4 Resepi Sambal Petai (Dapat Pula Petai Yang Rangup)

Siapa sini peminat petai? Rugi tak baca resepi sambal petai yang kami nak kongsikan ini untuk anda. Peminat petai pasti suka dengan koleksi resepi ini

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Tempe Rangup Petai

Bahan-bahan

  • Cili merah (besar) 10 tangkai
  • Bawang besar 5biji(Blend)
  • Tempe (potong nipis goreng garing)
  • Ubi kentang (potong nipis goreng garing)
  • Ikan bilis (goreng garing)
  • Petai

Cara nak buat Sambal Tempe Rangup Petai

  1. Tumis bahan yang dah blend tadi sampai kering air dqn garing, masukkan gula garam, dan perasa jika suka (lebihkan gula).
  2. Masukkan petai goreng lagi dalam 1minit bagi petai masak sikit.
  3. Last tutup api masukkan bahan yang dah di goreng garing tadi kacau bagi sebati semua boleh angkat (toskan minyak dulu) baru boleh dihidang.

Sumber: Ciksu Kitchen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sambal Tempoyak Petai

Bahan-bahan

  • Ikan bilis
  • Cili akar hijau & cili akar merah
  • Kunyit hidup 1″
  • *Bawang putih 4 ulas
  • *Bawang merah kecik 8 ulas* (bahan bertanda * blend semua)
  • Tempoyak 3 sb
  • Petai
  • Air 1/2 cawan
  • Maggi cukup rasa
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Minyak

Cara nak buat Sambal Tempoyak Petai

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan blend masak sampai pecah minyak.
  2. Dah pecah minyak masukkan tempoyak gaul bagi sebati. Then masukkan ikan bilis dan masukkan air.
  3. Biar sampai pecah minyak sekali lagi. Masukkan maggi cukup rasa, garam dan gula.
  4. Masukkn petai gaul sebati jangan masak petai lama sangat. Then tutup api.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Sambal Bilis Jering

Bahan-bahan

  • Jering tua
  • Cili api merah+hijau
  • *Cili besar merah
  • *Bwg putih
  • *Bwg merah
  • *Serai

Cara nak buat Sambal Bilis Jering

  1. Blend kasar atau tumbuk bahan bertanda *tumis serai dan bahan blend sampai naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram perasakan dengan garam dan sedikit gula dan masukkan hirisan bawang.
  3. Masukkan jering yang telah di goreng dan bilis goreng dan gaul sebati.

Sumber: Ziela Mazlan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Sambal Garing Bilis Petai

Bahan-bahan

  • Cili kering buang biji dan digoreng
  • ikan bilis digoreng
  • Kiub ikan blis halus
  • Petai di sagat halus dan digoreng

Cara nak buat Sambal Garing Bilis Petai

  1. Mesin kering (grind) cili kering yang sudah digoreng.
  2. Tumiskan kiub ikan blis dengan sedikit minyak masak lerai kuib tersebut masukan ikan bilis, petai dan cili kering.
  3. Last sekali satukan dan gaul bagi rata. Masukkan dalam bekas dan tutup rapat bila sudah betul-betul sejuk.

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom lihat juga resepi sambal kicap Johor ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment