garam dan gula masukkan bagi rasa lemak.
- Kacau hingga cukup masak,
Sumber: Shida Senawi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Tepung Bungkus Sedap
Bahan-bahan
Bahan badan
- 1/2 kg santan
- 3 senduk tepung beras
- Garam secukup rasa
Bahan Inti
- Kelapa parut
- Gula merah/gula melaka
- Sedikit tepung gandum
- Sedikit tepung pulut (untuk salut inti)
Cara nak buat Tepung Bungkus Sedap
Badan
- Bancuh santan dengan tepunbg beras & sedikit garam, kacau atas api sederhana hingga pekat.
Inti
- Masak gula merah bagi larut, masukkan kelapa parut, kacau sampai pekat, masukkan tepung gandum sikit agak inti tu boleh buat ketul bulat/panjang.
- Lepas dah siap gentel inti bancuh tepung pulut dengan air agak tepung tu boleh melekat dekat inti tadi.
- Sapukan sedikit minyak inti tadi supaya tak melekat bila simpan dalam bekas nanti.
Daun pisang layur sikit ye.
Sumber: Nuriz Izzati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Walaupun jarang nak jumpa, anda boleh cuba resepi tepung bungkus ini sendiri di rumah lagi puas hati.
Jom semak juga resepi kuih dangai bakar (Garing, Rangup dan Mudah)
Selamat mencuba!