4 Resepi Makaroni Bakar

Makaroni Bakar adalah sejenis hidangan pasta yang dipanggang dengan gaya Malaysia, menggabungkan cara masakan Barat dengan citarasa tempatan Melayu. Hidangan ini menggunakan makaroni yang dicampur dengan ayam, nenas tin, bawang, keju seperti mozzarella atau cheddar, dan sos krim.

Berbeza dengan casserole gaya Barat yang menggunakan herba kering seperti oregano dan thyme, Makaroni Bakar menggunakan rempah tempatan biasa dan telur sebagai bahan pengikat utama. Hidangan ini dipanggang dalam ketuhar sehingga kekuningan dan berkerak di bahagian atas, memberikan tekstur yang menarik dengan rasa keju yang rich.

1. Resepi Makaroni Bakar Cheezy

Bahan-bahan

  • 1 packet macaroni 400gram rebus dengan garam dan sedikit minyak

Bahan white sos

  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan susu (atau lebih)
  • 1/2 kiub chicken stock
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 bay leaf

Bahan sos makaroni

  • 1 packet minced beef
  • 2 bawang besar – cincang
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • Carrots dan celery – potong kecil
  • 1 tin prego spaghetti sauce original
  • 5 sudu besar sos cili
  • Garam, gula, serbuk black pepper

Cara nak buat Makaroni Bakar Cheezy

White sos

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  2. Panaskan dengan api kecil sehingga sedikit pekat. Pastikan sentiasa kacau untuk elak sos hangit.

Sos makaroni

  1. Panaskan olive oil. Masukkan bawang besar dan bawang putih.
  2. Bila bawang dah layu, masukkan daging cincang.
  3. Tambah carrots dan celery. Gaul sebentar.
  4. Masukkan prego sauce dan sedikit air.
  5. Tambah gula, garam dan serbuk black pepper.
  6. Akhir sekali masukkan makaroni yang dah direbus.

Susunan

  1. Dalam mangkuk/baking tin, tuangkan makaroni. Gris dulu mangkuk dengan butter untuk elak makaroni melekat.
  2. Kemudian, layerkan dengan white sos.
  3. Ratakan white sos dan boleh tabur mozzarella cheese. Lagi banyak lagi sedap.
  4. Last sekali, tabur Italian mixed herbs.

Sumber: Syamsyida Shamsuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Makaroni Bakar Simple

Bahan-bahan

  • Makaroni (2 cawan)
  • Prego mushroom tomato 1 tin
  • Bawang besar selabu (potong dadu)
  • Bawang putih 3 ulas (cincang)
  • Daging cincang
  • Ubi kentang sebiji (potong dadu)
  • Rempah Kari ayam 1sb
  • Telur 6 biji
  • Mozarela Cheese

Cara nak buat Makaroni Bakar Simple

  1. Rebus makaroni sampai lembut dan tos.
  2. Tumis bawang hingga layu, masukkan ubi kentang, daging cincang dan Prego dan rempah kari ayam. Kacau sampai agak kering.
  3. Tunggu sejuk. Masukkan kuah dan makaroni dalam 1 bekas pecahkan 6 biji telur. Kacau sebati.
  4. Masuk dalam aluminum foil atau loyang tabur cheese.
  5. Bakar 15 minit suhu 175 °c.

Sumber: Anis Munirah Roalli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Makaroni Bakar Style Malaysia

Bahan-bahan

  • 200g makaroni
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang carrot / sayur campur frozen
  • 1/2 paket kecil serbuk kari dging
  • 2 sb cili boh/ cili blend
  • 4 sb sos cili
  • 1/2 sb serbuk lada hitam
  • 1/2 paket daging kisar jenama ramly
  • 12 biji telur gred C
  • Sedikit serbuk perasa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sedikit air

Cara nak buat Makaroni Bakar Style Malaysia

  1. Rebus makaroni sampai lembut dan toskan airnya.
  2. Masuk bawang besar & bawang putih.
  3. Tumis cili blend sekejap then masukkan serbuk kari & sos cili, serbuk lada hitam.
  4. Masukkan carrot & tambah sedikit air.
  5. Then, masukkan daging kisar & gaul makaroni sekali dalam kuali and perasakan dengan garam gula dan tutup api.
  6. Dan kocok telur & masukkan dalam makaroni yang dah digaul tadi.
  7. Last step,masukkan dalam loyang & bakar 40 minit dalam suhu 180 darjah or bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Nisah Tarmizi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Makaroni Bakar Carbonara

Bahan-bahan

  • 1 paket makaroni (400/500 gm)
  • 1 paket daging cincang Ramly atau boleh guna sosej
  • 1 tin carbonara
  • 1 tin susu full cream / air
  • 1 biji bawang besar/4 biji bawang kecik
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit serbuk pada hitam
  • 4 telur
  • Cheese (kali ni guna mozarrella)

Cara nak buat Makaroni Bakar Carbonara

  1. Jangan lupa rebus makaroni hingga lembut.
  2. Blender bawang + halia + bawang putih.
  3. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan daging/sosej masak hingga masak rata.
  5. Gula garam untuk perasa
  6. Masukkan carbonara + susu masak hingga mendidih.
  7. Masukkan makaroni dan gaul rata dan masukkan telur yang telah dipukul.
  8. Masukkan dalam bekas. Kalau nak selang-selikan dengan cheese.
  9. Bakar dalam oven 170 deg selama 40 mini.

Sumber: Sofiah Hassan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Hidangan Pasta Bakar Popular Lain

1. Lasagna Bakar

Lasagna adalah hidangan pasta berlapis yang menggunakan kepingan pasta datar, sos daging, keju ricotta, mozzarella dan Parmesan. Setiap lapisan disusun berganti-ganti dan dipanggang hingga keemasan dengan permukaan berbuih dan berkerak.

2. Baked Ziti

Baked Ziti merupakan hidangan pasta Italia yang menggunakan pasta ziti berbentuk tiub, dicampur dengan sos marinara, keju ricotta, dan mozzarella sebelum dipanggang. Hidangan ini popular kerana mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan berkumpulan.

3. Tuna Casserole

Tuna Casserole adalah hidangan pasta bakar yang menggunakan tuna tin sebagai protein utama, dicampur dengan pasta, sayuran seperti peas, dan sos putih atau sos keju. Hidangan ini sering ditabur dengan breadcrumbs atau keju sebelum dipanggang.

4. Pasta Bake Mediterranean

Pasta Bake Mediterranean menggabungkan pasta dengan sayuran Mediterranean seperti zucchini, tomato, capsicum dan olive, dicampur dengan keju feta dan mozzarella. Hidangan ini memberikan rasa segar dan sihat dengan sentuhan herba Mediterranean.

5. Chicken Alfredo Bake

Chicken Alfredo Bake menggunakan pasta yang dicampur dengan ayam, sos Alfredo yang creamy, dan keju Parmesan sebelum dipanggang. Hidangan ini terkenal dengan rasa yang rich dan creamy, menjadikannya popular di kalangan peminat pasta.

Leave a Comment