4 Resepi Sayur Petola

Sayur petola atau dikenali sebagai angled luffa dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis sayuran tropika yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae. Tumbuhan ini menghasilkan buah yang panjang dan bergerigi dengan kulit hijau yang keras. Di Malaysia, petola merupakan sayuran popular yang sering dijumpai di pasar-pasar tempatan dan kedai runcit.

Petola kaya dengan vitamin C, serat, dan mineral penting seperti magnesium dan potasium. Sayuran ini mempunyai rasa yang sedikit manis dan neutral, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan Malaysia. Biasanya petola dimasak dengan cara ditumis, dikari, atau direbus dalam sup.

1. Resepi Sayur Pedas Petola

Bahan-bahan

  • Petola
  • Ikan Rebus ( ambil isi dia)
  • bawang merah
  • lada hitam
  • garam
  • ajinomoto ( kalau suka.. saya xletak pun)

Cara nak buat Sayur Pedas Petola

  1. Tumbuk semua bahan² kecuali petola.
  2. Dalam periuk isikan petola dan air serta bahan tumbuk. Biarkan sampai mendidih pastu bleh perasakan dgn garam.

Sumber: Memey Sedak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sup Petola Sempoi

Bahan-bahan

  • 2 biji sayur petola
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 1 tangkai daun kunyit
  • 2 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu kecil serbuk klau suka
  • 2 sudu kecil gula jika suka
  • Sedikit soun.. Dan sedikit bawang goreng utk tabur sewaktu menghidang.
  • 3 sudu besar minyak.

Cara nak buat Sup Petola Sempoi

  1. 1). Bersihkan petola, buang kulit dan potong agak2 dgn sedikit menyerung.
  2. 2). Panaskan minyak dan masukan bahan2 hirisan dlm berbau wangi masukan air dlm tumisan td akhir masuk sayur petola dan soun. Masuk garam, yg jika suka😊.
  3. 3). Pecahkan telur dan bila agak telur dah masak bolih lah diangkat

Sumber: TP Rohana Johar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Sayur Petola Tumis Air

Bahan-bahan

  • 2 biji petola size sederhana
  • 1/2 batang carrot
  • 1 peket kecil fish ball
  • 50g sotong segar
  • 10g sohoon (rendam air)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 labu bawang besar holland (hiris)
  • 3 hiris halia (dicincang)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1sdm Mamee Chef Sedap Giler
  • 1sdt Mamee Chef Chicken Stok
  • 1sdt serbuk lada putih
  • 500 ml air
  • 3sdm minyak masak

Cara nak buat Sayur Petola Tumis Air

  1. 1- Sayur petola dikupas kulit yang tajam kemudian dipotong serong dan dicuci bersih, hiris lobak merah dan toskan sohoon ketepikan seketika, sotong dicuci bersih dan dihiris bulat.
  2. 2- Panaskan minyak masak tumiskan bawang putih,bawang besar dan halia…biar hingga naik bau dan masukkan sotong dan fish ball dan tambahkan air…biar mendidih seketika.
  3. 3- Masukkan Mamee Chef Sedap Giler dan Mamee Chef Chicken Stock serta tambahkan serbuk lada putih ,masukkan carrot dan sayur petola serta sohoon dan tambahkan cili merah biar semuanya sekata dan sayur petola sedikit lembut.Ok Siap.❤️

Sumber: Aza Aaj dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Solok Petola

Bahan-bahan

  • 4 batang petola
  • 10 ekor ikan sardin
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • Lada hitam
  • Gula
  • Garam
  • Pak aji😝
  • Santan

Cara nak buat Solok Petola

  1. siat isi ikan mentah
  2. Tumbuk isi ikan
  3. Tubuk bwg merah putih halia
  4. Masukkan garam gula aji lada hitam
  5. Gaul sampai sebati
  6. Sumbat dlm petola
  7. Rebus bersama santan .. jangan tenggelam petola tu..

Sumber: Rosnizan Tokey IlhamQaseh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

1. Sayur Timun

Timun merupakan sayuran segar yang sering dimakan mentah sebagai ulam atau dijadikan bahan dalam rojak dan kerabu. Sayuran ini mengandungi kandungan air yang tinggi dan memberikan rasa sejuk serta menyegarkan.

2. Sayur Labu

Labu atau pumpkin dalam bahasa Inggeris adalah sayuran yang kaya dengan beta-karotin dan serat. Di Malaysia, labu sering dimasak sebagai sayur lemak, dikari, atau dijadikan bubur manis sebagai pencuci mulut.

3. Sayur Terung

Terung merupakan sayuran ungu yang popular dalam masakan Asia Tenggara. Ia sering dimasak sebagai sambal terung, kari terung, atau ditumis dengan bahan-bahan lain untuk menghasilkan hidangan yang sedap.

4. Peria (Bitter Gourd)

Peria atau bitter gourd mempunyai rasa pahit yang khas tetapi sangat berkhasiat untuk kesihatan. Sayuran ini dipercayai dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan sering dimasak dengan telur atau daging.

5. Sayur Kacang Panjang

Kacang panjang merupakan sayuran hijau yang panjang dan nipis, sering dijumpai dalam masakan tempatan Malaysia. Ia biasanya dipotong dan dimasak sebagai sayur campur, tumis belacan, atau dijadikan bahan dalam laksa dan mee rebus.

Leave a Comment