4 Resepi Butir Nangka (Rasa Lemak Manis)

Kuih atau pencuci mulut bubur butir nangka ini adalah salah satu kuih yang popular di Pantai Timur. Rasa lemak manis bubur bersama adunan tepung berintikan gula melaka memang membangkitkan selera kan? Jom kami kongsikan resepi butir nangka ini.

Jom kita try!

1. Resepi Butir Nangka

Bahan-bahan

  • 150gram tepung pulut
  • 60gram air (kalau keras tambah air sikit je lagi)
  • Secubit garam
  • Pewarna kesukaan.

Bahan kuah

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • Gula pasir
  • Garam secubit
  • Daun pandan untuk bagi wangi

Cara nak buat Butir Nangka

Butir nangka

  1. Uli adunan dan bahagi kepada beberapa warna yang diidamkan. Warna ikut kesukaan kita.
  2. Dah siap warnakan. Boleh la gentel bulat biar kecil comelsenang nak makan dan rasa pun lebih sedap. Selepas itu buat bulat 6 butir warna merah susun lah bagi rapat supaya melakat masa rebus nanti.
  3. Dah siap bentukkan. Boleh la didihkan air dgn sedikit garam dah didih air masukkan lah kuntuman bunga itu.
  4. Tunggu sampai kuntuman bunga timbul di permukaan air bermakna dah masak boleh la tos dan letak dalam air sejuk.

Kuah

  1. Campur semua bahan kecuali santan pekat.
  2. Masak dulu sampai gula hancur baru masukkan santan kacau selalu supaya santan tak berketul.
  3. Boleh lah masukkan kuntuman bunga tadi. Siap.

Sumber: Shobri Aziz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Butir Nangka Mudah

Bahan-bahan

  • Tepung pulut 500g
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Air masak

Bahan kuah

  • Santan
  • Daun pandan
  • Gula merah

Cara nak buat Butir Nangka Mudah

Butir Nangka

  1. Gaul bahan di atas sehingga menjadi doh asingkan kepada 3 warna.
  2. Didihkan air kemudian bulat doh dan masukkan ke dalam air mendidih jika doh sudah terapung maknanya doh dah masak.
  3. Letak doh dalam bekas berisi air sejuk supaya tak melekat antara satu sama lain.

Kuah

  1. Didihkn smua bahan dan masukkan doh yang dah masak tadi.
  2. Tunggu sampai kuah santan mendidih dan boleh dihidangkan.

Sumber: Atikah Muklis dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Bubur Butir Nangka dan Jagung

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • Sedikit pewarna hijau/ikut suka

Bahan B

  • 2 tongkol jagung (hiris nipis)
  • 3-4 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan sagu
  • 3 helai daun pandan (simpulkan)
  • Secubit garam

Cara nak buat Bubur Butir Nangka dan Jagung

Bahan A

  1. Air + pewarna hijau kacau rata. Tuang sikit dalam tepung. Uli menjadi doh lembut.
  2. Bulatkan kecil/lonjong kesemua doh.
  3. Panaskan air hingga mendidih. Masuk butir biarkan ia timbul cedok dengan penapis teh/ikut.suka. Letak dalam bekas berisi air (air jangan banyak) bagi mengelak butir tadi melekat.

Bahan B

  1. Masak santan, gula, daun pandan, sagu dan jagung atas api sederhana. Sentiasa kacau.
  2. Masuk secubit garam. Last masukkan butir tadi masak sambil di kacau hingga mendidih
  3. Siap untuk dihidang.

Sumber: Zura Zul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Butir Nangka (Versi Azie Kitchen)

Bahan-bahan

Bahan-bahan kuah

  • Santan pekat
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Gula dan garam – secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba

Bahan-bahan biji nangka

  • 1 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau
  • Sedikit air kapur
  • Garam

Cara nak buat Butir Nangka (Versi Azie Kitchen)

Kuah

  1. Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  2. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api.

Biji nangka

  1. Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  2. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
  3. Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula). Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  4. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap

Sumber: Bawang Kecik Bombay dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Sedap bila dimakan ketika sejuk, memang nikmat.

Jom lihat juga resepi pulut sekaya (Kuih Dari Kelantan).

Selamat mencuba!

Leave a Comment