4 Resepi Kuih Lompang (Tekstur Kenyal dan Lemak Manis)

Kalau anda peminat kuih melayu lama pasti anda kenal kuih lompang. Tesktur kenyal dan rasa lemak masin ini cukup sedap. Seakan kuih kaswi atau kuih nona ini mempunyai peminat tersendiri. Kalau mencari resepi kuih lompang ini untuk anda jadikan sebagai rujukan.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Lompang Gula Merah

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn gula merah
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 4 cwn air
  • 1/2 sudu kecil air kapur

Cara nak buat Kuih Lompang Gula Merah

  1. Dah bancuh rasa manisnya kurang tambah gula putih sikit.
  2. Gula merah cairkan dulu gula merah dan boleh tuangkan dalam adunan yang dah dibancuh.
  3. Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dengan sedikit garam.

Sumber: Norashikin Abd Malek dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kuih Lompang

Bahan-bahan

  • 11/2 caw tpg beras
  • 1 sudu besar tpg ubi
  • 1 sudu kecil kapur
  • 1/2 caw gula merah
  • 1/2 caw gula pasir
  • 2 caw air
  • 3 helai daun pandan.
  • Secubit garam

Cara nak buat Kuih Lompang

  1. Satukan gula merah & gula pasir masak bersama daun pandan , tapis & sejukan.
  2. Satukan tepung beras, tepung ubi & kapur & secawan air dan kacau.
  3. Masukkan air gula tadi & kacau sebati.
  4. Panaskan kukus & acuan.
  5. Masukkan adunan dalam acuan kecil.
  6. Kukus 10 minit.

Sumber: Ana Shafia Aishah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kuih Lompang Pandan

Bahan-bahan

  • 250g tepung beras
  • 200g gula pasir
  • 10 helai daun pandan
  • Sedikit Air kapur
  • Kelapa parut
  • 3 cawan air

Cara nak buat Kuih Lompang Pandan

  1. Sediakan kukusan. Bancuh tepung bersama 2 cawan air daun pandan.
  2. Masak 1 cwn air bersama gula hingga mendidih, curahkan ke dalam bancuhan tadi, masukkan sedikit air kapur. Tapis bancuhan ini. Kukus selama 15 minit.
  3. Air gula panas, tuang dalam bancuhan
  4. Pastikan acuan lompang disapu minyak. Elak melekat.

Sumber: Puspa Jiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kuih Lompang Confirm Jadi

Bahan-bahan

  • 1cwn air
  • 1cwan gula
  • 3cwn air
  • 10helai daun pandan – blender,tapis*
  • 2½cwn tepung beras*
  • 1sudu mkn tpung ubi*
  • Kapur makan hujung sudu
  • Pewarna jika suka

Cara nak buat Kuih Lompang Confirm Jadi

  1. Satukan semua bahan(*) dan tapiskan.
  2. Panaskan kukusan sehingga betul panas.
  3. Tips, acuan oles minyak kemudian panaskan dalam kukusan sebentar. Tuang adunan sepenuh acuan kukus api besar 25mnit penutup kukus balut kain bersih 5mnit terakhir,buka tutup kukusan supaya kuih cantik permukaan atasnya.
  4. Kelapa parut, ambil putihnya bubuh garam sedikit dan kukus 5mnit.
  5. Hidangkan kuih bersama kelapa.

Sumber: MariaKhalisya Khalis dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Kuih lompang sesuai dijadikan sebagai sarapan atau minum petang juga.

Jom baca resepi bahulu (Kuih Tradisional)

Selamat mencuba!

Leave a Comment