4 Resepi Terung Pipit (Sedap Masak Tumis)

Selain dari terung biasa, pasti anda biasa dengar dengan terung pipit. Dengan saiz yang kecil dan tekstur rangup memang sedap. Sebenarnya banyak cara masakan yang boleh dibuat dengan terung pipit ini. Kalau anda tak tahu, jom baca resepi terung pipit.

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Pipit

Bahan-bahan

  • Terung pipit
  • Ikan bilis
  • Tempoyak sesudu
  • Cili padi
  • Bawang merah & putih

Cara nak buat Sambal Pipit

  1. Goreng ikan bilis dah garing masukkn terung pipit goreng sekejap dan angkat.
  2. Tumbuk cili padi bawang merah & putih.
  3. Tumis sampai pecah minyak masukkan tempoyak sesudu bubuh air panas setengah cawan bagi mendidih masukkan ikan bilis dan pipit yang digoreng tadi.

Sumber: Nor Aini Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Tumis Terung Pipit

Bahan-bahan

  • Bwg kecik
  • Cili api
  • Terung pipit
  • Budu
  • Tahi minyak
  • Sedikit garam
  • Asam keping
  • Serbuk perasa (kalau suka)

Cara nak buat Tumis Terung Pipit

  1. Tumis bawang+ cili api tumbuk dah mesra cili dah masak boleh lah masukkan terung pipit, kacau sekejap.
  2. Selepas itu masukkan tahi minyak dan budu, letak air (kalau suka berkuah letak air lebih sikit) biar menggelegak, perasakan dan sedikit garam & serbuk perasa, masukkan asam keping.

Sumber: Wan Hasanah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Terung Pipit Berlado

Bahan-bahan

  • Terung pipit segenggam
  • Ikan bilis secekak
  • Cili padi 5-6 biji
  • Bwg besar 1biji
  • Bwg putih 2 ulas
  • Garam 1/2 – 1 sudu kecil
  • 1 sudu besar sos tiram

Cara nak buat Terung Pipit Berlado

  1. Tumbuk kasar semua bahan kecuali terung pipit.
  2. Tumis garing.
  3. Masukkan sos tiram.
  4. Masukkan terung pipit.
  5. Gaul sebati.
  6. Masukkan air sedikit untuk empukkan terung.
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Boleh pecahkan terung bila lembut.
  9. Da empuk boleh angkat.

Sumber: Fadzee Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Sambal Budu Pucuk Ubi dengan Terung Pipit

Bahan-bahan

  • Pucuk ubi rebus-hiris
  • Terung pipi belah 2
  • Cili padi ikut kepedasan-tumbuk
  • Bawang putih 2 ulas-tumbuk
  • Bawang merah besar sebiji-tumbuk
  • Ikan bilis sikit
  • Serai 3 batang-hiris
  • Budu 5@6 sudu kalau suka masin lebihkan
  • Minyak untuk menumis

Cara nak buat Sambal Budu Pucuk Ubi dengan Terung Pipit

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai naik bau, masukkan serai kemudian masukkan terung pipit.
  2. Masukkan pucuk ubi, kacau-kacau dan last sekali masukkan budu Masukkan air sikit biarkan sebentar bagi kering sedikit. Dah siap.

Sumber: EnGku Wan Julia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga anda mendapat sedikit idea dengan resepi yang kami kongsikan ini ya.

Jom semak juga resepi terung berlada (Pedas Terangkat)

Selamat mencuba!

Leave a Comment