4 Resepi Cornflakes Coklat (Guna Bahan Mudah)

Bila tiba sahaja hari raya, kuih raya paling senang nak buat salah satunya adalah cornflakes. Bahan yang digunakan pun sangat mudah. Kiranya kuih ini wajib ada dihidangkan diatas meja. Sebelum ini selalu buat cornflakes madu, kali ini kami kongsikan resepi cornflakes coklat untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Cornflakes Coklat

Bahan-bahan

  • Dark chocolate
  • White chocolate
  • Cornflakes

Cara nak buat Cornflakes Coklat

  1. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boil (sy buat dua jenis coklat, dark choc & white choc. Terpulang nak buat white @ dark coklat dulu. Mana-mana pun boleh)
  2. Selepas coklat dah cair, tutup api & angkat. Selepas itu masukkan cornflakes ke dalam coklat yang panas dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan dalam baking case, dan taburkan sedikit hiasan. Dan boleh susun atas dulang.
  4. Biarkan sehingga chocolate cornflakes kering, baru boleh susun dalam balang.

Sumber: Hanizawani Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Cornflakes Coklat Tak Perlu Bakar

Bahan-bahan

  • 250g coklat masakan
  • Sekotak cornflakes
  • 2 sudu butter
  • Papercup

Cara nak buat Cornflakes Coklat Tak Perlu Bakar

  1. Cairkan coklat dan butter.
  2. Tuang coklat ke dalam cornflakes.
  3. Gaul rata.
  4. Masuk dalam papercup
  5. Tunggu coklat keras baru masuk bekas.

Sumber: Min Hani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Biskut Chocolate Crunchy Chocolate Chip

Bahan-bahan

  • 250g buttercup atau boleh guna planta
  • 1 cawan gula aicing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya
  • Chocolate chips
  • Chocolate rice (optional)
  • Almond cincang (optional)

Cara nak buat Biskut Chocolate Crunchy Chocolate Chip

  1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
  3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh.
  5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
  6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
  7. * Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Sumber: AnNur Lawi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Cornflakes Coklat 3 Bahan

Bahan-bahan

  • 500g coklat masakan
  • 500g cornflakes
  • 1 botol besar mentega kacang kasar lady’s choice

Cara nak buat Cornflakes Coklat 3 Bahan

  1. Masukkan coklat masakan & mentega kacang ke dalam kuali & kacau dgn api yang perlahan. Sentiasa kacau bagi mengelakkannya dari hangit
  2. Apabila bahan sudah sebati & ada gelembung keluar baru masukkan cornflakes & kacau rata.
  3. Sudah boleh simpan di dalam tupperware.

Nota

  • Tidak perlu simpan di dlm peti sejuk. Coklat akan kering dengan sendiri

Sumber: Norhayati Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Mudah kan nak buat resepi cornflakes coklat ini. Jangan lupa cuba ya!

Jom lihat juga resepi honey butter cornflakes (Mudah Nak Buat dan Rangup).

Selamat mencuba!

Leave a Comment