Sambal paru ialah hidangan tradisional Melayu yang menggunakan paru lembu (paru-paru) sebagai bahan utama, dimasak bersama sambal pedas yang kaya dengan rasa. Hidangan ini terkenal dengan tekstur paru yang rangup di luar namun lembut di dalam, menjadikannya pilihan popular untuk dinikmati bersama nasi lemak, nasi putih, atau sebagai lauk tambahan dalam pelbagai hidangan.
Buat penggemar paru, resepi yang kami nak kongsikan khas untuk anda. Selalu buat sambal paru sahaja kan. Jom baca lagi pelbagai resepi sambal paru yang anda boleh buat dan ikut citrasa anda.
1. Resepi Sambal Balado Paru
Bahan-bahan
- 1 kg paru
- 1 suduteh jintan manis
- 1 suduteh jintan putih
- 1 suduteh ketumbar
- 1 suduteh garam
- 2 keping asam gelugor
- 3 biji buah kurma (supaya X liat)
Satukan dan tambah air separas paru dan rebus hingga lembut
Bahan Sambal dikisar :
- Cili Kering
- Bawang Putih
- Bawang Merah
- Belacan
Cara nak buat Sambal Balado Paru
- Paru rebus sampai lembut, potong nipis2.
- Gaul dgn kunyit (X perlu garam) dan perap sekejap sebelum menggoreng.
- Jangan terlalu garing , takut keras.
- Tumis semua bahan blend hingga naik minyak
- Masukkan gula, & bahan perasa sikit. Gula lebihkan sikit baru sambal berkilat & cantik warnanya
- Lepas masuk gula perlahankan api, tunggu sampai sambal berkilat, baru masukkan paru dan gaul2.
Sumber: Sabariah Bahasar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sambal Paru Sedap
Bahan-bahan
- Paru (direbus dgn garam sedikit)
Bahan Perapan utk Goreng :
- Jintan Manis (Blend)
- Biji Ketumbar (Blend)
- Kicap Manis
- Serbuk Kunyit
- Gula
- Garam
Bahan Sambal :
(Blend semua dibawah)
- Cili Kering
- Bawang Putih
- Bawang Merah
- Belacan
Cara nak buat Sambal Paru Sedap
- Paru rebus sampai lembut, potong nipis2. Selepas rebus perap sekejap bersama bahan perapan utk goreng. Ade yang suka garing, ada yang suka lembut2. Tapi jangan garing sgt ya, takut keras.
- Tumis semua bahan blend utk sambal. Selepas naik minyak, masuk garam, gula, & bahan perasa sikit. Gula lebihkan sikit baru sambal berkilat & cantik warnanya
. Lepas masuk gula perlahankan api sikit ya. Tunggu sampai sambal berkilat, baru masukkan paru dan gau
Sumber: Farhana Al – Idrus dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sambal Paru Crispy
Bahan-bahan
- PARU ( REBUS SAMPAI EMPUK POTONG NIPIS)
– gaul dgn kunyit goreng sampai crispy (ketepikan)
Bhn blender :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering (rebus siap2 yer)
- Belacan
- Gula nise / gula putih
- Garam
- Pes asam jawa (sedikit shj)
- Bawang holand
- Cili merah(hiris kasar)
- Cili benggala hijau ( potong memanjang)
Cara nak buat Sambal Paru Crispy
- – Tumis bhn blender sehingga garing yer
- – masuk pes asam jawa + gula + garam
- – masuk bawang holand + cili merah + cili benggala lps gaul sebati tutup api.. Biarkan sejuk
- – tak pyh buh air ye sb kita nk sambal kering
- – dah sejuk sambal masukkan paru gaul rata
Sumber: Siti Nornaim Keng dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sambal Paru dan Goreng Kunyit Hati campur Jantung
Bahan-bahan.
- Paru, hati dan jantung
- Serbuk kunyit
- Halia
- Bawang putih
- Bawang merah besar
- 6/7 sb lada kisar
- 1kpg Nisan
- 2sb Sos Tiram
- 2sb Sos Cili
- Garam/gula
Cara nak buat Sambal Paru dan Goreng Kunyit Hati campur Jantung
- 1. Rebus dulu semua ketiga-tiga organ.
- 2. Kemudian dihiris-hiris. Jantung dan hati digaul serbuk kunyit dan garam secukupnya.
- 3. Paru digoreng garing.
- 4. Blend sebesar ibu jari halia, 3-4 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah besar.
- 5. Tumis bahan blend naik bau.
- 6. Letakkan 6/7 sb lada kisar/ cili boh.
- 7. Biarkan pecah minyak. Letak sedikit air. Letak 1 keping Nisa kerek.
- 8. Letak 2sb Sos Tiram, 2sb Sos Cili. Garam dan gula secukupnya. Biarkan sambal jadi likat sedikit gelap warnanya.
- 9. Letakkan hirisan bawang bawang dan daun kunyit pembangkit rasa dan bau.
- 10. Akhir sekali gaul rata sambal dengan paru tadi yang dah siap digoreng. Well done
- 11. Untuk Hati dan Jantung Goreng Kunyit.
- 12. Goreng dengan minyak secukupnya sampai sedikit garing lembap. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan lada besar.
- 13. Kemudian gaul rata hirisan sayur Kacang Hijau dan direnjis sedikit kicap lemak manis. Well done
Sumber: Mizah Ngatiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)